Halaman

Khamis, 12 Disember 2013

'Perwakilan' paling comel tahun ini





Nanti besar boleh jadi pemimpin Wanita yer dik..;)

Rujuk MKN, elak pertindihan bantuan

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim mahu pertubuhan bukan kerajaan (NGO) atau sesiapa sahaja yang mahu menyumbang bantuan kepada mangsa banjir supaya merujuk kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN) terlebih dahulu.

Shahidan yang juga Pengerusi Jawatankuasa Bencana Alam berkata ia bagi mengelakkan berlakunya pertindihan bantuan atau lambakan bantuan jenis yang sama disalurkan untuk mangsa banjir.

"Saya syorkan NGO yang mahu menyalurkan bantuan supaya rujuk saya dahulu atau pihak yang menguruskan perkara ini agar senang kita beritahu jenis bantuan yang diperlukan.

"Rugilah kalau semua NGO nak sumbang dapur, sebaik-baiknya satu NGO bagi dapur, NGO lain beri peti ais dan NGO berikutnya sumbangkan almari atau mesin basuh," katanya kepada pemberita selepas mengiringi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak melawat pusat pemindahan banjir Sekolah Rendah Sungai Isap Murni di sini, hari ini.

Shahidan berkata beliau melihat pada masa ini mangsa amat memerlukan kelengkapan rumah asas seperti dapur, peti ais, tilam dan sebagainya.

"Kita minta sangat NGO atau sesiapa sahaja yang mahu menyumbang supaya membeli perkakas rumah kerana saya tengok setiap rumah yang dilanda banjir, semua peralatan rumah rosak dan dilonggokkan di luar rumah," katanya.

Menurutnya walaupun keadaan banjir di Pahang dan Terengganu semakin pulih namun bantuan untuk mangsa masih dialu-alukan.

Katanya bilik gerakan di pusat pemindahan masih dibuka dan orang ramai yang telah pulang ke kediaman masing-masing boleh datang ke bilik gerakan itu untuk mengambil bantuan.

"Bilik gerakan menerima banyak bantuan, walaupun mangsa sudah pulang ke rumah tetapi mereka boleh mengambil bantuan yang diperlukan dan saya minta ketua di penempatan itu seperti Tok Empat melihat perkara ini," katanya. - Bernama

Menteri jamin rahsia kerajaan selamat

Kerajaan melaksanakan langkah-langkah keselamatan perlindungan bagi menjamin keselamatan data, dokumen dan rahsia rasmi negara supaya tidak jatuh ke tangan negara asing atau pihak tidak bertanggungjawab.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim berkata, antaranya ialah pelaksanaan sistem tapisan keselamatan dan sistem e-Vetting terhadap penjawat, kontraktor atau vendor yang memberi perkhidmatan kepada kerajaan dan pekerja swasta yang bertugas di sasaran penting negara.

Selain itu, beliau berkata, Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia (KPKK) sentiasa memastikan dokumen dan maklumat rahsia rasmi dilindungi berdasarkan peraturan sedia ada.

"Kerajaan melalui Pejabat Ketua Keselamatan Kerajaan tidak menerima laporan rasmi dari kementerian, jabatan atau agensi mengenai (dakwaan) kes-kes pengintipan rahsia kerajaan seperti yang disiarkan media," kata Shahidan menjawab soalan Senator Mariany Mohammad Yit di Dewan Negara hari ini.

Mariany meminta kerajaan menyatakan status dan tahap pengurusan keselamatan data, dokumen dan rahsia negara dan tindak balas kerajaan terhadap ancaman pengintipan dan pencerobohan asing. - Bernama

Jambatan Kedua P.Pinang dibuka akhir Februari

Jambatan kedua Pulau Pinang

 Jambatan Kedua Pulau Pinang dijangka dibuka kepada umum pada akhir Februari depan setelah kerja-kerja sistem tol Lebuhraya Utara-Selatan (Plus) dan pengujian tahap keselamatan fizikal jambatan itu siap.
Menteri Kerja Raya, Datuk Fadillah Yusof berkata, sistem tol Plus itu perlu dinaik taraf terlebih dahulu kerana pengguna dikehendaki membayar tol semasa keluar dari lebuh raya dan sebelum memasuki jambatan berkenaan.

Guan Eng Melampau!!

Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan, Wanita, Keluarga dan Masyarakat Pulau Pinang, Chong Eng (DAP-Bagan Lalang) hari ini berkata, perbuatan membuli tidak seharusnya berlaku terhadap sesiapa pun tidak kira wanita atau kanak-kanak.


"Buli itu memang tidak sepatutnya berlaku, ia satu perbuatan yang memang tidak baik," katanya ketika sesi penggulungan Rang Undang-undang Perbekalan 2014, pada Persidangan Dewan Undangan negeri (Dun) Pulau Pinang di sini hari ini.

Kenyataan Eng itu secara tidak langsung menyokong kenyataan Ketua Pembangkang, Datuk Jahara Hamid (BN-Teluk Ayer Tawar) bahawa wanita berkerjaya dan memegang jawatan tinggi perlu dihargai serta dihormati dan tidak sepatutnya dihina atau dibuli.

"Adalah tidak elok dan tidak sepatutnya berlaku bagi wanita yang berjawatan atau sebaliknya dibuli atau dihina," kata Jahara ketika mencelah pada sesi penggulungan di Dun berkenaan.

Jahara turut menegaskan bahawa martabat seorang wanita tidak boleh dipandang ringan dengan memberi nama atau gelaran yang tidak sepatutnya hingga menjatuhkan maruah.

Pada Isnin lepas, Ketua Menteri Lim Guan Eng menggelar Jahara sebagai 'nenek rasis' dalam satu sidang media di Dun berkenaan, namun kemudian membuat permohonan maaf kerana menggunakan gelaran 'nenek', sebaliknya tetap memanggil ketua pembangkang itu sebagai 'rasis'. - Bernama

Kesedaran pentingnya insurans meningkat

JUMLAH Bumiputera mendapatkan pelindungan insurans semakin meningkat kepada 95 peratus daripada 90,000 pemegang polisi insurans Great Eastern Takaful Berhad (GETB).


Ketua Pegawai Eksekutifnya Zafri Ab Halim berkata, angka itu meningkat dengan mendadak daripada 20,000 pemegang polisi pada tahun lalu.

“Meskipun angka ini menunjukkan peningkatan bagi golongan bumiputera Melayu, tahap kesedaran mengenai kepentingan mendapatkan pelindungan insurans masih rendah.

"Sehubungan dengan itu, syarikat insurans takaful seharusnya memainkan peranan lebih agresif untuk menarik lebih ramai golongan Bumiputera mendapatkan pelindungan takaful," katanya selepas mengumumkan prestasi perniagaan GETB bagi 2013 di Kuala Lumpur, semalam.

Menurutnya, GETB turut menawarkan pakej pelindungan serendah RM25 seorang.

Bagaimanapun, masih ramai masyarakat terutama di kawasan luar bandar yang berpendapatan di bawah RM3,000 tidak mempunyai kapasiti untuk mendapatkan pelindungan insurans.

Katanya, berdasarkan jumlah penduduk di Malaysia yang melebihi 29 juta orang dengan golongan Bumiputera Melayu meliputi lebih 50 peratus daripada jumlah itu, GETB menjangkakan lebih ramai pemegang polisi dapat ditarik sekali gus meningkatkan jumlah pemegang polisi tahun depan.

Pada majlis itu, GETB  mengumumkan jumlah sumbangan berjajar sebanyak 189 peratus untuk suku ketiga 2013 berbanding suku sama tahun lalu, dengan sasaran perniagaan menduduki tangga ke empat dalam industri insurans berbanding lapan tahun lalu.

“Peningkatan pencapaian ini disebabkan peningkatan kadar pasaran sebanyak 10 peratus bagi tahun ini yang disumbangkan oleh saluran agensi korporat.

“Bahagian Bancatakaful turut menyumbang dalam perniagaan baharu dengan termeterainya jalinan perniagaan dengan beberapa bank,” katanya.

Bagi 2014, GETB berhasrat mempelbagaikan jangkauan pengedaran melalui bahagian perniagaan alternatif dan membangunkan Bancatakaful serta takaful berkelompok, selain meningkatkan pengendalian operasi, membangunkan serta melancarkan produk inovatif untuk pasaran masyarakat Islam.

Akta Pemajuan Perumahan dipinda

Kerajaan akan membuat beberapa pindaan ke atas Akta 118 Akta Pemajuan Perumahan (Kawalan Dan Perlesenan) 1966 bagi memastikan masalah projek perumahan swasta terbengkalai tidak berulang, Dewan Negara diberitahu hari ini.
   
Timbalan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Halimah Mohd Sadique berkata, langkah tersebut perlu kerana masalah ini bukan sahaja menyusahkan pembeli, malahan kerajaan terpaksa mengeluarkan dana bagi menyelamatkan projek perumahan terbengkalai.
   
"Kerajaan, melalui Jabatan Perumahan Negara, akan mengenal pasti pemaju-pemaju yang berkeupayaan dan berpengalaman untuk mengambil alih pemulihan projek perumahan swasta yang terbengkalai.
   
"Juga melalui pindaan ini, kerajaan bercadang untuk menaikkan kadar kompaun daripada RM20,000 kepada RM50,000 ke atas pemaju yang tidak mematuhi peruntukan dan peraturan seperti yang terkandung dalam Akta 118," katanya ketika menjawab soalan tambahan Senator Ahamat@Ahamad Yusop di persidangan Dewan Negara di sini.
   
Selain itu, Halimah berkata, kerajaan akan terus komited dalam melaksanakan pemulihan projek yang terbengkalai, termasuk memberi keutamaan dalam pemberian dana untuk projek yang melibatkan perumahan kos rendah dan sederhana rendah.

Terdahulu, menjawab soalan asal Senator Chandra Mohan S. Thambirajah, Halimah berkata dari tempoh 2009 hingga tahun ini, kementerian telah mengisytiharkan 205 projek perumahan swasta sebagai terbengkalai.
   
Untuk keseluruhan di Semenanjung, dari 205 projek terbengkalai dengan 56,785 rumah terlibat, sebanyak 142 berjaya dipulihkan semula, 39 masih dalam pembinaan manakala 24 lagi dalam perancangan untuk pemulihan semula, katanya.
   
Menurut perincian yang beliau berikan, Selangor mendahului dengan 59 projek merangkumi 24,118 buah rumah, Johor 42 projek (8,661 rumah), Negeri Sembilan dengan 24 projek (4,005 rumah), Pulau Pinang dengan 14 projek (6,053 rumah) dan Kedah, 14 projek (2,750 rumah).
   
"Kementerian akan terus mengumpul maklumat dan melaksanakan kajian pemulihan dalam tempoh tiga hingga enam bulan.
   
"Proses kerja tersebut akan melibatkan usaha mendapatkan pemaju penyelamat, proses pengambilalihan projek oleh pemaju penyelamat dan proses pemulihan projek sehingga siap dengan Sijil Layak Menduduki (CFO)," katanya. - Bernama

PMR 19 Disember

Keputusan peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2013 akan diumumkan pada 19 Disember ini, demikian menurut Kementerian Pendidikan.

   PMR
Dalam satu kenyataan di sini hari ini, kementerian itu memaklumkan calon boleh mendapatkan keputusan peperiksaan di sekolah masing-masing selepas pukul 10 pagi, pada hari yang sama.
   
"Calon juga boleh menggunakan perkhidmatan semakan keputusan PMR melalui mySMS 15888 yang diaktifkan mulai 10 pagi 19 Disember hingga 11.59 malam, 25 Disember," menurut kenyataan itu.
   
Seramai 462,940 calon menduduki peperiksaan PMR di 3,530 pusat peperiksaan di seluruh negara tahun ini. - Bernama

SPAD tak lulus naik tambang, masih kaji

Ketika ura-ura harga tambang tren penumpang akan dinaikkan tahun depan, Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) menegaskan, pihaknya tidak memberikan sebarang kelulusan bagi tujuan itu. 
 
Menurut Tan Sri Syed Hamid Albar, semuanya masih dalam peringkat kajian. 
 
"SPAD tidak meluluskan sebarang struktur tambang baru bagi industri rel. Bagaimanapun, SPAD kini sedang menjalankan kajian semula yang menyeluruh ke atas struktur tambang industri rel,"ujar beliau dipetik sebuah portal. 
 
Jelas Syed Hamid, terdapat empat faktor utama yang akan diambil kira oleh SPAD apabila menyemak semula tambang. 
 
Ia termasuklah struktur sedia ada tambang, operasi dan penyelenggaraan kos bagi semua pengendali tren, peningkatan dalam bahan api dan kos tenaga dan kemampanan jangka panjang industri.
 
"Struktur tambang sedia ada termasuk kemampuan rakyat, kajian semula perbezaan antara semua pengusaha dan mengharmonikan struktur tambang," katanya.
 
Sebuah akhbar berbahasa Inggeris semalam yang memetik Syed Hamid sebagai berkata, SPAD sedang mengkaji semula tambang pengangkutan awam dan dijangka berlaku kenaikan tahun depan. 
 
Beliau juga berkata, peningkatan itu bergantung kepada peningkatan tarif elektrik yang akan bermula Januari depan.
 
"Sudah 10 tahun tambang tak pernah dinaikkan, jadi kadar tambang LRT dijadualkan akan naik tahun depan," katanya dipetik The Malay Mail. 
 
Dalam pada itu, Syed Hamid berkata, kajian itu akan dilakukan secara menyeluruh dan mengambil kira beberapa faktor untuk memastikan kenaikan itu tidak membebankan rakyat.
 
"Ia akan menjadi satu keadaan menang-menang antara kemampuan orang ramai dan kemampanan industri kereta api.
 
"Kita sedar kenaikan bahan api dan kos tenaga boleh menyebabkan kesan negatif dengan bilangan penumpang yang rendah dan mengurangkan  pasaran saham pengangkutan awam," katanya.
 
Sementara itu, laporan mStar Online hari ini yang memetik Pengarah Urusan Kumpulan Prasarana, Datuk Seri Shahril Mokhtar mengalu-alukan kenaikan tambang yang dicadangkan itu, sambil menambah bahawa sudah lama menunggu saat itu.
 
"Saya fikir adalah betul untuk melakukan perkara ini. Kami tidak mempunyai kenaikan lebih daripada 12 tahun," katanya.
 
Shahril berkata, Prasarana terpaksa mengimbangi tambang tidak berubah dengan kenaikan kos.
 
"Tenaga sahaja meliputi lebih 30 peratus daripada kos. Tenaga kerja adalah kira-kira 40 peratus dan bakinya adalah operasi dan penyelenggaraan yang lain. Jika kos terus naik, bagaimana kita mahu memberi perkhidmatan?" katanya.
 
Syarikat itu juga melabur lebih RM1.5 bilion dalam 4 tahun lepas secara berperingkat, termasuk sistem tiket baru, kereta api baru dan kemudahan lain.
 
Shahril berkata, Prasarana mengadakan beberapa perbincangan dengan SPAD mengenai perkara itu.
 
Beliau turut meminta kajian semula tambang automatik, salah satu yang akan diadakan dalam setiap dua atau tiga tahun.
 
Shahril bagaimanapun berkata, apa-apa kajian tambang perlu secara adil kepada penumpang Prasarana, kerana tidak mahu membebankan kepada mereka.
 
Laporan berkaitan kenaikan tambang ini semalam berjaya menarik perhatian ramai pembaca Sinar Harian Online apabila lebih 100, 000 pembaca membaca berita itu, lebih 200 yang berkongsi dari laman Facebook rasmi kami serta lebih 1,000 pembaca memberikan komen. 
 
Rata-ratanya menyatakan rasa tidak puas hati dan bimbang dengan kos sara hidup pada tahun hadapan memandangkan banyak kenaikan harga yang diumumkan mutakhir ini.

Doktor Termuda Direkod Dalam Guinness World Records

Doktor Termuda Direkod Dalam Guinness World Records | Menjadi satu kebanggaan kepada seluruh umat Islam didunia. Kerana remaja wanita ini pada usia yang muda sudah memegang jawatan sebagai seorang doktor yang paling muda di dunia.
Ismail Haniyah sangat menghormati Eqbal Asa’d. Siapa Asa’d? Dia adalah doktor termuda di dunia. Dia berasal dari Palestin.
Haniyah menegaskan Asa’d berusia 20 tahun sebagai seorang doktor yang hebat.
Guinness World Records menetapkan Asa’d sebagai doktor termuda di dunia.
Asa’d adalah seorang pelarian Palestin yang tinggal di kem pelarian Palestin di Lebanon. Dia disenaraikan di Weil Cornell Medical Collage di Qatar ketika berusianya baru 14 tahun. Pada usia 20 tahun, dia mendapat gelaran sarjana di bidang perubatan dengan keputusan yang memuaskan.
Sejak kecil, Asa’d adalah seorang anak genius.
“Seorang anak wanita genius. Seorang gadis yang tamat sekolah rendah pada usia 7 tahun, “tulis Mi’raj News Agency.
Doktor Termuda Direkod Dalam Guinness World Records 3 Doktor Termuda Direkod Dalam Guinness World Records
Setiap tiga bulan, secara menakjubkan dia menghabiskan program satu tahun seluruh sekolah. Dia dengan cepat berpindah kelas dengan keputusan yang baik.
“Dia membaca, belajar, berlumba untuk mendapatkan nilai terbaik. Dalam tiga bulan, dia mampu melampaui pelajar kelas baruny , “tulis Mi’raj . Pada usia 12 tahun, dia memperoleh Baccalaureatenya. Kemudian dia ditemui oleh media dan satu penghargaan biasiswa negara asing diterimanya untuk bidang perubatan. Dia menjadi doktor pelatih termuda di dunia di usia 17 tahun.
Asa’d adalah puteri dari seorang pelarian Palestin dari Lembah Bekaa, Lebanon. Kerajaan yang membayar pendidikannya adalah Qatar .
Doktor Termuda Direkod Dalam Guinness World Records 2 Doktor Termuda Direkod Dalam Guinness World Records
Asa’d bercita-cita ingin membuka klinik di desanya iaitu di Bekaa. Akibat polisi Israel, orang Palestin tidak diberi hak untuk bekerja sebagai peguam dan doktor di Lebanon.
Itulah luar biasanya Palestin. Mereka dijajah Israel. Tapi doktor termuda di dunia berasal dari Palestin.


Sumber : Doktor Termuda Direkod Dalam Guinness World Records | GilerKentang 

Raja Buah



Raja Buah,memang sedap.Tapi ramai tak tahu kebaikan durian..Let check it out...


  • Anti oksidan
  • banyak serat
  • vitamin c
  • B kompleks
  • pelbagai mineral 
  • karbohidrat tinggi
  • tanpa kolestrol
  • tinggi kalori

Kesian juga pada yg pinjam PTPTN & masih menganggur




Jom Menderma

Ayuh kita menderma, SMS BANJIR<jarak><1/3/5/10/15/20> hantar ke 13999 mudah kan!!!

Melayu Melukut Di Bumi Sendiri





Terang-Terang DAP Tulis Mahu Hapuskan Keistimewaan Bumiputra


Kepada rakyat Malaysia, masa masih ada untuk anda buat keputusan. Bukti apa agenda yang DAP hendak lakukan kepada kaum bumiputra telah jelas terbentang depan mata anda sekarang. Jangan sesekali beri undi kepada DAP, PAS dan PKR jika tidak mahu segala keistimewaan bumiputra dihapuskan. 

Pas boleh kata mereka akan jaga keistimewaan bumiputra. Jangan percayakan Pas....Mereka nak jaga kalimah Allah pun tak boleh hingga terpaksa bersetuju dengan DAP. Perjuangan negara islam mereka sendiri pun mereka gugurkan, bagaimana mereka nak jaga kita ?

KAUM CINA SOKONG ANWAR IBRAHIM DEMI HAPUS HAK ISTIMEWA MELAYU

SEKARANG Kaum cina mahu KHIANATI pengorbanan dan janji "dahulu" dengan menyokong ANWAR IBRAHIM dan kumpulannya kerana Kaum cina tahu hanya melayu bernama ANWAR IBRAHIM dan pengikutnya sanggup jadi "si kitol" anjing yg mengkhianati BANGSA, AGAMA dan NEGARA semata-mata untuk KUASA... kaum cina hanya perlu ambil peluang memperguna ANWAR IBRAHIM... Anwar hanya mahu kuasa... apa kaum cina ingat semudah itu kaum MELAYU nak melepaskan hak mereka??? Ya! MELAYU masih bersabar... tidak mustahil kesabaran itu diganti dengan rusuhan ala 13 MEI 1969... jika cina berdegil mahu RAMPAS HAK MELAYU... nescaya waktu itu alamat "pupus" kaum cina di MALAYSIA.

Jangan harap Melayu nak benarkan Anwar dan cina-cina bangsat untuk mengambil alih Malaysia.Malaysia selamanya milik bangsa Melayu!!!

Nenek Rasis

Lim Guan Eng memanggil Jahara Hamid sebagai Nenek Rasis ( Racist Grandmother ) ekoran soalan2 yang ditimbulkan oleh Ketua Pembangkang telah menarik minat rakyat untuk mengetahui lebih lanjut tentang kewujudan Pulau MAZU, nama baru kepada pulau yang kita kenali sebagai Pulau Jerejak.





ROBOHkan apajua struktur berunsurkan agama/pemujaan yang terdapat di Pulau Jerejak !

Anwar Janji Hapuskan Hak Keistimewaan Melayu Pada Cina ?

Didepan cina, Anwar menjanjikan segalanya SAMARATA, TIDAK ADA sebarang kelebihan pada orang Melayu, persaingan adalah berdasarkan Meritokrasi sepenuhnya, tidak kira faktor padang yang tidak rata atau jurang perbezaan yang begitu jauh yang masih wujud tika ini antara Melayu dan cina.

Akan mampuslah orang Melayu , akan mampuslah majoriti umat Islam negara kita, kita semua akan jadi kuli kepada tauke-tauke cina sekiranya Pakatan Rakyat menang. Bukan nak kata yang orang Melayu tidak boleh bersaing tapi mengambilkira keadaan sekarang, orang Melayu masih belum mampu untuk bersaing dengan cina. Ini adalah kenyataan !

Rata-rata orang Melayu masih mengharapkan bantuan dari kerajaan melalui dasar-dasar afirmatif bagi membantu menaikkan ekonomi dan taraf hidup. Sedangkan selama ini kita masih dibantu pun, kita tidak terkejar penguasaan ekonomi cina dalam segala sektor, apatah lagi jika Anwar sekiranya berkuasa, berjanji akan menghapuskan segala keistimewaan itu.

Keistimewaan orang Melayu itu adalah SAMA dengan keisitmewaan majoriti umat Islam. Lupakanlah soal definasi Melayu atau Islam, persoalannya tetap sama. Umat Islam akan bertambah mundur dan bila ekonomi dipegang sepenuhnya oleh orang kafir, mereka juga akan punya pengaruh yang lebih besar dalam soal politik negara.

Segala dasar-dasar kerajaan yang selama ini menjaga keutuhan agama Islam akan dengan mudah dicerobohi oleh orang kafir. Umat Islam tidak akan mampu menegakkan Islam diMalaysia waktu itu, mana mungkin jika kebanyakan kita kelak hanya makan gaji dengan tauke-tauke cina. Mana mungkin jika orang kafir yang menjaga periuk nasi umat Islam.

Cuba tanya pemimpin Pas, apakah dasar-dasar afirmatif yang Pas mahu perkenalkan bagi menjaga umat Islam sekiranya Pakatan menang ? Pas hanya tahu mengkritik dasar-dasar afirmatif atas nama bangsa Melayu tapi tidak mampu memperkenalkan dasar-dasar baru bagi menggantikannya. Apakah pemimpin Pas percaya yang umat Islam dinegara kita TIDAK PERLU kepada hak-hak Istimewa ? Apakah mereka yakin 100% dengan keikhlasan orang kafir hingga merasakan umat Islam tidak perlu sebarang keistimewaan dalam keadaan umat Islam sekarang begitu jauh ketinggalan dalam soal ekonomi negara ?

Kepada semua orang Melayu yang menyokong Pakatan, saya harap sekiranya anda berkesempatan menerima Anwar sebagai tetamu, cuba tanya beliau, apakah benar sekiranya PR berkuasa, Melayu akan hilang segala hak Keistimewaannya ? Apakah sama pendirian Anwar dengan pendirian pemimpin Pas dalam soal negara ?

Rajin-rajinlah sikit bertanya pemimpin anda visi dan halatuju Pakatan sekiranya berjaya kelak. Janganlah hanya tumpu kepada 'Jatuhkan Umno' saja tanpa memikirkan nasib bangsa dan agama sekiranya Umno jatuh. Tidak cukup dengan hanya janji bersifat retoriks, perlu ada satu pelan yang jelas dan lengkap.

Sekiranya ada, bentangkanlah ..... saya berani gerenti akan ramailah orang Melayu menyokong Pakatan jika benar pelan itu wujud dan lebih baik dari apa yang ada ketika ini. Soalnya APAKAH PELAN ITU WUJUD ?

Ramai Melayu menentang Pas bukan kerana Pas itu memperjuangkan Islam tapi kerana perjuangan Islam Pas itu begitu longgar. Tidak jelas kemana halatuju nya, semuanya hanya bergantung kepada retoriks agama semata-mata. Sekiranya ini dapat diatasi, saya percaya ramai yang akan menyokong Pas kerana akhirnya tidak akan ada banyak bezanya perjuangan antara Umno dan Pas cuma mungkin cara pelaksanaannya saja. ( dan perkataan Melayu ditukar kepada Muslim ) 

Sekali lagi saya ulang - Apakah orang Melayu setuju janji Anwar mahu hapuskan Keistimewaan Melayu sekiranya PR menang ? Apakah umat Islam setuju janji Anwar mahu hapuskan Keistimewaan Melayu yang dinikmati majoriti umat Islam sekarang ini sekiranya PR menang ?

Diskriminasi: Kerajaan perlu pantau

Kerajaan perlu memandang serius berkenaan dakwaan wujudnya diskriminasi terhadap pekerja Bumiputera di syarikat bukan Melayu.

Naib Presiden Persatuan Pengilang dan Industri Perkhidmatan Bumiputra Malaysia (PPIPBM), Mohd Ghazali Abu Bakar berkata, ia kerana melibatkan hak Melayu yang sengaja ditindas pihak tidak bertanggungjawab.

“Di sini pentingnya aduan yang diterima pejabat Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM) untuk diambil tindakan segera,” katanya.

Kata beliau, perkara ini berlaku akibat rasa tidak puas hati kaum lain terhadap Melayu dan sengaja mahu merendah-rendahkan kaum Bumiputera.

“Sebenarnya perkara ini sudah lama berlaku, syarikat milik bukan Bumiputera ini memang melaksanakan dasar diskriminasi terhadap Melayu secara senyap.

“Bukan sahaja layanan, tapi melibatkan gaji dan pangkat juga berlaku diskriminasi terhadap Melayu,” ujarnya.

Bagaimanapun katanya, berlainan dengan syarikat milik Melayu yang sama sekali tidak menjalankan diskriminasi terhadap mana-mana kaum.

“Sepanjang saya terlibat dalam syarikat-syarikat Melayu, ada juga mereka mengambil pekerja bukan Melayu, tapi tidak pula melakukan diskriminasi.

“Ini sepatutnya dilaksanakan semua pihak supaya dapat mengekalkan keamanan dan keharmonian antara semua kaum di Malaysia,” kata beliau.

Apa Kata Pembangkang Buat Dulu

Desakan rakyat boleh turunkan kos sara hidup

Ketua Pemuda Pas, Suhaizan Kaiat berkata kepedulian dan kerjasama rakyat itu penting dalam menjayakan kempen kesedaran itu bagi memastikan nasib rakyat terbela akibat tindakan kerajaan Barisan Nasional yang menaikkan beberapa keperluan rakyat akibat penghapusan subsidi selepas PRU13 lalu.

“Berjaya atau tidak kempen Gerakan Turun Kos Sara Hidup (Turun) itu bergantung pada sambutan daripada rakyat, kalau rakyat rasa perlu menyokong saya yakin kempen ini beri kesan.

“Jika rakyat tidak peduli, saya percaya kempen ini sukar berjaya,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian Online, hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas lanjut tindakan gabungan NGO dan mahasiswa yang melancarkan gerakan mendesak kerajaan menurunkan kos sara hidup rakyat hari ini di pusat membeli-belah terkemuka di ibu negara yang antara lain membantah kenaikan harga barangan dan pengenalan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).

Gerakan itu juga mendapat sokongan daripada parti politik yang mempersoalkan tindakan kerajaan yang membebankan rakyat selepas PRU13 lalu.

Menurut Suhaizan, kempen itu meletakkan lima agenda iaitu menghapuskan subsidi kepada industri, memecahkan monopoli terutamanya pembekal gula, menangguhkan pelaksanaan GST, mendedahkan perjanjian konsesi tol, menamatkan korupsi yang berleluasa.

Tambah beliau, pemberian subsidi kepada rakyat boleh diteruskan jika pengurusan kewangan negara dilakukan dengan lebih cekap dan mengatasi kelemahan seperti mana yang didedahkan dalam Laporan Ketua Audit Negara baru-baru ini.

“Kalau kewangan negara diurus dengan baik, kita akan dapat mengelakkan ketirisan dengan itu duit kita akan lebih terjamin dan lebih banyak lagi dan boleh menampung subsidi kepada rakyat,” katanya lagi.
Selain beliau, turut hadir Ketua Pemuda Sosialis DAP (Dapsy), Teo Kok Seong yang juga selaku Adun Bahau dan beberapa pemimpin aktivis mahasiswa.

Apa kata kerajaan pembangkang buat dulu.............boleh tak????????


Cayalah Ahmad Said!!!



Ahmad Said Wira Mangsa Banjir

Syarikat Roti Gardenia Enggan Terima Bayaran Ahmad Said 

Pihak pengurusan syarikat roti Gardenia enggan menerima bayaran roti yang diagihkan kepada mangsa banjir yang terperangkap pada hari tersebut. Sebaliknya pihak pengurusan syarikat terbabit menganggap roti itu sebagai sumbangan mereka kepada mangsa banjir di negeri itu.



Rezeki jangan ditolak...

Angkasawan Kedua 2016

Malaysia hantar angkasawan kedua 2016

Malaysia hantar angkasawan kedua 2016

Perlu ke????????

Bukan Bendera Syiah

Bukan kibar bendera Syiah

 Bendera hitam putih tertera kalimah Lailah Haillallah yang dibawa penyokong Pas pada hari penamaan calon semalam bukan bendera Syiah.

Pengarah PRK Pas bagi Dun Sungai Limau, Datuk Ir Amiruddin Hamzah berkata, beliau tidak berasakan itu adalah sebahagian daripada fahaman Syiah tetapi atas semangat memperjuangkan Islam dalam kalangan penyokong PR, khususnya Pas.

“Pada saya, itu adalah kalimah yang semua orang Islam tahu dan itu bukan menandakan bahawa ada penyokong Syiah dalam Pas,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Mengulas mengenai PRK Dun Sungai Limau pada 4 November nanti, Amiruddin berkata, beliau yakin Pas boleh kekalkan kemenangan.

“Kita tidak boleh terlebih yakin, tapi kita rasa boleh kekalkan kerusi Dun Sungai Limau. Sebab itu tema yang kita gunakan adalah 'Kekal'.

“Kekal bukan sahaja untuk kerusi di Dun Sungai Limau pada Pas tapi kekalkan keharmonian yang berjaya diwujudkan oleh bekas Menteri Besar Kedah, Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak semasa hayatnya sebagai wakil rakyat di sini,” katanya.

Beliau berkata, kebanyakan pengundi terutama pengundi Pas tidak akan melihat faktor calon tetapi kepada perjuangan yang dibawa parti.

“Saya berasakan calon yang kita tampilkan saling tidak tumpah seperti Allahyarham Azizan dari segi latar belakang pendidikan, perwatakannya dan mudah bersama masyarakat selain memang lahir dan dibesarkan di sini,” katanya.

Pas digesa tidak pilih bulu

Pas digesa supaya tidak bersifat memilih bulu atau cuba melindungi anggota parti berfahaman Syiah yang jelas bertentangan dengan Ahli Sunnah Wal Jamaah yang menjadi pegangan umat Islam di negara ini.

Ketua UMNO bahagian Ledang Datuk Ir. Hamim Samuri menegaskan, sebaliknya mereka perlu bersama-sama membanteras ajaran itu tanpa mengira fahaman politik.

Anggota Pas yang mengikuti fahaman itu perlu didedahkan dan tidak menyembunyikan perkara itu hanya kerana bimbang pengaruh parti itu terjejas, katanya ketika ditemui selepas merasmikan Majlis Khatan Asnaf Parlimen Ledang di Masjid Jamek Tangkak, di sini hari ini.

Beliau yang juga Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata, lebih membimbangkan fahaman itu juga turut diikuti pemimpin tertinggi parti berkenaan dan perkembangan itu amat berbahaya.    

Beliau mengulas kenyataan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat yang meminta kerajaan menangkap ketua dan pengikut Syiah di negara ini jika benar-benar serius mahu membasmi fahaman berkenaan.

Hamim berkata, semua pihak perlu bekerjasama tanpa mengira fahaman politik untuk membasmi fahaman itu kerana sukar menangkap ketua dan pengikut Syiah kerana mereka sangat licik dan berselindung atas nama agama.

"Ajaran Syiah boleh dibanteras jika mendapat kerjasama daripada orang ramai," katanya sambil berharap bekas menteri besar Kelantan itu bersama-sama kerajaan membantu menyekat penularan fahaman itu.

Beliau turut menyatakan keyakinan dengan kenyataan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Isnin lepas berhubung beberapa bukti pemimpin Pas terlibat fahaman itu.

Hamim berkata, semua pihak perlu akur dengan keputusan yang sudah ditetapkan kerajaan bahawa fahaman Syiah menyimpang daripada ajaran Islam sebenar bagi memastikan akidah umat Islam tidak terpesong. - Bernama

'Kami belum terima pelawaan minum teh'

Selepas beberapa hari Perhimpunan Agung Umno berlalu, Ketua Dewan Muslimat Pas, Siti Zailah Mohd Yusoff bagaimanapun masih belum menerima apa-apa pelawaan 'minum teh' sepertimana yang dinyatakan Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

"Kita Muslimat, tak dapat apa-apa pelawaan daripada dia (Shahrizat), kita sentiasa terbuka untuk muzakarah.

"Kami tak akan tunggu macam itu saja pelawaan itu, kami tak akan membazirkan masa kami.

"Tapi kalau itu setakat nak gimik politik... kami banyak kerja lain nak buat," katanya kepada Sinar Harian Online, hari ini.  

Siti Zailah berkata demikian ketika ditanya sama ada Dewan Muslimat ada menerima sebarang pelawaan daripada Wanita Umno, yang sebelum ini mahu menjadi pemangkin kepada muzakarah pertama Umno-Pas.

Shahrizat pada sidang media di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) minggu lalu menyatakan, Wanita Umno bakal memulakan langkah pertama muzakarah dengan Dewan Muslimat Pas sebaik Perhimpunan Agung Umno kali ini selesai.

"Wanita Umno menjadi ejen perpaduan. Kita akan mulakan Islam dengan Islam. Saya kenal beberapa pemimpin Muslimat, saya akan mulakan silaturahim yang pertama.

"Ini bukan atas dasar politik. Mungkin kita mula dengan minum teh. Saya akan buat jemputan selepas Perhimpunan Agung Umno ini tamat," katanya.

Dalam perkembangan lain, Siti Zailah berkata, Muslimat Pas kini menumpukan usaha membantu rakyat yang terjejas akibat banjir.

"Kita sekarang ini, daripada tunggu untuk muzkarah, kita sedang sibuk tolong mangsa banjir yang kehilangan tempat tinggal dan keperluan asas.

"Lebih elok kita lakukan apa yang perlu dahulu," katanya.

Isu Syiah 'hilang' jika Umno, Pas bersatu?

Umno yang mengaitkan ajaran Syiah dengan pemimpin nombor dua Pas itu hanya sekadar khabar angin "lama" jika tidak ada tindakan dilakukan.

Dekan Pusat Pengajian Antarabangsa Kolej Undang-undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa, Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof Madya Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani berkata, perkara itu cuba dibangkitkan untuk menonjolkan parti masing-masing di hadapan rakyat sebagai  pejuang, khususnya dalam agama Islam dan kaum Melayu.

Menurutnya, perkara berkaitan agama Islam dan kaum Melayu telah lama digunakan oleh Umno dan Pas termasuk isu Syiah untuk mengekalkan sokongan rakyat.

"Bagi saya isu Syiah ini sebenarnya bukan perkara besar bagi kedua pemimpin terlibat, ia hanya sekadar untuk menghangatkan Perhimpunan Agung Umno contohnya.

"Sebab saya lihat perkara ini telah lama, khabar angin yang mengaitkan pemimpin nombor dua Pas ini sering diperkatakan namun tiada tindakan, akhirnya senyap," katanya kepada Sinar Harian Online, hari ini.

Pada Sabtu lalu, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi telah menggemparkan Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2013 apabila meminta Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mengambil tindakan ke atas orang nombor dua Pas kerana didakwa mengamalkan ajaran Syiah.

Ahmad Zahid  ketika sesi penggulungan PAU itu berkata, telah memberikan 'lampu hijau' kepada Datuk Seri Jamil Khir Baharom yang memegang portfolio agama menjalankan tugasnya.

"Kita tak faham kenapa pilih pemimpin Syiah itu jadi orang nombor dua dalam Pas. Datuk Seri Jamil Khir, KDN beri kuasa ambil tindakan terhadap kepimpinan kedua parti itu," katanya.

Dalam pada itu, Azizuddin berkata isu Syiah ini mungkin hilang jika Pas dan Umno bergabung.

"Kalau dari sudut lainnya, isu Syiah yang sering dibangkitkan sejak dulu lagi, ia mungkin akan hilang begitu saja jika kedua-dua parti ini bersatu.

"Namun kalau KDN ada bukti, mereka boleh dedahkan dan ambil tindakan, ini juga isu akidah umat Islam," katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata dalam isu tersebut, Jakim yang akan memainkan peranan besar untuk mengambil tindakan terhadap pengamal ajaran Syiah itu.

"Kalau kita tengok kenyataan Ahmad Zahid itu, dia telah serahkan tugas kepada Jakim, jadi Jakim yang terbeban sebenarnya.

"KDN sudah boleh cuci tangan," ujarnya.