Halaman

Jumaat, 3 Ogos 2012

Menangis tiada air

Tangisan dan rintihan penduduk Pangsapuri  Putra Budiman dan Puncak Perdana sejak seminggu lalu,terlerai seketika dengan kehadiran enam lori tangki Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS), yang membekalkan air bersih untuk mereka setelah tertekan menghadapi Ramadan tahun ini tanpa kemudahan asas tersebut.
Penduduk cukup sengsara kerana terpaksa mengangkut air dalam kuantiti kecil dari bawah pangsapuri lima tingkat itu dan menggunakan tangga setiap hari.
Bekalan air yang gagal diselenggarakan kerajaan negeri memberi tekanan kepada penduduk.Persiapan menyambut Aidilfitri terlalu kelam kabut jika masalah ini tidak dapat diselesaikan sepenuhnya.
Pendudk juga,mengadu sudah tidak berdaya lagi mengangkat air naik ke rumah lima tingkat setiap hari dan muak dengan keadaan berebut-rebut untuk mendapatkan air kerana bekalan tidak cukup disediakan.Dan lebih teruk terpaksa beratur panjang sejak jam 2 petang mengisi kupon bagi mendapatkan bekas serta mengisi air dari paip tangki SYABAS di taman berkenaan.

Sumber:BH 3 Ogos 2012

LA:Rumahtangga sendiri tunggang langgang ada hati lagi PKR Selangor nak bidas pihak lain.Cermin diri sendiri sebelum mengata orang lain.

Anwar tawar Bumburing, Lajim tanding

Baiknya hati Anwar Ibrahim sanmapi sanggup buat tawaran hebat untuk Bumburing Dan Lajim untuk bertanding di bawah pakatan pembangkang pada Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU13) tidak lama lagi.Bukan itu sahaja, Mereka juga boleh memilih sama ada nak nak gunakan PKR, PAS,DAP atau parti politik tempatan di Sabah yang menyokong pembangkang.Anwar turut membuat tawaran hebat dengan kesediaan PKR memberikan kerusi kepada orang baru ,asalkan mereka komited dengan agenda parti.Malanglah, ade pemimpin macam ni,tak bagi keutamaan pada ahli-ahli lama yang sudah lama menunggu saat-saat ini.

Sumber:BH 3 Ogos 2012

LA: Anwar ni, LA tengok dah betul-betul terdesak untuk menang PRU 13,sampai sanggup membelakangkan ahli-ahli parti yang lain.

Mesyuarat kedua is air Selangor


  Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam mempengerusikan mesyuarat kedua Jawatan Kuasa Kabinet mengenai Isu-isu Air Selangor di Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) semalam.
Mesyuarat turut dihadiri Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Peter Chin Fah Kui; Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar;Menteri ;Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar,Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin;Menteri di jabatan Perdana Menteri  ,Datuk Seri Mohaamed Nazri Aziz dan Peguma Negara, Tan Sir Abdul Ghani Patail.
Jawatankuasa Kabinet  bertanggungjawab meneliti isu-isu berkaitan industri perkhidmatan bekalan air negeri Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya serta menetapkan keutamaan untuk selesaikan isu berkenaan.

Sumber: BH 3 Ogos 2012

LA: Kesian kt rakyat Selangor.

                                                                                 

Isu air Kelantan: 4 jam lewat mandi jenazah

Proses pengebumian jenazah tertangguh ekoran  ketiadaan bekalan air mencukupi  untuk memandikan jenazah di Tumpat, semalam.  - Foto Rohaiza Ab Rahman=

Proses pengebumian jenazah tertangguh ekoran ketiadaan bekalan air mencukupi untuk memandikan jenazah di Tumpat, semalam.

Sedih LA baca kisah ni, masalah bekalan air yang dihadapi di Kelantan telah menyebabkan pengebumian  jenzah seorang warga emas  dari kampung Simpangan ,terganggu kerana tiada bekalan air.
Jenazah malang itu,sepatutnya dimandikan seawal pagi tetapi telah di  tangguh sehingga pukul 11.30  pagi akibat ketiadaan air. Pihak bertanggungjawab Air kelantan Sdn Bhd (AKSB) gagal menyediakan kemudahan sepatutnya terutama semasa kecemasan seperti ini,malah masalah bekalan air ini telah dihadapi penduduk sejak awal ramadan lagi.
menerut cucu arwah,  Mahadi Mokhtar 47, berkata:“Saya tak sangka keadaan jadi lebih teruk apabila tidak dapat menyegerakan urusan memandikan jenazah nenek. Sepatutnya urusan pengebumian dilakukan sebelum Zuhur sebaik jenazah dibawa pulang ke rumah kira-kira jam 7 pagi, namun disebabkan tiada air ketika itu, ia terpaksa ditangguhkan. 
“Seorang saudara kami akhirnya menghubungi AKSB supaya menghantar bekalan air ke rumah dan selepas hampir empat jam menunggu, barulah jenazah dapat dimandikan jam 11.30 pagi selepas AKSB menghantar bekalan air menerusi sebuah lori tangki,” katanya. 
sepatutnya, pengurusan syarikat perlu peka dengan keperluan pengguna terutama pada bulan ramadan untuk menghadapi waktu berbuka.


LA: mane dia janji ditepati wahai pembangkang?