Halaman

Khamis, 11 Oktober 2012

SERANGAN LAJIM BERSIFAT DENDAM POLITIK


Timbalan Pengerusi UMNO Sabah, Datuk Seri Salleh Said Keruak yakin rakyat bijak menilai serangan 'politik peribadi' Datuk Seri Lajim Ukin terhadap kepemimpinan UMNO peringkat negeri sejak kebelakangan ini.

Tegas beliau pelbagai dakwaan dan tuduhan yang dilemparkan Lajim terhadap kepimpinan UMNO lebih bersifat 'dendam politik dan agenda peribadi' menjelang pilihan raya umum ke-13 yang semakin hangat sekarang.

“Isu-isu yang dibangkitkan oleh Lajim dalam temuramah itu bukan perkara baru, tetapi cuba dicanang semula untuk tujuan 'political mileage' dan sebagai  justifikasi  menyertai Pembangkang.

“Perkara yang dibangkitkan itu adalah sesuatu yang lumrah disuarakan oleh mereka yang bergelar pembangkang, tujuannya untuk mencipta isu (create issues) memburuk-burukkan pemimpin dan kerajaan bagi mendapatkan simpati dan meraih sokongan politik”, katanya kepada UMNO-Online sebagai mengulas serangan Lajim terhadap kepimpinan UMNO dalam temuramah bersama 'Sinar Harian' pada Isnin lepas,

Jelas beliau lagi dakwaan mengenai politik cantas-mencantas adalah satu tanggapan Lajim semata-mata.

“Dalam konteks UMNO, keputusan akhir terserah kepada Presiden Parti dengan mengambil kira pelbagai aspek. Dalam konteks Sabah, Ketua Menteri Datuk Seri Musa Hj Aman merupakan seorang yang bersikap terbuka untuk perbincangan, baik soal politik mahu pun isu pembangunan.

“Dalam soal pembangunan, Lajim yang pernah dalam kerajaan tentu memahami mengenai prosedur dan tatacara pelaksanaannya yang bukan boleh dibuat dalam sekelip mata, tetapi melalui peringkat proses demi proses sebelum projek itu sampai kepada rakyat”, ujarnya.

Mengenai isu royalti minyak untuk Sabah, beliau yang juga Speaker DUN Sabah berkata kerajaan negeri dan Ketua Menteri telah membuat kenyataan mengalu-alukan perbincangan terbuka mengenai perkara tersebut.

“Kerajaan negeri sudah tentu mengharapkan manfaat yang lebih besar, tetapi kita kena akur juga mengenai sumbangan kerajaan Pusat dalam bidang-bidang lain, selain mengambil kira kepentingan dan kesamaratan dalam sebuah Persekutuan.

“Rakyat Sabah mahukan kestabilan politik Negara dan terus menikmati hasil pembangunan dan transformasi yang dilakukan oleh Kerajaan”, katanya.

Justeru beliau percaya Datuk Seri Najib adalah pilihan Rakyat Sabah untuk terus menjadi Perdana Menteri Malaysia.

Sumber: Sinar Harian
 LA: Kebenaran akan terbukti akhirnya.

Harun Taib: Nasha cakap perkara betul

Harun Taib

Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib berpendapat apa yang dinyatakan Bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa itu adalah betul.

“Betullah tu apa yang dikatakannya. Islam perlu jadi perkara utama... hal-hal lain perlu jadi perkara susulan,” katanya kepada Sinar Harian semalam.


Kata Nasharudin, dalam konteks politik hari ini, masalah perpecahan umat Islam sering dilupakan sedangkan ia adalah masalah utama yang perlu diselesaikan terlebih dahulu.

Kenyataan terbuka yang dikeluarkan Nasharudin itu telah menimbul pelbagai persepsi  banyak pihak  sehingga ada andaian menyatakan Pas telah lari dari perjuangan asal.

Harun berkata, Pas tidak pernah lari daripada perjuangan asal dan masih menjadikan Islam sebagai pegangan utama.

Ketika ditanya sama ada Nasharudin berhak berkata demikian, Harun berkata, Nasharudin boleh menyuarakan pendapat beliau tidak kira secara dalaman atau terbuka.


LA:Di mana letaknya kebebasan bersuara ,jika Nasha tidak dibenarkan bersuara,mengapa Nik Aziz tak boleh terima kenyataan ini,Nik Aziz oh Nik Aziz

Pas: Tak perlu muktamar khas bincang isu Nasha

Pas tidak berhasrat untuk mengadakan muktamar khas bagi membincangkan kontroversi yang timbul ekoran kenyataan bekas Timbalan Presiden, Nasharudin Mat Isa, semalam.

Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat, Khalid Samad berkata, tiada keperluan untuk membincangkan isu berkenaan kerana ia dilihat bersifat peribadi.
Menurutnya, apa yang diperkatakan oleh Nasharudin bukan mewakli parti itu dan tidak perlu dibincangkan di peringkat tertinggi parti.Sebelum ini pada 2009, Mursyidul Am Datuk Nik Aziz Nik Mat menyarankan diadakan muktamar khas bagi menyiasat beberapa pemimpin yang didakwa membuat keputusan yang bertentangan dengan prinsip parti termasuk Nasharudin sendiri.

Khalid berkata, corak politik Nasharudin juga dilihat berbeza seperti mempunyai maksud tertentu kerana ia dilihat seperti memihak kepada parti lawan (Barisan Nasional).
Sekiranya DAP ingin mengambil tindakan undang-undang terhadap Nasharuddin, ia terpulang kepada parti tersebut," katanya.


LA: Banyak betul ketidak sefahaman antara  ahli ahli PAS ni kan.Pelik juga LA tengok mereka ni.