Halaman

Rabu, 12 Disember 2012

DAP DALAM KETAKUTAN!!



Berdasarkan kajian akademik dan politik yang dijalankan di Pulau Pinang, DAP bakal hilang 5 kerusi DUN yang kini dalam gengaman mereka. Antara DUN yang bakal hilang ialah DUN Machang Bubuk, DUN Bagan Dalam, DUN Seri Delima, DUN Bukit Tengah. Kenyataan ini berdasarkan kepada prestasi ADUN-ADUN mereka yang amat rendah dan ditolak oleh rakyat.

ADUN Seri Delima, RSN Rayer contohnya ditolak oleh kaum India kerana tidak membela nasib orang India sehingga Kampung Buah Pala diratah oleh kerajaan negeri walaupun dijanjikan kampung tersebut akan terbela bila Pakatan Rakyat memerintah.

Lagi teruk ialah dakwaan bahawa, bapa kepada RSN Rayer telah mengarahkan supaya bekas tapak kaki penduduk-penduduk dari Kampung Buah Pala disamak dengan susu lembu kerana menganggap kasta penduduk Kg. Buah Pala paling rendah. Peristiwa ini berlaku apabila penduduk Kg Buah Pala datang ke rumah Rayer untuk memohon bantuan menyelesaikan masalah kampung mereka.

Akibat risau dengan prestasi ADUN DAP yang pemalas sehingga rakyat marah, DAP terpaksa membuat permukiman di Pulau Jerjak bagi mencari jalan penyelesaian akan permasalahan ini.

Permukiman tersebut dibuat atas nama Mesyuarat JKKK Kampung Sireh, tetapi menjadi mesyuarat DAP mensekolahkan semua ADUN mereka.

PAS cemar imej hudud




Kontroversi pelaksanaan undang-undang Islam terhadap bukan Islam di negeri ini yang hangat diperkatakan dalam akhbar berbahasa Inggeris ketika ini telah menjejaskan imej agama suci tersebut.
Setiausaha Barisan Nasional (BN) Kelantan, Datuk Md. Alwi Che Ahmad berkata, isu tersebut timbul disebabkan kegagalan kerajaan Pas Kelantan memberikan kefahaman tentang undang-undang Islam sebelum ia dilaksanakan.
Beliau berkata, sewajarnya kerajaan negeri perlu berhati-hati ketika merangka dan melaksanakan undang-undang berkaitan Islam agar ia tidak disalahtafsirkan oleh masyarakat bukan Islam di negara ini.










PILIHAN DI TANGAN ANDA!!!!

Kelantan tetap nak saman bukan Islam


Kerajaan PAS Kelantan tetap bertegas melaksanakan perundangan Islam kepada orang bukan Islam meskipun mendapat tentangan daripada Pengerusi DAP Karpal Singh.
Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Pelancongan, Kebudayaan dan Kesenian Kelantan Datuk Takiyuddin Hassan berkata kerajaan negeri sedia menerima risiko untuk disaman oleh bukan Islam kerana setiap dasar yang dibuat kerajaan negeri selari dengan peruntukan Perlembagaan.
Karpal Singh menggesa Kerajaan PAS Kelantan supaya menjelaskan perkara sebenar mengenai tindakan perundangan Islam yang dikenakan ke atas orang bukan Islam di negeri itu.
Karpal berkata orang bukan Islam Kelantan yang dikenakan tindakan saman berdasarkan undang-undang Islam, boleh mencabar saman terbabit di mahkamah.
Takiyuddin bagaimanapun menjelaskan bahawa kerajaan negeri melaksanakan dasar itu sebagai langkah menjaga maruah wanita, sama ada Islam atau bukan Islam daripada mengalami gangguan seksual dan terjebak dalam kancah pelacuran.

LA: PAS perlu beri pemahaman yang jelas kepada bukan Islam sebelum mengenakan tindakan ,jika tidak memang akan ditentang lah oleh bukan Islam.