Halaman

Khamis, 30 Ogos 2012

Manifesto beri air percumabukan perjanjian-Khalid Ibrahim

Kerbau berpegang pada talinya,manusia berpegang pada janjinya.Janji haruslah ditepati bukan dimungkiri atau memberi helah pada janji yang telah dibuat ,lebih-lebih lagi jika janji itu datangnya dari pemimpin sendiri.Kalau pemimpin sendiri sudah mungkir janji,apa lagilah yang boleh diharapkan oleh rakyat daripadanya.
Masa nak raih undi,macam-macam janji manis yang ditabur oleh PKR.tapi bila sudah diberi peluang,macam-macam pula alasan yang diberikan bila rakyat menagih janji yang telah mereka buat sebelum menang pilihan raya.Ni lah rupanya orang yang cakap tak serupa bikin.Cakap lain, buat lain.Rakyat yang tak berdosa dan bersalahlah yang menerima akibat daripada perbuatan mereka ini.
Baru mentadbir negeri,tapi banyak janji-janji manis semasa Pilihan Raya Umum yang lalu masih tidak ditunaikan,padahal dah nak masuk Pilihan Raya Umum ke 13 tidak lama lagi.bukalah mata seluas-luas wahai rakyat negeri Selangor,samaada masih mahu dibawah pemerintahan kuku besi pembangkang atau kembali ke pangkal jalan bersama-sama BN.Semua pilihan terletak di tangan mereka sendiri.Janganlah membuat keptutusan dengan perasaan kerana padahanya bukan ditanggung anda seorang sahaja tapi keseluruhan mereka yang tinggal di situ.Lima tahun bukan satu jangka waktu pendek,tapi satu jangka waktu panjang,jadi fikirlah dahulu sebelum membuat keputusan dalam Pilihan Raya Umum kelak.

LA:Sesal dahulu pendapatan,sesal kemudian tidak berguna.
Sumber: BH 30 Ogos 2012

Muak tagih janji SPNB

Kesian sungguh dengan nasib pemilik rumah teres kos sederhana di Taman Nuri Indah, Olak Lempit yang terbengkalai sejak 2000,muak menagih janji Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) yang gagal menyiapkan projek itu.Projek ini telah diserahkan kepada SPNB pada 2009 setelah terbengkalai selama sembilan tahun.
Punah harapan 54 orang pembeli apabila mengharapkan serahan kunci rumah pada tahun lalu tetapi masih tidak diserahkan kerana projek perumahan masih terbengkalai dan masih gagal disiap dalam jangka waktu yang sepatutnya.
Pembeli memerlukan pembelaan yang sepatutnya kerana sudahlah mereka menanggung hutang dengan pihak bank,tapi rumah yang diidamkan masih tidak di miliki.SPNB tidak seharusnya menganaktirikan projek berskala kecil seperti ini hanya kerana mahu menumpukan pada projek berskala besar.Janganlah membuat kerja seperti melepaskan batuk di tangga.Cubalah fikirkan nasib-nasib mereka yang teraniaya itu.
Memiliki rumah sendiri memang menjadi impian setiap orang lebih-lebih lagi bagi yang tidak berkemampuan,sudahlah untuk mendapatkan rumah idaman mengambil masa yang lama,lebih parah lagi bila rumah yang diharapkan untuk didiami masih tidak disiapkan walaupun sudah lama berlalu tempoh masa yang ditetapkan.
Diharap ada pihak bertanggunjawab yang sudi membela nasib 54 orag pembeli ini.Doa orang-orang teraniaya ni lebih mudah makbul .Harap masalah ini dalam diselesaikan dalam tahun ini juga,

Sumber: BH 30 Ogos 2012

Calon muda mampu tarik pengundi

Patah tumbuh hilang berganti.Bukan untuk menidakkan jasa pengorbanan ahli-ahli Barisan Nasional yang sudah lama berkhidmat, tetapi hanya mahukan perubahan untuk melihat golongan muda pula memegang jawatan penting dalam parti agar parti lebih segar dan dapat menarik lebih ramai lagi sokongan pengundi terhadap BN.Itulah yang disuarakan oleh Ahli Parlimen Pulai,Datuk Nur Jazlan Mohammed,dan beliau yakin jika kaedah ini digunakan ia mampu menjana kemenangan BN selain membantu usaha menyediakan calon muda menghadapi PRU ke 14.
BN harus mengambil langkah berani ini,jika mahu rakyat kekal memberikan sokongan padu dan mandat kepada BN untuk terus memerintah.Rakyat sekarang lebih memerlukan seorang pemimpin yang agresif ,aktif dan cergas untuk mentadbir negara.Jika BN mahu mereka menjadi parti yang relevan sepanjang zaman mereka harus mengambil langkah drastik ini untuk memberikan rakyat merasakan perubahan ini dan bukanlah omongan kosong sahaja.Inilah yang dapat membezakan BN dengan parti-parti pembangkang .Rakyat sekarang lebih bijak membuat pertimbangan dan mereka lebih suka melihat tindakan yang diambil sesuatu parti daripada hanya cakap-cakap kosong sahaja.Rakyat perlu melihat bukti proses peralihan kuasa dalam BN ,jika BN tidak mahu rakyat menolaknya dalam Pilihan Raya ke 13 dan mahu mengekalkan majoriti dua pertiga itu.
Sumber: BH 30 Ogos 2012

LA: Bukan janji yang ditagih rakyat tapi bukti yang pasti dalam setiap janji yang dibuat.


Nasib Nasharuddin tak seburuk Hasan

Macam-macam hal lah PAS ni, sekarang ni sibuklah pula dengan kes Nasharuddin . Tapi mungkin berita gembira untuk Nasharuddin apabila Ketua Penerangan PAS,Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata kenyataan yang dibangkitkan Ahli Parlimen Bachok bukan isu besar sehingga parti perlu mengambil tindakan mengugurkan atau memecatnya. Keadaan ini berbeza dengan Hasan Ali  yang berterusan mengkritik parti walaupun telah diberi amaran untuk tidak berbuat demikian.
Nampaknya Nasharuddin masih diperlukan oleh annggota -angota PAS untuk meraih undi dan membantu  PAS untuk memenangi Pilihan Raya Umum 13.Jangan pula nanti lepas ni cerita lain pula,bak kate perpatah "habis madu sepah dibuang" seperti nasib Hasan Ali.

LA: Jaga- jaga Nasharuddin, ada yang memerhati anda tu.

Sumber: BH 30 Ogos 2012