Halaman

Memaparkan catatan dengan label gajet. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label gajet. Papar semua catatan

Khamis, 19 Julai 2012

PAS Kedah akui beli saham FGV

MB sudah arah PKNK jual 500,000 unit sebagai hormati pakatan  

Alor Setar: Kerajaan negeri semalam mengakui mengarahkan Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK) menjual 500,000 unit saham Felda Global Ventures Holdings (FGV). Arahan jualan itu dibuat bagi menunjukkan pendirian kerajaan negeri selari dengan pakatan pembangkang. 
Ia diakui sendiri Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak ketika mengulas kontroversi berkaitan pembelian saham berkenaan oleh anak syarikat kerajaan negeri itu. 

“Memang untung... itu sebab orang beli saham. Bagaimanapun, saya arahkan PKNK jual balik untuk hormati pendirian parti, termasuk mengelak kekeliruan dalam pakatan pembangkang. 

“Selain PKNK, kita juga ada terima permohonan Amanah Saham Kedah Berhad (ASKB) untuk membeli saham itu yang ditawarkan MITI (Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri), tetapi kita tahan sebab tak mahu timbul kontroversi,” katanya. 

Baru-baru ini, PKNK membeli 500,000 unit saham FGVH pada harga RM4.55 seunit walaupun pembangkang menolak keras penyenaraiannya di bursa saham. 
Bagaimanapun, atas arahan Azizan selaku pengerusinya, PKNK setakat ini sudah menjual 50,000 unit saham itu pada harga RM5.50 seunit, sekali gus meraih keuntungan RM47,500. 

Azizan ketika ditanya mengenai pembelian saham itu, mengakui ia 'terlepas' daripada pengetahuan beliau, tetapi menyifatkannya amalan biasa kerana PKNK memang diberi hak untuk membeli mana-mana saham yang difikirkan mampu menjana keuntungan. 

Hormati rakan pakatan 

“Tahun lalu saja, kita lulus peruntukan RM5 juta kepada PKNK khusus untuk beli saham. Apa pun, saham FGVH ini kita terpaksa arah jual balik sebab sensitif, termasuk untuk hormati rakan dalam pakatan. Cara mana atau bila saham itu hendak dijual, itu terpulang kepada pengurusan PKNK,” katanya. 

Pada sidang media sama, Azizan turut meminta FELDA menjelaskan penyenaraian dua aset milik kerajaan negeri iaitu ladang getah berkeluasan 1,116.25 hektar yang disenarai sebagai harta agensi itu melalui prospektus penyenaraian FGV. 

“Saya minta penjelasan FELDA kerana sepanjang saya jadi Menteri Besar, tiada sebarang kebenaran diberikan kepada mereka untuk menggunakan dua tanah di Gunung Bongsu, Baling, sebagai aset dalam prospektus miliknya,” katanya.


sumber: BH 19 Julai 2012

Majoriti guru tak setuju


Hasil negatif benar pelajar bawa gajet ke sekolah 

Kuala Lumpur: Lebih 90 peratus guru dan 80 peratus pemimpin sekolah tidak bersetuju cadangan Kementerian Pelajaran membenarkan pelajar membawa telefon bimbit ke sekolah. Keputusan hasil kaji selidik membabitkan kira-kira 2,000 responden di seluruh negara itu dimaklumkan Yang Dipertua Majlis Pengetua Sekolah Menengah (MPSM), Muhamad Khailani Abdul Jalil kepada BH, semalam. 
Muhamad Khailani adalah Ahli Jawatankuasa Induk Menangani Gejala Disiplin Murid yang dipengerusikan Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr Wee Ka Siong.

Malah, kajian itu turut mendapati lebih 75 peratus ibu bapa dan 55 peratus pelajar sendiri turut menolak cadangan berkenaan. 

Kajian dibuat Kementerian Pelajaran tahun lalu untuk mendapatkan pendapat pihak berkepentingan mengenainya.

Beliau berkata, rata-rata semua pihak kepentingan menegaskan keperluan pelajar untuk membawa telefon bimbit ke sekolah amat sedikit dan tidak mewakili suara majoriti. 
“Kebimbangan utama semua pihak berkepentingan itu ialah ia lebih banyak membawa keburukan. 

“Berdasarkan pengalaman sekolah, 60 peratus pelajar membawa telefon bimbit ke sekolah walaupun tidak dibenarkan ketika ini. Masalah berlaku apabila telefon bimbit hilang, pelajar menuduh rakan mencuri sehingga mencetuskan pergaduhan.

“Selain itu, pelajar membawa anasir berunsur lucah ke sekolah dan berisiko tinggi berlaku penyebaran yang boleh mempengaruhi rakan,” katanya.

Rabu, 18 Julai 2012

5 soalan teliti kesan pelaksanaan

Mulai tahun depan.pelajar akan dibenarkan membawa telefon bimbit dan gajet seperti iPad ke sekolah. Perkara itu akan dimasukkan ke dalam Draf Peraturan Pendidikan (Displin Murid) 2012 yang sedang dirangka.BH mendapat pandangan Yang Dipertua PIBG SMK Bukit Bandaraya di Kuala Lumpur, De vanandan a/l Subramaniam,52, serta Ketua Tingkatan Enam Atas Sastera, SMK Convent Bukit Nanas,Nabila Zulhendri, 19.

S: Adakah pelajar sudah cukup matang dan bertanggungjawab untuk membawa telefon bimbit dan gajet seperti iPad ke sekolah?
J:Saya rasa tidak. Di sekolah, sentiasa ada kumpulan pelajar nakal.Jika iPad boleh dibawa ke sekolah, bukan mustahil mereka akan melayari laman web tidak baik. Lebih memburukkan keadaan sekiranya mereka turut mempengaruhi rakan lain yang tiada peluang berbuat demikian sebelum ini. Selain itu, kebenaran membawa telefon bimbit ke sekolah juga boleh menimbulkan masalah,termasuk dicuri seperti ketika pelajar menjalani Pendidikan Jasmani.

S:Bagaimana dengan risiko terhadap keselamatan pelajar seperti gejala rakan curi,terutama gambar tidak bermoral?
J: Memang ada banyak kejadian sedemikian boleh berlaku. Malah, dikhuatiri rakaman terbabit dimuat naik dan tersebar kepada orang ramai sehingga memalukan pelajar yang menjadi mangsa,selain mungkin dijadikan bahan ugutan.

S: Pandangan terhadap alasan Kementerian Pelajaran bahawa ia untuk tujuan keselamatan dan kemudahan pembelajaran?
J:Sudah ada makmal komputer di sekolah, itu memadai untuk kemudahan pembelajaran dengan panduan guru.Keselamatan pelajar juga sentiasa terpelihara dan terkawal dalam kawasan sekolah. Jika berlaku kecemasan, guru atau pihak pejabat boleh bantu. Bagaimanapun, pertimbangan boleh diberi untuk membenarkan pelajar guna telefon bimbit selepas waktu sekolah,tetapi dengan garis panduan dan penguatkuasaan ketat, untuk berhubung dengan ibu bapa memaklumkan perkara penting.
Namun saya tidak cenderung kepada cadangan membenarkan pelajar bawa iPad ke sekolah.

S: Apakah kesan langkah ini kepada pihak guru dan ibu bapa?
J:saya percaya beban guru akan bertambah kerana terpaksa mengawal,  mengawasi pelajar supaya mematuhi peraturan. Ia juga akan beri banyak tekanan tidak sepatutnya kepada ibu bapa memenuhi permintaan anak yang ingin bawa telefon bimbit dan iPad seperti rakan lain, terutama mereka yang tidak berkemampuan atau punya ramai anak bersekolah. Tidak mustahil wujud tekanan dari segi perbandingan jenama atau kecanggihan gajet sesama pelajar .Ibu bapa juga mungkin mungkin bimbang tidak dapat kawal anak mereka yang  akan lebih mudah berkomunikasi dengan pihak  luar,lebih-lebih lagi banyak kes remaja  lari dari rumah sekarang.

S:Sekiranya dilaksanakan, apakah mekanisme sewajarnya?
J:Jangan dilaksanakan secara menyeluruh, hadkan kepada pelajar menengah atas saja kerana mereka lebih matang.Garis panduan dan penguatkuasaan ketat amat penting bagi memastikan ia tidak disalahgunakan atau menganggu proses pengajaran dan pembelajaran(P&P). Dalam konteks ini, saya tidak bersetuju jika pihak sekolah dibebankan dengan tanggungjawab menyimpan gajet berkenaan ketika P&P. Pelajar perlu dididik bertanggungjawab atas kegunaan dan keselamatan barangan masing-masing.

S: Adakah membawa telefon bimbit dan gajet seperti iPad ke sekolah benar-benar satu keperluan?
J: Bagi saya , tak bawa telefon bimbit bukan satu masalah kerana sekolah dilengkapi telefon awam. sebaliknya,kebenaran membawa komputer riba lebih penting untuk memudahkan pelajar  membuat tugasan atau projek sekolah.Walaupun tidak dibenarkan bawa telefon bimbit ke sekolah, masih ada melanggar peraturan ini.Tidak dinafikan ada sekadar mahu bergaya,tetapi ramai membawanya untuk kegunaan penting berhubung dengan ibu bapa kerana tinggal jauh dari sekolah.

S:Apakah kesulitan yang dihadapi pelajar tanpa telefon bimbit?
J:Ada kala telefon awam di sekolah tidak berfungsi atau pelajar kehabisan syiling. Pelajar hanya dibenarkan menggunakan telefon di pejabat sekolah untuk perkara benar-benar kecemasan. Keadaan sebegini merumitkan pelajar menghubungi ibu bapa,terutama memaklumkan perubahan jadual aktiviti yang tidak dijangka di sekolah.

S:Bolehkah pelaksanaannya mengganggu proses P&P di sekolah?
J:Inilah yang dikhuatiri kerana ada pelajar bawa telefon bimbit dan leka berbalas SMS ketika P&P tanpa disedari guru.Bagi mengatasi masalah ini, dicadangkan guru kelas menyimpan telefon bimbit dibawa pelajar sehingga tamat waktu persekolahan supaya fokus pelajar tidak terjejas.Cadangan ini perlu dikaji secara mendalam sebelum dilaksanakan dengan bersyarat dan mempunyai mekanisme kawalan sewajarnya.


S:Bagaimana pula dari segi beban terhadap ibu bapa?
J:Mereka mungkin dibebani permintaan anak untuk membeli telefon bimbit atau iPad, selain risiko kecurian di sekolah. Dalam konteks ini, ibu bapa harus berbincang dengan anak supaya tidak timbul sebarang masalah.


S:Sejauh mana pelajar boleh menjaga keselamatan telefon bimbit atau iPad yang dibawa ke sekolah?
J: Pelajar mesti belajar berdikari dan memikul tanggungjawab memastikan keselamatan barangan masing-masing kerana ia dibawa ke sekolah atas kehendak sendiri.Justeru,sebaik-baiknya kebenaran ini hanya diberikan kepada pelajar di sekolah menengah kerana mereka lebih matang dan sepatutnya tahu menjaga barangan milik sendiri.

Sumber:Berita Harian 18 Julai 2012

LA:Kena kaji betul-betul sebelum laksanakan.Ada pro & con.