Halaman

Khamis, 17 Januari 2013

Nik Aziz nafi buat 'pusingan U'

 Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat yang sebelum ini menyokong penggunaan kalimah Allah dalam Bible versi bahasa Melayu bukan saja menukar pendiriannya malah mengelak daripada menjawab mengapa beliau bersetuju sebelum ini.Ketika ditanya mengapa sebelum ini beliau menyokongnya, Menteri Besar Kelantan itu berkata, kalimah Allah hanya merujuk kepada Tuhan yang satu dan tindakan menggunakannya bagi agama lain adalah mengarut.

Diminta mengulas lanjut pandangannya yang membenarkan penganut agama lain menggunakan kalimah Allah, Nik Aziz berkata, walaupun boleh disebut kalimah itu namun maknanya salah.


Ketika mengulas pemimpin PAS lain yang mungkin berbeza pandangan dengan Majlis Syura itu, Nik Aziz berkata, beliau tidak tahu mengenai perkara itu.



Kenyataan Majlis Syura itu juga menolak pendirian pembangkang bahawa kalimah Allah boleh digunakan bukan Islam, tetapi tidak boleh diterjemah dalam sebarang bahasa termasuk bahasa Melayu.



Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada 8 Januari lalu pertahankan keputusan dua tahun lalu membenarkan kalimah itu diguna penganut agama lain.



Katanya, Islam tidak menghalang penganut agama lain menggunakan kalimah itu walaupun tidak mencapai maksud asal seperti dalam al-Quran.
  Nik Aziz dah semakin nyanyuk dan hanya memesongkan akidah umat Islam yang lain.Inilah jadi apabila agama dicampur aduk dengan politik.

Sejarah akan hukum Hadi

hadi anwar


Terbaru, Hadi semalam menyatakan bahawa PAS akan tetap melaksanakan hudud mengikut acuan demokrasi yang wujud di negara ini.
Katanya PAS sudah lama cuba memperkenalkan perlaksanaan hukum hudud di dalam sistem perundangan negara melalui Enakmen Jenayah Syariah II Kelantan 1993 dan Enakmen Jenayah Syariah Terengganu 2003.
Presiden PAS itu bagaimanapun tidak rasa pelik dengan tentangan dari DAP untuk melaksanakan hudud berbanding UMNO yang kononnya “menolak” perlaksanaan hukum berkenaan di dalam sistem perundangan syariah di negara ini.
Malah dia menuduh bahawa UMNO menyekat usaha melaksanakan hudud dengan sepucuk surat yang kononnya memberi amaran kepada PAS di negeri Kelantan dan Terengganu ketika itu untuk tidak melaksanakan draf berkenaan.
Nampaknya Hadi cuba bermain kotor. Dari kenyataannya itu, bolehlah saya tegaskan di sini bahawa ia adalah tuduhan fitnah terhadap UMNO dan menunjukkan kebejatan cara Presiden PAS ini berfikir secara adil.
Kita imbas kembali apa yang berlaku pada tahun 1990’an itu ketika mana PAS “cuba tunjuk pandai” dengan membuat draf hukum hudud untuk dilaksanakan di mahkamah syariah di negeri jajahan masing-masing.
Ketika itu, PAS Kelantan telah membuat dua set draf hudud di mana yang pertamanya telah ditolak oleh Kerajaan Pusat (BN) kerana setelah dikaji, ia didapati tidak adil.
Dan Kerajaan PAS Kelantang kemudiaannya membuat sedikit pembetulan di dalam draf tersebut dan ia ditolak kali kedua oleh Kerajaan Pusat dengan alasan yang sama, iaitu draf undang-undang itu tidak adil perlaksanaannya kepada umat Islam.
Ketika Hadi menjadi Menteri Besar di Terengganu, dia juga cuba membuat draf hudud di negeri itu, namun draf berkenaan juga ditolak oleh Kerajaan Pusat.
kepada Hadi dan puak-puak PAS yang ada ketika itu, apakah benar UMNO menolak draf hudud tersebut kerana Kerajaan BN tidak mahukan hukum Allah itu dilaksanakan di negara ini?
Dan sekira Kerajaan BN menolak draf berkenaan, apakah ia boleh ditafsirkan sebagai menolak hukum Allah SWT?
Sebenarnya, alasan Kerajaan Pusat menolak ketiga-tiga set draf enakmen berkenaan disebabkan oleh sifat draf itu yang tidak adil sama sekali. Bukan setakat satu atau dua akta yang didapati tidak wajar, malah lebih dari tiga akta berkenaan yang didapati tidak adil.
Draf-draf berkenaan bukannya dikaji oleh Tun Dr. Mahathir, namun ia dikaji oleh para ulama Islam muktabar di negara ini dan dibahaskan sesama mereka sebelum diserahkan keputusan kajian draf tersebut kepada mantan Perdana Menteri itu.
Pas tak perlulah menunjukkan kebodohan mereka lagi.Cukup sudah cukup dengan kebodohan yang selama ini telah mereka tunjukkan.


Demonstrasi kayakan parti pembangkang

Dana asing mencurah masuk selepas anjur himpunan jalanan
Setiap kali pembangkang membuat demonstrasi jalanan, dana asing mencurah masuk memenuhi kantung bagi membolehkan mereka menjalankan gerakan menentang Barisan Nasional (BN). Tanpa demonstrasi jalanan, sukar untuk pembangkang memperoleh dana asing dan ia terbukti dengan demonstrasi jalanan BERSIH 1.0 pada 2007 yang menyebabkan dana asing mencurah masuk. 
 bekas Timbalan Ketua Penerangan Angkatan Muda Keadilan (AMK) yang menyertai UMNO semalam, Syamsul Hidayat Mohd Sharif, berkata kantung pembangkang diisi dana asing itu disaksikannya sendiri ketika memegang jawatan berkenaan.


“Saya memegang jawatan dari 2007 hingga 2009. Ketika saya menyertai PKR, parti itu belum menguasai Selangor. Ketika itu dana parti memang amat daif hinggakan gaji kakitangan di pejabat parti di Brickfields dibayar lambat.
“Bagaimanapun, selepas pembangkang mengadakan BERSIH 1.0 pada 2007, dana asing mencurah masuk. Saya meninggalkan parti itu pada 2009 dan sekarang memilih UMNO sebagai wadah perjuangan kerana saya lihat PKR tidak lebih sekadar batu loncatan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menjadi Perdana Menteri,” katanya.


Lihatlah siapa yang mengaut keuntungan disebalik kebodohan rakyat.Mengapa harus membodohkan diri sendiri untuk kepentingan orang lain.