Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, bantuan khas RM500 bagi mangsa banjir akan diagihkan kepada mangsa selewat-lewatnya hujung minggu depan.
Beliau berkata pengagihan bantuan itu akan dilakukan dengan kerjasama Majlis Keselamatan Negara dan Jabatan Kebajikan Masyarakat.
"Dalam usaha membantu mangsa, Kolej Kemahiran Tinggi Mara turut menawarkan khidmat baik pulih kenderaan yang rosak akibat banjir.
"Diharap usaha-usaha ini dapat membantu mangsa banjir dalam menjalani kehidupan seharian apabila keadaan pulih seperti sediakala nanti," katanya dalam entri terbaru di laman Facebook beliau hari ini.
Pada Perhimpunan Agung Umno Sabtu lepas, Perdana Menteri mengumumkan bantuan kewangan RM500 diberikan kepada setiap keluarga yang terlibat dengan musibah banjir.
Banjir yang melanda Pahang, Terengganu, Johor dan Kelantan disifatkan antara yang terburuk pernah melanda negara membabitkan puluhan ribu mangsa terpaksa dipindahkan.
Setakat ini, Pahang mencatatkan jumlah mangsa banjir teramai yang masih berada di pusat-pusat penempatan, sementara situasi di tiga negeri lain semakin pulih. - Bernama
"Kedegilan Najib menerima pakai kesimpulan-kesimpulan ini akan terus merencatkan kemajuan ekonomi negara dan menekan rakyat," kata ahli Parlimen Pandan itu dalam satu kenyataan hari ini merujuk kepada Najib yang juga merupakan Perdana Menteri.
Katanya, sebagaimana Laporan Ketua Audit Negara, laporan tahunan GFI juga sebagai bukti bahawa rasuah di Malaysia sudah bertambah parah.
Menurut Rafizi, laporan GFI juga mengandungi jawapan kepada beberapa persoalan teknikal yang dikemukakan oleh pihak tertentu termasuk kerajaan melalui Bank Negara Malaysia.
“Selain menggunakan kaedah analisa yang lebih baik, laporan GFI juga menyanggah kenyataan kerajaan Malaysia melalui Bank Negara Malaysia yang menyalahkan ketepatan statistik bagi menerangkan jumlah aliran wang haram yang besar.
"Dengan jawapan-jawapan dan kaedah baru yang digunapakai oleh GFI, maka kerajaan Malaysia tidak lagi mempunyai alasan untuk menafikan kesimpulan yang dibuat.
"Jumlah aliran wang haram yang mencecah AS$54 bilion dalam tahun 2011 dan jumlah terkumpul sebanyak RM370 bilion sepanjang tempoh 2002 hingga 2011 juga bertepatan dengan bukti-bukti semasa," katanya.
Lebih dari itu laporan urus niaga di luar negara seperti London seperti yang didedahkan GFI mengesahkan bahawa terdapat pelbagai urus niaga mewah melibatkan rakyat di negara ini.
Menurut Rafizi, laporan GFI itu juga selari dengan kedudukan kewangan semasa negara yang menunjukkan defisit belanjawan dalam tempoh 15 tahun berturut-turut.
"Defisit belanjawan ini jelas menunjukkan perbelanjaan yang melonjak naik termasuklah perbelanjaan-perbelanjaan besar yang melibatkan bayaran ke seluruh dunia," katanya. – 12 Disember, 2013.
Tak habis-habis nak mencari salah kerajaan sahaja.Macam lah mereka tu perfect sangat..