Halaman

Jumaat, 10 Mei 2013

MCA Perak desak Soi Lek berundur


Ahli MCA Perak membentuk Jawatankuasa Bertindak Selamatkan MCA bagi mendesak presiden mereka, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek, supaya meletak jawatan serta-merta. 

Timbalan Pengerusi MCA Bahagian Batu Gajah, Datuk Lee Kon Yin, berkata Soi Lek perlu melepaskan jawatan beliau dengan segera dan memberi laluan kepada pemimpin baru. Kon Yin yang mewakili 20 ahli bahagian itu berkata, Soi Lek perlu bertanggungjawab terhadap kekalahan teruk MCA dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) pada 5 Mei lalu. 

Pengundurannya adalah penting bagi mengembalikan maruah parti kerana prestasi MCA dalam PRU-13 adalah yang terburuk dalam sejarah. 
Sementara itu, Timbalan Pengerusi MCA Bahagian Ipoh Timur, San Chak Chun, berkata Soi Lek perlu mencontohi tindakan Presiden MCA sebelum ini, Tan Sri Ong Ka Ting, yang juga meletak jawatan selepas prestasi buruk parti itu dalam PRU-12. 

Kami masih menghormati Ka Ting kerana beliau meletakkan jawatannya, katanya. 

Chak Chun turut mempersoalkan bagaimana MCA masih boleh mendakwa mempunyai keupayaan untuk mewakili dan melindungi kepentingan masyarakat Cina dengan suara yang semakin kecil dalam kerajaan. 

Kita memerlukan kepemimpinan baru untuk menghidupkan semula parti,,

"tsunami cina' telah melemahkan MCA,MCA perlu melakukan transformasi untuk mengembalikan balik keyakinan pengundi cina terhadap mereka.Jangan beri muka pada DAP.MCA harus melakukan sesuatu sebelum terlambat.

Cetus isu perkauman


 Pejabat Peguam Negara mengesahkan menerima laporan bahawa beberapa pemimpin parti politik mengaitkan isu berkaitan perkauman dalam ceramah mereka sepanjang tempoh kempen Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) ini. 

Bagaimanapun, Ketua Bahagian Pendakwaan Pejabat Peguam Negara, Abdul Wahab Mohamed, berkata beliau tidak dapat membuat sebarang kenyataan mengenainya buat masa sekarang kerana kes berkenaan masih dalam siasatan. Tambah beliau, pihaknya juga ada menerima aduan membabitkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berkaitan beberapa isu termasuk mengenai dakwat kekal selain beberapa insiden ketika hari pengundian. 


Setakat ini, 327 laporan polis diterima merangkumi aduan mengenai dakwat kekal yang mudah dibasuh selain isu pemerhati pilihan raya yang diarahkan keluar oleh Ketua Tempat Mengundi selama 30 minit selepas tamat tempoh mengundi dan sebelum pengiraan undi. 
 seorang lagi individu turut dihadapkan di mahkamah sama dan didakwa mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana melakukan perbuatan khianat dengan memecahkan cermin bas syarikat Cityliner Sdn Bhd kira-kira jam 5.09 petang 5 Mei lalu. 

Mengulas perkembangan insiden letupan ketika kempen di Nibong Tebal, Pulau Pinang pada 23 April lalu, Wahab berkata tiada perkembangan baru sehingga sekarang dan kes itu masih dalam siasatan. 

Katanya, setakat ini empat suspek ditahan bagi membantu siasatan tetapi semua mereka didapati tidak terbabit dalam insiden berkenaan.

PAS, DAP sokong Khalid jadi MB


PAS sebulat suara menyokong Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dari PKR untuk terus menerajui pentadbiran kerajaan Selangor. 

Presidennya, Datuk Seri Hadi Awang ketika mengumumkan pada ceramah parti itu sempena Perhimpunan Pasca PRU-13 di pekarangan Masjid Rusila di sini, malam kelmarin, berkata walaupun PAS dan DAP memperoleh kemenangan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) melebihi daripada PKR, parti itu mengambil pendekatan pemerintahan secara kolektif. Beliau berkata, walaupun pakatan pembangkang gagal mempertahankan pemerintahan di Kedah yang dimenangi pada PRU-12, ia berjaya mengekalkan Pulau Pinang dan Selangor. 


PAS kuasai Kelantan, Menteri Besar orang kita (PAS), Pulau Pinang, Ketua Menteri orang DAP. 

Walaupun PAS memenangi banyak kerusi (DUN) di Selangor iaitu 15 kerusi, DAP (15), PKR (14), saya umumkan malam ini (kelmarin), PAS (bersetuju) melantik Abdul Khalid menjadi Menteri Besar Selangor .
 Kit Siang ditanya mengenai perebutan jawatan itu selepas ada pihak mencadangkan supaya Timbalan Presiden PKR yang juga Pengerusi PKR Selangor, Azmin Ali dilantik ke jawatan itu bagi menggantikan Abdul Khalid. 

Guan Eng sebelum ini menyuarakan sokongan kepada Abdul Khalid untuk meneruskan perkhidmatannya bagi penggal kedua, walaupun Azmin dilihat sebagai pemimpin kanan dalam PKR. 

Pada sidang media itu, Kit Siang enggan mengulas kenyataan Azmin dalam Twitternya yang seolah-olah tidak bersetuju dengan cara Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang terus mengheret rakyat mempersoalkan keputusan PRU-13, sebaliknya meminta mereka menerima keputusan itu dan fokus kepada polisi memanfaatkan rakyat. 

Ditanya adakah pakatan pembangkang akan terus mengadakan perhimpunan seperti di Kelana Jaya kelmarin, Kit Siang berkata, pakatan pembangkang akan terus mengadakan ceramah untuk menerangkan kepada rakyat sehinggalah keputusan PRU-13 diwartakan.

PAS bantah perhimpunan

 Dewan Ulama PAS tidak menyokong tindakan Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan perhimpunan untuk membantah keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) yang memihak kepada Barisan Nasional (BN). 

Sebaliknya ketuanya, Datuk Harun Taib meminta semua pemimpin pakatan pembangkang menerima keputusan rakyat Ahad lalu dengan hati terbuka. Sambil memuji pengurusan Suruhanjaya Pilihan Raya SPR beliau menegaskan tidak berminat membuat sebarang bantahan terhadap keputusan itu termasuk mengadakan demonstrasi dan perhimpunan seperti yang dilakukan beberapa pemimpin pembangkang lain.Walaupun kalah ,tetapi Dr Haron Din  percaya dengan ketelusan SPR. Haron menegaskan jangna hanya kerana kita tidak menang, kita melakukan demonstrasi sedangkan pakatan menang di banyak kerusi lain termasuk di Terengganu. Katanya lagi,jika mereka mahu demonstrasi,itu mereka punya pasal. Sepatutnya semua pemimpin harus muhasabah diri, jangan selama-lamaya menyalahkan orang lain disebabkan gagal memenangi pilihan raya.Sepatutnya mereka mempertingkatkan kerja untuk rakyat yang diwakili.