Halaman

Selasa, 31 Julai 2012

Panel ambil pandangan luar isu BERSIH 3.0


Panel penasihat Bebas  bagi menyiasat  Perhimpunan BERSIH 3.0 akan mendapatkan pandangan pakar luar negara berhubung prosedur operasi standard (SOP) dalam mengendalikan perhimpunan dan demonstrasi di negara masing-masing.Pengerusinya, Tun Hanif Omar, berkata pandangan itu termasuk berkaitan peralatan yang digunakan pihak berkuasa negara berkenaan untuk menyuraikan rusuhan.katanya, negara terbabit termasuk Amerika Syariakt (AS), Britain, Kanada serta Pakistan berdasarkan pengalaman mereka berhadapan demonstrasi jalanan di negara itu baru- baru ini.Beliau berkata, maklum balas mengenainya dijangka diperoleh dalam tempoh sebulan melalui perbincangan meja bulat antara anggota panel dan pakar berkenaan, selain akan turut disertai pihak Polis Diraja malaysia (PDRM). "kita mahu mengetahui undang-undang di neagara  itu yang membolehkan mereka bertindak seperti dilakukan,falsafah dan metodologi,pembentukan dna peralatan digunakan untuk mengawal orang ramai."sejauh mana mereka menerapkan protokol Pertubuhan Bangsa- bangsa BErsatu dalam penguatkuasaan dan mengendalikan demonstrasi aman, perlindungan kepada media serta SOP bagi membolehkan kita berbincang pula dengan pakar kita demi kebaikan rakayat,".katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Panel Penasiaht Bebas bagi menyiasat BERSIH 3.0 kali kesembilan di sini, semalam. Beliau sebelum ini bertemu wakil keudtaan AS, Britain, Kanada serta Pakistan bagi meminta bantuan mengenal pasti pakar dalam pengendalian demonstrasi di negara masing-masing selain mendengar keterangan 10 saksi.

Sumber:BH 31 Julai 2012

LA: salah tetap salah,dan tindakan harus diambil.





UMNO Beaufort tidak lumpuh

 
"Tiada bukti ramai keluar parti ikut Lajim"
UMNO Bahagian Beaufort masih utuh walaupun tanpa bekas ketuanya, Dartuk lajim Ukin yang melepaskan jawatannya,Ahad lalu.Walaupun lajim mendakwa 15 ahli jawatankuasa (AJK) UMNO bahagianitu turut mengikut langkahnya melepaskan jawatan, setakat ini tiada bukti mereka berbuat demikian.Ahad lalau, Lajim yang menerajui UMNO Bahagian Beaufort sejak 26 tahun lalau mengakhiri permainan tarik talinya dengan kempimpinan UMNO Sabah yang diterajui Pengerusi PErhubungannya, Datuk Seri Musa Aman apabila mengumumkan peletakakan jawatannya.
Bagaimanapun, Lajim kekalsebagai Ahli UMNOdan kedudakannya bakal  ditentukan  Ibu Pejabat UMNO,manakala jawatannya sebagai Timbalan Menteri diserahakn kepad Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak. Walaupun 15 AJK melepaskan jawatan dan menyertai perjuangan LAjim,UMNO Bahagian Beaufort tetap utuh dan kuat,dan tidak akan roboh berikutan sokongan padu20 AJK yang lain.

Sumber:BH31 Julai 2012

LA: patah tumbuh hilang berganti.




Termakan hasutan Anwar


Tindakan Ahli Parlimen Beaufort, Datuk Seri Lajim Ukin, meletak jawatan dalam UMNO, dipercayai buakn dibuat atas prinsip perjuangan, tetapi lebih didorang terperangkap hasutan Ketua Pembangkang, Datu kSeri Anwar Ibrahim.Menurut Ahli Majlis Teritnggi(MT )  UMNO,anwar mengambil kesemaptan atas beberapa isu pergeseran peribadi dihadapi Lajim untuk memujuknya keluar dan meletakkan jawatan dalam UMNO.
Anwar yang diberi jolokan Three Billion Ringgit Man oleh Datuk S Nallakaruppan, turut mempengaruhi dan memerangkap Lajim menggunakan kuasa duit adalah taktik sama digunaakn bagi mempengaruhi beberapa Ahli Parlimen Barisan Nasional(BN) melompat parti, kononnya membentuk kerajaan pada 16 September 2008 lalu.
TIndakan Lajim dan Ahli Parlimen TuaranD atuk Wilfred Bumburing menyertai pembangkang memeudahakan BN menggerakakn pilihan raya setempat.

Sumber:BH 31 Julai 2012

LA: lompat si katak lompat.

Jangan buat tuduhan melulu:SPR

"Dakwaan PAS pemilih sama boleh 2 kali undi tak benar"
 Pihak yang meragui sesuatu perkara dalam daftar pemilih suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) diminta tidak membuat tuduhan bersandarkan kepada penemuan sendiri.
sebaliknya mereka perlu tampil dan mengemukan bukti agar SPR dapat melakukan siasatan di lapangan selain menyemak dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), demikian menurut kenyataan suruhanjaya itu,semalam.
Kenyataan pembangkang tak benar dan tanpa bukti
Dalam perkembangan berkaitan, siasatan SPR berhubung kenyataan Setiausaha Jabatan Pilihan Raya PAS Selangor, Wan Mohamad Ghazali Mahmood bahawa individu bernama Jarmiah Abu Talib boleh mengundi dua kali kerana memiliki dua MyKad yang sah, adalah tidak benar dan dibuat tanpa bukti.
Kenyataan itu disiarkan Harakah dalam isu bertarikh 30 Julaihingga 2 ogos 2012 pada muka surat N22 dengan tajuk "Misteri Pengundi Dua MyKad didaftarkan dua Kali Sebagai Pemilih".
Kenyataan menjelaskan,siasatan SPR mendapati individu yang dimaksudkan adalah dua orang yang berbeza dan masing-masing memegang nombor MyKad 49032-08-5370 dan 470321-0805540.
Menurut kenyataan itu, pegawai SPR sudah ke rumah individu berkenaan dan mendapati pemilik kedua-dua Mykad adalah adik beradik yang berkongsi nama sama tetapi memiliki tarikh lahir, nombor kad pengenalan lama serta MyKad 12 angka berbeza.
Semakan dengan JPN mendapati pemegang kedua-dua nombor kad pengenalanadalah orang berbezakerana memiliki rekod cap jari berbeza, oleh itu, mereka adalah warga negara dan pengundi yang sah di sisi undang undang.



Sumber:BH 31 Julai 2012

LA:pe lak kes pas nie.