Halaman

Jumaat, 27 Julai 2012

Kumpulan penentu keputusan PRU -13



25 peratus pemilih belum tentu sokongan

Menurut penganalisis politik, dianggarkan kira-kira 25 peratus daripada 13 juta pemilih berdaftar di seluruh negara adalah pegundi atas pagar.Ada dua kategori pengundi atas pagar, iaitu pemilih baru yang masih keliru dan tercari-cari parti pilihan, manakala kumpulan kedua pernah mengundi, tetapi sudah membuat keputusan pada saat terakhir. Jumlah pengundi  atas pagar kali ini meningkat berbanding PRU 12.
Ini disebabkan ramai membuang 'undi protes' terhadap barisan Nasional (BN)  pada Mac 2008, kini berbelah bahagi dan membuat pertimbangan semula berikutan pelbagai transformasi dilakukan kerajaan di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.Pengundi atas pagar yang berpengalaman lazimnya golongan suka menganalisis perkembangan semasa,isu berbangkit dan calon bertanding. Mereka mungkin ahli parti tertentu,namun masih sentiasa berhati-hati dan tidak taksub.
Kebanyakan berpendidikan dan kelas menengah ke atas berumur 25 hingga 40 tahun.Golongan ini biasanya hanya membuat keputusan ketika tempoh berkempen, malah ada yang menunggu sehingga saat akhir.Justeru,amat penting untuk memahami dan memenuhi aspirasi kumpulan ini sehingga hari mengundi.Pengundi atas pagar perlu diberi perhatianserius kerana kumpulan adalah penentukemenangan sesebuah parti.
Kumpulan pengundi ini kebanyakannya golongan profesional, menetap di bandar serta menilai kempen dan manifesto parti bertanding sebelum membuat keputusan.

Sumber:BH 27 Julai 2012

LA: perlu buat pilihan bijak dan jangan jadi lalang

Bentang usul pecat Ketua Eksekutif SYABAS

Shah Alam - kerajaan Selangor akan membentangkan usul memecat Ketua Eksekutif Syariakt Bekalan Air Selangor BErhad (SYABAS), Tan Sri Rozali Ismail pada mesyuarat ahli lembaga pengarah syarikat itu, bulan depan.
Usul lai nadalah mengambil tindakan sama ke atas Ketua  Pegawai Operasi syarikat utiliti berkenaan, Datuk Lee Miang Koi.Pengerusi Jawatankuasa Tetap kesihatan, Pekerja Ladang, kemiskinan dan kerajaan Prihatin negeri, Dr Xavier Jayakumar, berkatakerajaan negeri yakin mampu mempengaruhi pemegang saham minoriti Puncak Niaga Holdings Berhad (Puncak Niaga)untuk memecat Rozali dan Miang Koi.
Puncak Niaga menguasai 70 peratus saham SYABAS, manakala kerajaan Selangor melalui Kumpulan  Perangsang Sealngor BErhad, memegang 30 peratus saham. Xavier berkata, keyakinan mampu meraih sokongan pemegang saham minoriti itu bersandarkan hakikat pengurusan SYABAS dilihat tidak teratur dan syarikat itu kini mengalami masalah kewangan.

Sumber: BH 27 Julai 2012

LA:Memerhati dari jauh..

Tender terbuka projek loji


Putrajaya: Kerajaan Pusat akan melaksanakan projek Loji Rawatan Air Langat 2 secara tender terbuka kepada semua syarikat yang berkelayakan. 

Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) dalam kenyataannya semalam, berkata semua anak syarikat kerajaan Selangor dialu-alukan untuk menyertai tender itu. Justeru, tuduhan yang mengatakan projek itu dibina bertujuan memastikan kroni UMNO-Barisan Nasional mendapat kontrak pembinaan adalah tidak berasas, kata kenyataan itu. 
Dalam kenyataan sama, KeTTHA memperbetulkan banyak kenyataan pemimpin kerajaan Selangor berhubung isu air yang didakwanya salah dari fakta dan mengelirukan. 

Antaranya, kenyataan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mendakwa kapasiti 34 loji rawatan air di Selangor sekarang ialah 4,807 juta liter sehari (MLD) berbanding keupayaan pengagihan Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) 4,371 MLD. 

KeTTHA menjelaskan 34 loji itu direka bentuk bagi menghasilkan 4,581 MLD, tetapi pelbagai kekangan menyebabkan hanya 4,371 MLD diagih. 

Kapasiti 4,581 MLD hanya boleh dicapai jika Projek Mitigasi 1 dan 2 dengan kos RM606 juta yang disyor Kerajaan Pusat siap. 
Menurut KeTTHA, lima loji rawatan air iaitu di Sungai (Sg) Selangor 2, Sg Semenyih, Sg Langat, Sg Batu dan Bukit Tampoi kini beroperasi melebihi tahap reka bentuknya. 

Mengenai dakwaan Exco Selangor, Rodziah Ismail bahawa Kerajaan Pusat enggan membenarkan kerajaan negeri mengambil alih SYABAS walaupun ia tidak mampu urus bekalan air, KeTTHA berkata ia tidak dapat dilakukan kerana ada kes mahkamah yang belum selesai. 

Kes itu membabitkan tuntutan pampasan SYABAS terhadap kerajaan Selangor kerana tidak menaikkan tarif air sejak 2009 mengikut jadual dipersetujui dalam perjanjian konsesi. 

KeTTHA juga menafikan kenyataan Exco, Dr Xavier Jayakumar, bahawa Kerajaan Pusat dan SYABAS bertanggungjawab menyelenggara dan meningkatkan kemampuan aset air di Selangor. 

Sebaliknya, kementerian itu menjelaskan, kerajaan Selangor sebagai pemilik aset air bertanggungjawab terhadapnya.
Sumber: BH 27 Julai 2012
LA: ape lagi, da org bagi peluang, jangan sia -siakan pula.

Tan Sri, Datuk beli ijazah palsu


Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah (kanan), menunjukkan barang rampasan kes graduan palsu.


Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah (kanan), menunjukkan barang rampasan kes graduan palsu.
Shah Alam: Orang kenamaan termasuk Tan Sri, Datuk dan ahli politik adalah antara yang membeli ijazah palsu daripada sebuah syarikat yang didedahkan oleh akhbar ini baru-baru ini.
Siasatan polis mendapati kebanyakan yang memiliki ijazah menggunakan nama universiti palsu luar negara itu memegang jawatan penting dalam organisasi tertentu. Sejak beroperasi sembilan tahun lalu, syariakt yang menggunakan nama Jakri Education  sebagai institusi pengajian tinggi itu telah menjual 525 ijazah dan mengaut lebih RM5 juta.
 pembeli menyedari ia adalah ijazah palsu dan sengaja membelinya untuk kegunaan tertentu.Tetapi jika menggunakan untuk pekerjaan atau urusan berkaitan ereka telah melakukan penipuan.
Polis turut merampas pelbagai dokumen berkaitan seperti borang permohonan, risalah universiti, gambar graduan,senarai penerima ijazah dan pelbagai ijazah palsu dipercayai dari beberapa universiti luar negara.
 Suspek telah ditahan yang merupakan pemegang saham syarikat bersama isterinya yang juga seorang pensyarah di sebuah institusi pengajian tinggi.

Sumber :BH 27 Julai 2012

 LA: sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jugak.Gedebuk, kan da jatuh.