Halaman

Memaparkan catatan dengan label Sinar Harian. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Sinar Harian. Papar semua catatan

Jumaat, 12 Oktober 2012

Kerajaan Negeri tidak jujur, dakwa Umno Selangor

Ketua Pemuda Selangor, Ungku Salleh Ungku Jamal

Wawancara Sinar Harian Dengan Ketua Pemuda Isu SELCAT Selangor




Sudah ada pengakuan dibuat dalam Selcat, tetapi tiada sebarang tindakan diambil. Apa komen saudara?

UNGKU SALLEH: Selcat ini hanya ditubuhkan untuk mengaburi mata rakyat yang hanya mencari kesalahan BN. Seolah-olah mereka menyiasat isu yang berbangkit, sedangkan tindakan itu hanya buang masa sahaja. Lebih baik kita laporkan kepada SPRM, yang lebih telus menyiasat perkara ini. Selcat ini adalah mainan Kerajaan Negeri kerana tiada tindakan dan keputusan diambil oleh Selcat. Bagaimana Speaker Dun nak siasat jika isu itu berkaitan dengan Kerajaan Negeri di bawah pentadbiran Menteri Besar. Ini semua adalah mainan Menteri Besar PKR.

Saudara setuju dengan kenyataan Timbalan Pengerusi Umno Selangor, Datuk Seri Noh Omar yang menyifatkan Selcat 'double standard' dan tidak ubah seperti mahkamah kanggaru?

UNGKU SALLEH: Memang tidak dinafikan lagi. Malah mahkamah kanggaru lagi baik daripada Selcat. Datuk Seri Noh sebelum ini pernah mencabar Abdul Khalid sekiranya kenyataan yang dikeluarkan oleh beliau salah, Noh rela melepaskan jawatan sebagai Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani. Tapi jika berlaku penyelwengan dalam Kerajaan Negeri, Abdul Khalid patut minta maaf secara terbuka dan letak jawatan sebagai Menteri Besar. Saya rasa sampai hari ini Abdul Khalid tidak berani sahur cabaran itu. Kita nak lihat SPRM buat kerja, berdasarkan bukti yang ada bahawa wujud salah guna kuasa dalam Kerajaan Negeri. Pemuda Umno sendiri pernah meminta Abdul Khalid letak jawatan tetapi tiada sebarang respons. Ini kerana Menteri Besar masih dikawal oleh DAP dan pemimpin utama PKR.

LA Selcat hanya omongan kosong  pembangkang.

Mahfuz: Umno-Nasha boleh kerjasama tanpa Pas


Pas hari ini menegaskan pemimpin Umno dan bekas Timbalan Presiden parti itu, Nasharudin Mat Isa boleh meneruskan kerjasama politik, jika itu yang diinginkan, tetapi tanpa kehadiran Pas.

Naib Presidennya, Datuk Mahfuz Omar berkata, Pas juga tidak mempunyai masalah sekiranya Umno mahu meneruskan perbincangan dengan Nasharudin, yang dilihat lebih dekat dengan parti teras Barisan Nasional (BN).


Kata Mahfuz, "selama ini pun dia sudah ada pakatan dengan Umno... jadi kalau dia hendak teruskan, itu pasal dialah."

Sebelum ini, beberapa pemimpin Umno menyambut baik dan menerima secara positif saranan Nasharudin yang mahu merencanakan semula perpaduan umat Islam terutamanya melibatkan Umno dan Pas.

Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, Umno tidak pernah menolak kemungkinan bekerjasama dengan Pas demi perpaduan ummah.

Nasharudin dipetik berkata, Pas tidak seharusnya mengutamakan kuasa semata-mata dan meletakkan soal Islam di tempat kedua.

Kenyataan itu mendapat reaksi berbelah-bahagi di kalangan pemimpin kanan Pas.


LA: Apa salahnya berkerjasama sesama Islam untuk kebaikan ummah,dengan yang kafir tak ada masalah pula untuk PAS berkerjasama,tapi bila dengan UMNO,banyak pula yang tak boleh.Tengok siapa yang bodoh sombong sekarang ni.

Zul Nordin mahu DAP nafi campur tangan paderi asing

Ahli Parlimen Kulim Bandar Bharu, Datuk Zulkifli Nordin menggesa DAP menafikan penglibatan dan campur tangan paderi asing, yang turut menyalurkan dana bagi aktiviti politik mereka.Menurutnya, paderi asing yang berasal dari Afrika Selatan dan United Kingdom memberi dana kepada DAP dan Pakatan Rakyat (PR) untuk menewaskan Umno.

Dalam laporan yang saya peroleh itu, menyatakan paderi asing ini memberi dana kepada DAP dan PR untuk kalahkan Umno dan  di majlis kesyukuran di Hotel Red Rock di Pulau Pinang pada Mei tahun lalu serta didedahkan oleh ahli DAP sendiri.

"Jadi saya minta DAP nafikanlah supaya tindakan susulan diambil," katanya kepada sidang media di lobi Parlimen, di sini.Kelmarin, satu portal media tempatan melaporkan bekas Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa mendakwa satu majlis kesyukuran yang diadakan di Sarawak tahun lalu menganjurkan doa supaya "Malaysia menjadi negara Kristian."


Beliau mendakwa, majlis itu berlangsung selepas pilihan raya negeri Sarawak.Pengerusi DAP Sarawak, Wong Ho Leng berkata, majlis kesyukuran tersebut untuk menyatakan kesyukuran dan laporan akan dibuat atas tuduhan yang tak berasas itu.

Mengulas lanjut, Zulkifli berkata, perkara ini serius dan pihak bertanggungjawab mengambil tindakan terhadap perkara tersebut.Kalau mereka perlukan saya untuk membantu siasatan, saya akan memberi kerjasama dan tidak takut dengan pendedahan perkara itu," katanya lagi.


LA: Isu yang sangat serius dan sensitif.Minta dijauhakn sejarah luka berulang lagi.

Khamis, 11 Oktober 2012

SERANGAN LAJIM BERSIFAT DENDAM POLITIK


Timbalan Pengerusi UMNO Sabah, Datuk Seri Salleh Said Keruak yakin rakyat bijak menilai serangan 'politik peribadi' Datuk Seri Lajim Ukin terhadap kepemimpinan UMNO peringkat negeri sejak kebelakangan ini.

Tegas beliau pelbagai dakwaan dan tuduhan yang dilemparkan Lajim terhadap kepimpinan UMNO lebih bersifat 'dendam politik dan agenda peribadi' menjelang pilihan raya umum ke-13 yang semakin hangat sekarang.

“Isu-isu yang dibangkitkan oleh Lajim dalam temuramah itu bukan perkara baru, tetapi cuba dicanang semula untuk tujuan 'political mileage' dan sebagai  justifikasi  menyertai Pembangkang.

“Perkara yang dibangkitkan itu adalah sesuatu yang lumrah disuarakan oleh mereka yang bergelar pembangkang, tujuannya untuk mencipta isu (create issues) memburuk-burukkan pemimpin dan kerajaan bagi mendapatkan simpati dan meraih sokongan politik”, katanya kepada UMNO-Online sebagai mengulas serangan Lajim terhadap kepimpinan UMNO dalam temuramah bersama 'Sinar Harian' pada Isnin lepas,

Jelas beliau lagi dakwaan mengenai politik cantas-mencantas adalah satu tanggapan Lajim semata-mata.

“Dalam konteks UMNO, keputusan akhir terserah kepada Presiden Parti dengan mengambil kira pelbagai aspek. Dalam konteks Sabah, Ketua Menteri Datuk Seri Musa Hj Aman merupakan seorang yang bersikap terbuka untuk perbincangan, baik soal politik mahu pun isu pembangunan.

“Dalam soal pembangunan, Lajim yang pernah dalam kerajaan tentu memahami mengenai prosedur dan tatacara pelaksanaannya yang bukan boleh dibuat dalam sekelip mata, tetapi melalui peringkat proses demi proses sebelum projek itu sampai kepada rakyat”, ujarnya.

Mengenai isu royalti minyak untuk Sabah, beliau yang juga Speaker DUN Sabah berkata kerajaan negeri dan Ketua Menteri telah membuat kenyataan mengalu-alukan perbincangan terbuka mengenai perkara tersebut.

“Kerajaan negeri sudah tentu mengharapkan manfaat yang lebih besar, tetapi kita kena akur juga mengenai sumbangan kerajaan Pusat dalam bidang-bidang lain, selain mengambil kira kepentingan dan kesamaratan dalam sebuah Persekutuan.

“Rakyat Sabah mahukan kestabilan politik Negara dan terus menikmati hasil pembangunan dan transformasi yang dilakukan oleh Kerajaan”, katanya.

Justeru beliau percaya Datuk Seri Najib adalah pilihan Rakyat Sabah untuk terus menjadi Perdana Menteri Malaysia.

Sumber: Sinar Harian
 LA: Kebenaran akan terbukti akhirnya.

Harun Taib: Nasha cakap perkara betul

Harun Taib

Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib berpendapat apa yang dinyatakan Bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa itu adalah betul.

“Betullah tu apa yang dikatakannya. Islam perlu jadi perkara utama... hal-hal lain perlu jadi perkara susulan,” katanya kepada Sinar Harian semalam.


Kata Nasharudin, dalam konteks politik hari ini, masalah perpecahan umat Islam sering dilupakan sedangkan ia adalah masalah utama yang perlu diselesaikan terlebih dahulu.

Kenyataan terbuka yang dikeluarkan Nasharudin itu telah menimbul pelbagai persepsi  banyak pihak  sehingga ada andaian menyatakan Pas telah lari dari perjuangan asal.

Harun berkata, Pas tidak pernah lari daripada perjuangan asal dan masih menjadikan Islam sebagai pegangan utama.

Ketika ditanya sama ada Nasharudin berhak berkata demikian, Harun berkata, Nasharudin boleh menyuarakan pendapat beliau tidak kira secara dalaman atau terbuka.


LA:Di mana letaknya kebebasan bersuara ,jika Nasha tidak dibenarkan bersuara,mengapa Nik Aziz tak boleh terima kenyataan ini,Nik Aziz oh Nik Aziz

Pas: Tak perlu muktamar khas bincang isu Nasha

Pas tidak berhasrat untuk mengadakan muktamar khas bagi membincangkan kontroversi yang timbul ekoran kenyataan bekas Timbalan Presiden, Nasharudin Mat Isa, semalam.

Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat, Khalid Samad berkata, tiada keperluan untuk membincangkan isu berkenaan kerana ia dilihat bersifat peribadi.
Menurutnya, apa yang diperkatakan oleh Nasharudin bukan mewakli parti itu dan tidak perlu dibincangkan di peringkat tertinggi parti.Sebelum ini pada 2009, Mursyidul Am Datuk Nik Aziz Nik Mat menyarankan diadakan muktamar khas bagi menyiasat beberapa pemimpin yang didakwa membuat keputusan yang bertentangan dengan prinsip parti termasuk Nasharudin sendiri.

Khalid berkata, corak politik Nasharudin juga dilihat berbeza seperti mempunyai maksud tertentu kerana ia dilihat seperti memihak kepada parti lawan (Barisan Nasional).
Sekiranya DAP ingin mengambil tindakan undang-undang terhadap Nasharuddin, ia terpulang kepada parti tersebut," katanya.


LA: Banyak betul ketidak sefahaman antara  ahli ahli PAS ni kan.Pelik juga LA tengok mereka ni.

Rabu, 10 Oktober 2012

Tolak projek Rapid

Tolak projek Rapid
Lebih 3,000 peserta dari seluruh pelusuk negeri ini berkumpul dan membanjiri Dataran Sungai Rengit di sini semalam, bagi memberi sokongan kepada Himpunan Hijau Lestari Pengerang.

Perhimpunan selama dua jam bermula 10 pagi hingga 12 tengah hari itu berlangsung dengan aman serta mengikut peraturan yang telah ditetapkan pihak keselamatan.


Ketua PKR Johor, Datuk Seri Chua Jui Meng ketika berucap pada majlis tersebut berkata, Pakatan Rakyat (PR) berjanji akan menghentikan projek Rapid apabila mereka berjaya menawan Putrajaya ketika menang pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) nanti.
Tolak projek Rapid

 Himpunan Hijau Lestari Pengerang dilihat sebagai usaha pihak pembangkang untuk mencari modal bagi berhadapan dengan PRU13.

Ahli Parlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, perhimpunan yang kononnya bertujuan membantah projek Rapid dan projek Terminal Petroleum Laut Dalam Bebas Pengerang itu disifatkan sebagai tindakan yang sengaja untuk memburukkan projek pembangunan kerajaan.

Katanya, beliau juga menafikan kenyataan penganjur yang mendakwa menjemputnya ke perhimpunan berkenaan bagi menjelaskan beberapa perkara berkaitan projek tersebut.

“Saya tidak pernah menerima sebarang pelawaan daripada mereka sebelum ini, kalau betul mereka hendak jemput saya, mereka boleh hantar surat jemputan di Parlimen atau pejabat saya.

“Pada perhimpunan itu mereka hanya letak kerusi dan tampal nama saya, kemudian kata saya tidak datang. Kepimpinan mereka ini dari atas sampai ke bawah kerjanya menipu sahaja,” katanya ketika dihubungi pemberita.



Sumber: Sinar Harian
LA: Pembangkang ketandusan idea bila melibatkan Projek Rapid sebagai modal untuk politik kotor mereka.Dan yang sedih,ada yang terlibat sama,memberi sokongan untuk menentang projek tersebut.

PR tiada halangan tubuh syarikat minyak dan gas

Pakatan Rakyat (PR) tidak mempunyai halangan untuk menubuhkan syarikat minyak dan gas sendiri sekiranya mengambil alih Putrajaya selepas Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU 13) nanti.Pensyarah Jabatan Ekonomi, Universiti Malaysia Terengganu, Prof Madya Mohd Anuar Md Amin berkata, apabila mereka menjadi pentadbir, akta berkaitan pengurusan minyak yang sedia ada boleh ditukar.

Menurutnya, mereka berhasrat untuk menubuhkan syarikat baru untuk menguruskan minyak kerana ia sumber utama negara.Sebelum ini, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhasrat untuk menubuhkan syarikat minyak dan gas di empat negeri itu sendiri iaitu Kelantan, Terengganu, Sabah dan Sarawak.

Anuar bimbang sekiranya PR menjadi pentadbir negara kelak, pihak luar yang selama ini memberikan bantuan kepada PR dan sekutunya akan terlibat dan mengawal syarikat minyak dan gas yang ditubuhkan.Beliau juga mempersoalkan mengapa PR mahu menubuhkan syarikat sendiri sedangkan sistem yang dilaksanakan oleh kerajaan sedia ada adalah sistem terbaik.


LA: Macam-macam lah,Anwar ni,apa yang merekaank buat tu,semua kerajaan dah buat terlebih dahulu.Cedok juga ,idea kerajaan BN.

'Nepotisme realiti dalam PR'

Penganalisis politik berpendapat amalan nepotisme dalam Pakatan Rakyat (PR) yang didakwa Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil adalah tepat.

Pensyarah Sains Politik, Pusat Pengajian Sejarah, Politik dan Strategi, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Dr Shamsul Adabi Mamat berkata, amalan ini bukan hanya gambaran dalam Kabinet bayangan PR sahaja tetapi satu realiti diamalkan parti itu sejak sekian lama.

Menurutnya, keadaan itu sangat kontradik dengan apa yang dilaungkan oleh PR sebelum ini.Shahrizat menyelar Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana mengamalkan nepotisme susulan isteri dan anak Anwar tersenarai sebagai anggota jemaah menteri dalam Kabinet bayangan PR seperti dilaporkan sebuah akhbar, sebelum ini.


Shamsul berkata, amalan mendahulukan ahli keluarga itu bukan hanya ada pada Anwar tetapi juga dalam rakan parti yang lain seperti DAP, Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng serta antara Karpal Singh dan anaknya, Gobind Singh. rakyat boleh menilai sendiri bagaimana bentuk pentadbiran yang akan dilakukan oleh PR jika mereka berjaya menawan Putrajaya pada pilihan raya umum akan datang.

Sumber: SInar Harian

LA: PR bukan parti untuk rakayt tapi parti untuk kronisme.

Selasa, 9 Oktober 2012

Pas: Projek Rapid diteruskan jika diberi mandat

Salahuddin Ayub


Pas menjelaskan bahawa mereka akan meneruskan Projek Pembangunan Bersepadu Penapisan Minyak dan Petrokimia (Rapid) di Pengerang, Johor, walaupun ditolak rakan sekutu PKR.
Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub berkata, ia pandangan peribadi dan tidak menjadi masalah kepada Pakatan Rakyat (PR) bagi mana-mana pihak mengeluarkan pendapat.
Sekiranya pembangkang diberi mandat dalam pilihan raya nanti, projek Rapid akan diberi perhatian, malah Petronas boleh membangunkan projek Rapid di Pengerang ataupun mana-mana tempat di negeri Johor,” katanya dalam sidang media di lobi Parlimen.

Sebelum itu, Pengerusi Biro Pelaburan dan Perdagangan PKR, Wong Chen mendakwa adalah satu pembaziran bagi menggunakan wang sebanyak RM60 bilion bagi pembinaan satu loji penapis kerana kerajaan telah mempunyai loji yang sedia ada milik Petronas di Kerteh, Terengganu.

Baru-baru ini, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menjelaskan projek Rapid adalah sebuah projek nasional di bawah kendalian Petronas yang bakal memberi pulangan besar untuk diagihkan semula kepada rakyat.

Beliau juga turut mempersoalkan tindakan pembangkang yang mempersoalkan projek berkenaan dan dilihat sebagai strategi mengalih perhatian masyarakat daripada masalah dalaman mereka.


LA: Pelik dengan pembangkang ni,perkara yang boleh bagi faedah dan kebaikan pada rakyat pun mereka nak tentang.Apa sebenarnya yang mereka mahukan.Adakah mereka mahu melihat rakyat hidup menderita dan dibelenggu kemiskinan .

Karpal tetap mahu saman Nasharudin

karpal-singh


Pengerusi DAP Kebangsaan, Karpal Singh menegaskan bahawa beliau tetap akan meneruskan prosiding fitnah terhadap bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa.

Bagaimanapun beliau belum menetapkan tarikh kes itu akan difailkan.Sebelum ini, pada Ogos lalu, Karpal memulakan prosiding fitnah terhadap Nasharudin ekoran kenyataannya berhubung isu hudud dan Islam.


Membalas kenyataan dua bulan itu, Nasharudin dilaporkan akan menunggu tindakan Karpal di mahkamah dan turut mencabarnya untuk terus mengambil tindakan di mahkamah.


LA:Macam mana ni, kata satu geng, tapi siap saman menyaman lagi.Apa cerita ni, wahai PR.Sendiri tak sehaluan masih lagi mahu menegakkan benang yang basah.

Kerjasama Pas-DAP canggah kehendak Islam, dakwa Shahnon





Beliau berkata apa yang dilakukan oleh Pas sekarang ialah hanya menuruti kehendak politik DAP dan pendekatan seumpama itu bercanggah dengan kehendak Islam kerana Pas sepatutnya memimpin dalam memperjuang Islam.
Shahnon yang juga anggota Pas seumur hidup berkata adalah sangat menyedihkan kerana kerjasama Pas dengan DAP itu bukan seperti yang diharapkan dan ia bercanggah dengan pendekatan yang diambil Rasulullah SAW ketika memerintah dan bekerjasama dengan golongan bukan beragama Islam.
Shahnon yang pernah bertugas sebagai Pengarah Pusat Islam Universiti Sains Malaysia (USM) berkata, pendekatan Rasulullah SAW bekerjasama dengan kaum Yahudi, Kristian dan munafik bukanlah seperti kerjasama Pas dan DAP sekarang kerana ketika itu Islam yang memerintah dan memimpin kaum-kaum berkenaan.
Menyentuh e-novel 'Mahabbah', Shahnon berkata, ia mengenai perjuangan seorang tua yang sudah tidak mempunyai kuasa tetapi ada hati yang kuat untuk menyatu padukan orang Melayu menerusi doanya kepada ALLAH.
Katanya e-novel itu turut melambangkan masyarakat Malaysia yang berbilang kaum tetapi bersatu walaupun masing-masing berpegang kepada cara tersendiri untuk hidup damai dan harmoni. 

LA: PAS memang sudah tersasar daripada perjuangannya bila mana bergabung dengan parti yang mempunyai ideologi yang berbeza.

Isnin, 8 Oktober 2012

PR hanya politikkan isu

PR yang betul- betul terdesak sanggup membuat apa sahaja untuk  kepentingan politik walaupun melibatkan aspek pendidikan.Ini membuktikan PR sanggup mempolitikkan semua perkara asalkan mereka terus berkuasa.Tapi kebenaran telah terbukti dan pembinaanUiTM tetap akan diteruskan walaupun ditentang oleh pembangkang. 
Rakyat pasti mampu menilai perkara itu walaupun isi tersebut memberi tamparan hebat pada YBK.Keputusan kabinet meneruskan pembinaan kampus itu akan memberi sokongan terhadap BN. Dengan  terbinanya UiTM Serendah akan membuka peluang pekrjaan dan perniagaan kepada penduduk skitar dan yang penting menggalakkan anak-anak muda ke universiti.

Sumber:Sinar Harian

LA: Janganlah sampai pemdidikan pun hendak dipolitikkan.Pembangkang tolong hormat sikit institusi pendidikan negara.


Pengundi muda tentukan kemenangan


 Pengundi muda antara komponen penting bagi sesebuah parti dalam menentukan kejayaan dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) akan datang.
Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, peranan pengundi muda dipercayai mampu menentukan kemenangan parti dan semua parti berusaha menawan golongan ini.
Menurutnya, usaha Pas dalam menarik perhatian golongan muda menunjukkan perubahan positif dan keadaan ini menimbulkan kebimbangan kepada pihak lawan.
Kira-kira 30 hingga 50 peratus pengundi di negara ini boleh menentukan kemenangan dalam PRU dan perkara ini yang membuatkan Barisan Nasional (BN) takut.

LA:Pastikan buat pilihan yang bijak agar tidak menyesal kemudian hari. 

Undi- Soros:Pakatan bidas Tun Mahathir

Pakatan Rakyat (PR) sebulat suara membidas kenyataan Tun Dr. Mahathir Mohamad yang mendakwa mengundi pembangkang dalam pilihan raya umum akan datang boleh diibaratkan memberi undi kepada George Soros, spekulator mata wang dan mendakwa bekas Perdana Menteri itu sudah hilang nilai intelek dan "dihambat bayang-bayang sendiri."
Menurut Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali, kenyataan tidak masuk akal Dr Mahathir itu seakan-akan menjatuhkan standard beliau sendiri sebagai seorang bekas perdana menteri dan negarawan.
Dr Mahathir antara lain menyatakan bahawa Soros membiayai pertubuhan bukan kerajaan untuk membentuk "masyarakat sivil" bagi memberi peluang untuk "penjajahan" baru.

 Dr Mahathir juga sudah terlalu terdesak untuk mendapat kembali sokongan rakyat negara ini apabila mula melihat sokongan kuat rakyat yang semakin menerima kepimpinan pembangkang.

Dalam pada itu, seorang lagi pimpinan kanan Pas, Salahuddin Ayub berkata, PR tidak akan membenarkan pengkhianatan berlaku dalam negara yang boleh menjejaskan kedaulatan negara.

Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail turut menyelar kenyataan Dr Mahathir dan mendakwa kenyataan yang dibuat oleh bekas pemimpin negara itu sebagai pemikiran usang yang tidak lagi relevan untuk diguna pakai dalam arena politik negara ini
Timbalan Pengerusi DAP Kebangsaan, Dr Tan Seng Giaw pula menyindir dan mengambil sikap tidak mahu ambil pusing dengan kenyataan yang dibuat oleh Dr Mahathir itu kerana menganggap pemimpin itu sudah lama bersara dan tidak sepatutnya membuat sebarang kenyataan dalam arena politik negara.


LA: Tak sungguh tak melata,tak sungguh orang tak kata.Tun Mahathir yang lebih makan garam ari mereka yang membidas beliau.Tun tidak akan mengeluarkan sebarangan kenyataan tanpa bukti atau asas.Pembangkang lah yang takut pada bayang bayang sendiri.

Jumaat, 5 Oktober 2012

Selangor lebih maju dibawah BN

Kalau hendak melihat maju atau mundurnya sebuah negeri atau negara ,lihat sahaja pada pemimpinnya.Lihat sahajalah apa yang terjadi pada Kelantan dan sekarang Selangor.Amat menyedihkan,baru sepenggal Selangor jatuh ke tangan pembangkang tapi kesannya amat memilukan.Bagaikan jatuh ditimpa tangga,tidak selesai lagi satu masalah,sudah timbul masalah baru.
Kepimpinan itu lahir daripada kebijaksanaan, pengetahuan, ilmu dan  kemahiran yang ada.Jika rakyat Selangor mahukan anjakan para digma,mereka perlu berani untuk menukarkan tampuk pimpinan yang sedia ada kepada yang dahulu.Jika dahulu,tidak pernah timbul isu air,tetapi sekarang, keperluan paling asas pun tidak mampu disediakan oleh PKR. Bagaimana mereka hendak menyediakan keperluan-keperluan  lain??? Mampukah rakyat Selangor menerimanya sekali lagi??Ataupun masih ada istilah "tidak serik' lagi dalam diri mereka??hanya jauhari yang mengenal manikam.

Sumber: Sinar Harian

Khamis, 4 Oktober 2012

Gaji minimum RM1'100 kalau saya jadi PM


Betul-betul propa lebih lah Anwar ini,bila mengumumkan akan memberi gaji minimum RM 1,100.00 sekiranya Pakatan Rakyat yang memerintah Malaysia.Kalau setakat cakap boleh lah,tapi bolehkah dilaksanakan jika mereka diberi mandat nanti??
Jika mereka benar-benar ikhlas dan tidak ada niat yang lain,rasanya mereka sudah boleh laksanakan dahulu pada negeri-negeri di bawah pemerintahan mereka,tapi mengapa mereka tidak laksanakan??Jika mereka boleh menuduh Kerajaan memberi "gula-gula" pada rakyat dengan memberi bonus,dan BR1M 2,merekapun apa kurangnya.Itulah, " mengata dulang paku serpih,mengata orang di yang lebih".Memang itu pun tujuan mereka untuk meraih undi yang semakin terhakis kepada merekakan.Kerana terdesak sangat, PR sanggup membuat tawaran sebegini rupa.Tapi dari mana pula Anwar hendak mendapatkan sumber kewangan untuk memberi gaji minimum itu,adakah dari Soros juga???hehehe....hanya Anwar sahaja yang ada jawapannya.

Sumber: Sinar harian 4 Oct 2012

Azmin mahu tukarkan Khalid

MB anggap sebar video cerita lucu


Inilah namanya "gunting dalam lipatan" .Sanggup menikam kawan sendiri semata-mata untuk merebut kuasa. Menang pilihan raya pun belum lagi,tapi dah mula nak merebut kuasa.Itulah yang terjadi antara Azmin dan Khalid apabila Azmin mengeluarkan kenyataan yang Khalid tidak akan menjadi Menteri Besar Selangor pada pilihan raya akan datang nanti.
Nampaknya seperti ada ketidak puas hati antara mereka berdua.Dan hanya mereka berdua sahaja yang tahu apa yang berlaku.Nampak dalam Keadilan sendiri,berlaku ketidak adilan sesama mereka.Dan dari cara Azmin mengulas seperti dia hendak merampas kuasa MB dari Khalid.
Isu air Selangor yang semakin meruncing,tidak pula mereka mahu fikirkan,tetapi sibuk pula dengan isu siapa yang mahu jadi MB.nampak sangat yang mereka semua ini hanya gilakan kuasa dan bukannya kebajikan rakyat.jadi,buka mata dan bukalah minda wahai Rakyat Selangor sekalian.

Selasa, 2 Oktober 2012

PAS bincang selepas menang PRU13

keliru dengan Pakatan Rakyat ni, bagaimana pula PAS Selangor boleh tercicir dengan berbincangan kabinet bayangan kerana mereka hanya akan berbincang selepas menang PRU13.
Misi utama mereka adalah untuk menumbangkan jentera Barisan Nasional (BN) pada PRU13 nanti.Bersungguh betul kali ini,mereka mahu menewaskan kerajaan.
tapi rasanya, jika PR yang menang dalam PRU13, akan berlakulah perebutan kuasa semasa mereka kerana masing-masing mementingkan diri sendiri daripada kepentingan rakyat. Tidak dapat dibayagkan apa yang akan jadi kalau kabinet bayangan jadi realiti.Sebab masing-masing mahu mengentengahkan pemimpin masing-masing.Di situ pun, sudah boleh lihat kepincangan di dalam PR.Mereka memang tidak ada kerjasama dan tidak sama pendapat dalam banyak hal.
Adakah komponen ini yang kita perlukan untuk meneraju negara kita yang tercinta ini??tepuk dada tanyalah selera.Hanya kita yang ada jawapan untuk persoalan ini.

Sumber: Sinar Harian 2 oct 2012


PR takut pada bayang-bayang sendiri

"Berani kerana benar, takut kerana salah". Mengapa Pakatan Rakyat (PR)  mudah melatah apabila dicabar oleh Perdana Menteri ,Datuk Seri Najib Tun Razak supaya mereka menubuhkan kabinet bayangan.
Jika mereka memang sudah bersiap sedia untuk menumbangkan kerajaan yang sedia ada, rasanya ini bukanlah isu besar untuk mereka.Tapi lain pula jadinya, bila mereka cuba berdolak dalih apabila dicabar.
Tak faham sungguh dengan cara mereka bekerja dan berfikir.Tapi yang pasti memang cakap tak serupa bikin lah.Jika sebelum ini, bukan main angkuh lagi dengan kabinet bayangan tetapi bila dicabar ,mereka cuba untuk mereka cerita lain pula.
Apapun yang mereka katakan,rasanya rakyat sekarang sudah pandai menilai siapa yang betul dan siapa yang suka memutar belitkan cerita.Pr kalau takut dilambung ombak, janganlah berumah di tapi pantai, kalau takut komponen pakatan pembangkang bergolak tidak perlulah cerita lagi pasal kabinet bayangan.Sebab PR sendiri yang di dalam bayangan lagi.


Sumber: Sinar harian