Halaman

Sabtu, 21 Disember 2013

Guru Terlampau



Apa nak jadi dengan guru sekarang?? patut guru tunjukkan contoh yang baik pada murid-murid..Tapi jadi sebaliknya...dunia...dunia...

Harga Barang Dipantau Pada Musim Banjir

Tindakan tegas pegawai dan anggota penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) berjaya menangani kenaikan harga barangan keperluan ketika musim banjir.

Timbalan Pengarahnya, Ahmad Dahuri Mahmud, berkata pihaknya mengarahkan 72 cawangan KPDNKK seluruh negara, terutama kawasan dilanda banjir melakukan pemantauan bagi memastikan tidak ada pihak mengambil kesempatan dan bekalan barangan mencukupi. 

Tindakan tegas 

Kami sentiasa melakukan pemantauan bagi memastikan harga barangan keperluan tidak dinaikkan sesuka hati, terutama ketika berlaku kejadian seperti banjir atau bencana lain” Ahmad Dahuri Mahmud, Timbalan Pengarah KPDNKK Pahang

“Kami sentiasa melakukan pemantauan bagi memastikan harga barangan keperluan tidak dinaikkan sesuka hati, terutama ketika berlaku kejadian seperti banjir atau bencana lain.

“Sikap peniaga yang mementingkan diri seperti ini tidak boleh diterima dan kita tidak akan bertolak-ansur jika ada peniaga dikesan melakukan manipulasi harga barangan keperluan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas menyertai Program Gotong-Royong Perdana di Sekolah Menengah Kebangsaan Pulau Tawar (SMKPT), dekat sini, semalam.

Program itu disertai 50 kakitangan KPDNKK dan mereka bersama-sama membersihkan peralatan dan pekarangan sekolah itu yang dinaiki air 1.6 meter dalam kejadian banjir baru-baru ini.

Jasa Tentera Dibalas

 Sebanyak 211 daripada 1,055 rumah mampu milik dan kos sederhana rendah yang dibina di Taman Mutiara Rini, Skudai, diperuntukkan kepada bekas dan anggota tentera. 

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, berkata projek itu yang dibangunkan Mutiara Rini Sdn Bhd membabitkan pembinaan 748 rumah berkembar dengan keluasan 111.5 meter persegi dijual pada harga RM220,000 seunit. 

Baki 307 unit lagi membabitkan pembinaan rumah teres sederhana murah berkeluasan 79 meter persegi dijual dengan harga RM80,000 seunit. 


Semua rumah berkenaan dijadual siap sepenuhnya tahun depan. 

“Kerajaan negeri membuat keputusan ini bagi memberi peluang kepada golongan berkenaan memiliki rumah dalam kawasan yang pesat membangun,” katanya pada majlis pengundian rumah mampu milik dan rumah kos sederhana rendah untuk kuota bekas dan anggota tentera di Taman Mutiara Rini di sini, semalam. 

Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Johor, Datuk Abd Latif Bandi; Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Obet Tawil dan Pengerusi Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT), Jeneral (B), Tan Sri Mohd Anwar Mohd Nor. 

Mutiara Rini Sdn Bhd adalah bahagian hartanah Kumpulan Boustead. Sejak dilancarkan pada 1996, syarikat itu berjaya menyiapkan projek pembangunan membabitkan kawasan seluas 376.4 hektar dengan 7,000 rumah pelbagai jenis. 
Sementara itu, Pengerusi Boustead Holdings Berhad, Jeneral (B) Tan Sri Mohd Ghazali Che Mat, berkata rumah mampu milik itu selaras dengan inspirasi Kerajaan Pusat yang mahu menyediakan kediaman kepada golongan berpendapatan rendah
.

Cucuk air tulang belakang? (Lumbar puncture)

Cucuk air tulang belakang? (Lumbar puncture)


Cucuk air tulang belakang? 
Kenapa doktor suka ambil air tulang belakang?  Boleh lumpuh kan?
Itulah reaksi yang sering doktor-doktor di Malaysia dapati apabila meminta keizinan untuk mengambil air tulang belakang, atau nama Inggerisnya, lumbar puncture. 
Sebenarnya mengambil air tulang belakang ini bukan suka-suka.  Prosesnya rumit sedikit dan ia hanya dilakukan jika pesakit betul-betul memerlukannya. 
Antara kegunaannya ialah diagnosa penyakit meningitis (infeksi selaput otak).  Meningitis disebabkan bakteria, virus atau fungi.  Simptom penyakit meningitis juga tidak spesifik: ia hampir sama seperti demam biasa.  Pesakit dewasa akan mengalami demam,  pening kepala, sakit badan dan sendi dan berperangai tidak seperti biasa.  Semakin lama penyakit ini tidak diubati, pesakit tidak suka cahaya terang (photophobia), sawan, ruam (jika berpunca dari bakteria Meningococcus) dan seterusnya koma.  Pesakit bayi dan kanak-kanak kecil lebih susah untuk didiagnosa kerana mereka tidak boleh mengadu kesakitan mereka.  Mereka juga lebih senang dijangkiti meningitis.  Oleh itu, mana-mana pesakit yang disyaki mengalami meningitis terutamanya bayi dan kanak-kanak perlu diuji air tulang belakangnya.  Air tulang belakang ini akan dikaji komposisinya dan dikultur untuk virus, bakteria dan fungi.
Pesakit akan dibaringkan secara mengiring di sebelah kiri.  Belakangnya akan berada di hujung katil; kedua lututnya dibengkokkan sepenuhnya ke dada.  Ini supaya ruang kecil antara tulang belakang bahagian lumbar terbuka.
(Gambar di atas menunjukkan LI ke LV = lumbar 1 hingga lumbar 5.  Perhatikan bahawa saraf tunjang berakhir di Lumbar 2.  Lumbar puncture dilakukan antara lumbar 3 dan lumbar 4.  Ini bermakna lumbar puncture mempunyai risiko yang kecil sahaja untuk memberi efek kepada sistem saraf tunjang. Sumber dari Gray's Anatomy)

Kemudian doktor akan merasa tulang belakang bahagian lumbar pesakit.  Ruang kecil antara tulang lumbar lumbar ketiga dan keempat ialah tempat di mana doktor akan mencucuk untuk air tulang belakang. 
Seterusnya doktor akan mencuci tangan, memakai sarung tangan steril dan mencuci tempat untuk lumbar puncture supaya steril. 
Ubat bius akan disuntik di bawah kulit di kawasan lumbar puncture tersebut.  Ini supaya proses lumbar puncture kurang sakit.
Kemudian, jarum lumbar puncture dimasukkan di ruang kecil antara tulang lumbar ketiga dan keempat.  Jarum ini kecil (22G) dan mempunyai dua komponen jarum: satu jarum mempunyai lubang kecil dan di dalam lubang itu ada satu lagi jarum biasa (supaya lebih senang melakukan lumbar puncture tersebut dan mengurangkan kesakitan pesakit). 
Jarum biasa itu akan ditarik keluar apabila jarum itu telah sampai ke ruang subarachnoid.  Ruang subarachnoid inilah yang mengandungi air tulang belakang.  Apabila jarum biasa itu ditarik keluar, jarum yang berlubang itu akan mengeluarkan air tulang belakang. 
Air tulang belakang yang diperlukan tidak banyak.  Untuk pesakit dewasa, selalunya kurang daripada 5-10 ml diperlukan.
Selepas pengambilan air tulang belakang, pesakit akan diminta berbaring terlentang selama satu jam.  Ini untuk mengelakkan pening kepala selepas pengambilan air tulang belakang.
Prosedur lumbar puncture tidak terkecuali daripada komplikasi.  Pesakit boleh mengalami pening kepala dan ini boleh dielak dengan berbaring selepas prosedur.  Air tulang belakang boleh mengandungi darah (bloody tap) jika jarum terkena pada salur darah halus di tulang belakang.  Pesakit yang mempunyai fungsi darah normal tidak akan mengalami komplikasi akibat bloody tap.  Infeksi juga satu risiko lumbar puncture tetapi risiko ini kecil kerana prosedur ini dilakukan secara steril.  Saraf tulang belakang boleh mengalami iritasi (dysthesia) yang menyebabkan sensasi yang keterlaluan atau berkurangan.  Risiko ini juga kecil kerana ia boleh dielakkan jika lumbar puncture dibuat mengikut prosedur yang betul.
Tahukah anda prosedur bius tulang belakang (spinal anaesthesia) sebelum pembedahan Caesarean juga mempunyai basis yang sama dengan lumbar puncture?  Bezanya ialah dengan bius tulang belakang, ubat bius akan disuntik terus ke ruang subarachnoid selepas beberapa ml air tulang belakang (sama dengan amount ubat bius) dikeluarkan.  Manakala lumbar puncture hanya mengeluarkan air tulang belakang dan tidak memasukkan ubat ke dalam tulang belakang.
Kesimpulannya, jangan takut dengan pernyataan “ambil air tulang belakang.”  Jika dibuat perbandingan, meningitis lebih jauh berkemungkinan tinggi untuk menyebabkan seseorang lumpuh jika tidak dirawat dengan cepat.

Rujukan:

1. Longmore M, Wilkinson I, Torok E.  Oxford Handbook of Clinical Medicine 5th ed, 2001.
2.Schlamovitz G.  Lumbar Puncture. EMedicine.http://emedicine.medscape.com/article/80773-overview 29 March 2011.
3. Gray, H. Anatomy of the Human Body. Philadelphia: Lea & Febiger, 1918; Bartleby.com, 2000. www.bartleby.com/107/.   

Peruntukan RM578j PPR tahun depan

Kerajaan memperuntukkan RM578 juta bagi membangunkan 41 projek rumah kos rendah dan sederhana di bawah Program Perumahan Rakyat (PPR) di seluruh negara mulai tahun depan. 

Berikutan itu, Timbalan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Halimah Mohd Sadique meminta kerajaan negeri mengenal pasti lokasi sesuai berhampiran dengan kemudahan asas bagi pembinaan projek berkenaan. 

"Kita kerap menghadapi masalah dengan beberapa kerajaan negeri, terutamanya dikuasai pembangkang dalam soal memilih lokasi yang tidak mengasingkan projek PPR dengan tapak projek perumahan mewah yang berhampiran kemudahan asas. 


Jimatkan kos 

"Pemilihan lokasi sesuai itu bukan saja bakal membantu kementerian menjimatkan kos menyediakan kemudahan asas baru, malah menjadikan penghuni PPR tidak merasa dipinggirkan daripada projek mewah, kemajuan serta infrastruktur awam lain," katanya selepas Majlis Perasmian Pecah Tanah PPR Ayer Panas, Mukim Ayer Panas di sini, semalam. 

Majlis pecah tanah itu disempurnakan Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron. Hadir sama, EXCO Perumahan Kerajaan Tempatan dan Alam Sekitar negeri, Datuk Ar Ismail Othman; Pengarah Eksekutif Lembaga Perumahan Melaka, Sahdan Othman dan Ketua Pengarah Jabatan Perumahan Negara (JPN), Datuk Yusoff Ghazali.

Pegawai negeri dilantik ejen SPRM

 Kerajaan Melaka akan melantik pegawainya sebagai ejen Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di 10 jabatan dan agensi awam serta sebuah persatuan sukan di negeri ini. 

Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron, berkata pegawai terbabit bakal dikenali sebagai ketua pegawai eksekutif integriti (CEIO) dengan calon dipilih dari jabatan, agensi serta persatuan berkenaan sendiri untuk latihan bersama SPRM bagi mendapatkan sijil perakuan sebelum memulakan tugas, dijangka Januari ini. 

Pantau kakitangan 



“Selesai latihan di SPRM, semua CEIO ini akan ditempatkan di jabatan lain, bukan tempat asal mereka bertugas. Tanggungjawab mereka adalah untuk mendidik dan memantau kakitangan jabatan atau agensi berkenaan dengan integriti,” katanya. 

Beliau berkata demikian selepas menghadiri perhimpunan bulanan pentadbiran Kerajaan Melaka di Seri Negeri, semalam turut menyaksikan wakil kakitangan 10 jabatan dan agensi awam serta persatuan sukan berkenaan melafazkan ikrar integriti mereka. 

Hadir sama Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka, Datuk Wira Othman Muhamad; EXCO kerajaan negeri; Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Abu Kassim Mohamed dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Wira Naim Abu Bakar. 
Idris berkata, usaha itu antara pendekatan baru diperkenalkan kerajaan negeri mulai tahun depan bagi meningkatkan integriti anggota perkhidmatan awam Melaka, selain memasang kamera litar tertutup (CCTV) di semua bilik pegawai di Pejabat Ketua Menteri termasuk setiausaha politik, setiausaha perhubungan, setiausaha sulit dan pegawai khas. 


Daftar semua hadiah 

“Selain itu, diwajibkan mendaftar semua hadiah atau cenderahati bersifat rasmi yang diterima pejabat Ketua Menteri dan melarang mana-mana pasangan suami isteri yang bekerja di bawah satu jabatan atau agensi, memohon kontrak kerajaan negeri. 

“Kita juga melakukan audit dalaman dan luaran ke atas semua jabatan serta agensi kerajaan negeri sebelum laporan diserahkan kepada SPRM untuk penilaian. 
Ini langkah pertama kita ke arah suasana kerja penuh ketelusan serta integriti dan kita berbangga kerana ia yang pertama dilakukan secara sekali gus di negara ini,” katanya.

1,062 lagi ditawar pangsapuri PPA1M

1,062  lagi ditawar  pangsapuri PPA1M

 Cabutan undian Perumahan Awam 1Malaysia (PPA1M) siri kedua semalam menyaksikan 1,062 kakitangan awam ditawarkan peluang memiliki rumah di Pangsapuri Seruling, Presint 5, di sini. 

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa, yang melancarkan cabutan itu berkata, pangsapuri berkenaan akan dibangunkan Putrajaya Holdings Sdn Bhd dan dijadualkan siap Disember 2015. 

Katanya, 1,263 nama dipilih pada undian siri pertama 29 Ogos lalu dan secara keseluruhan, pangsapuri yang akan dibina di pusat pentadbiran Kerajaan Persekutuan itu menawarkan 10,639 unit kediaman di bawah Fasa I PPA1M. 



Penuhi syarat kelayakan 

“Lebih 10,500 kakitangan awam di Putrajaya layak memohon unit rumah di bawah PPA1M kerana memenuhi syarat kelayakan pendapatan isi rumah tidak lebih RM8,000. Unit yang ditawarkan ini berkeluasan 1,000 kaki persegi, 1,200 kaki persegi dan 1,500 kaki persegi dengan harga antara RM150,000 hingga RM300,000. 

“Program seumpamanya turut dilancarkan di Kuala Lumpur, Johor, Pulau Pinang, Sabah serta Sarawak dan kerajaan kini dalam proses mencari tapak yang sesuai,” katanya kepada pemberita selepas majlis cabutan siri kedua itu, semalam yang turut dihadiri Presiden Perbadanan Putrajaya (PPj), Tan Sri Dr Aseh Che Mat. 

Rasmi majlis pecah tanah 

Sempena majlis sama, Ali turut merasmikan majlis pecah tanah bagi tapak pangsapuri PPA1M Larai, mengandungi 1,680 unit kediaman yang akan dibina di Presint 6. Siri cabutan ketiga PPA1M dijangka April depan. 

Kakitangan awam yang mahu mengetahui keputusan undian siri kedua itu boleh menyemak di www.ppj.gov.my atau www.putrajaya.gov.my pada 30 Disember ini atau menghubungi Bahagian Perancangan Bandar PPj di talian 03-88877165 atau 03-88878312. 

Dalam pada itu, Ali berkata, kerajaan akan mempertimbangkan pembinaan rumah berharga RM90,000 untuk penjawat awam pada masa depan seperti dicadangkan CUEPACS kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebelum ini.

Allah masih ada dan sayang


 kesalahan semalam itu biarkan berlalu menjadi sebuah pengajaran dan rahmat kasiih sayang Allah.... pandang ke depan dan jgn pernah menyerah kerana Allah lebih sayangkan org2 yg mahu dan bersungguh2 bertaubat. Manusia mmg mudah utk menghukum, menghina tapi pedulikan mereka kerana Allah masih ada dan sayang, mmg tak mudah sebab itu sabar paling byk perkataan itu diulang2 dlm Al Quran.

Motivasi Diri

Pendaftaran Rumah Idaman Rakyat SPNB secara online.

Wanita Taiwan berjaya ditemui

 Wanita warga Taiwan, An Wei Chan yang diculik sekumpulan lelaki bersenjata di Pulau Pom-Pom, Semporna, 15 November lalu, diselamatkan pasukan keselamatan Filipina di Maimbang, Sulu, semalam. 

Sumber berkata, Wei Chan, 58, diselamatkan dalam satu operasi khas oleh Pasukan Elit Marin Filipina, tengah hari semalam, sebelum dibawa ke Hospital Bus-Bus Pengkalan Marin. 

“Mangsa akan diterbangkan ke Zamboanga esok (hari ini) untuk tindakan selanjutnya oleh pihak berkuasa Filipina. Mangsa dalam keadaan selamat,” katanya di sini, semalam. 


Sementara itu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, menerusi mesej twitter mengesahkan perkara itu dan mengucapkan syabas kepada pasukan keselamatan Filipina dalam operasi menyelamatkan mangsa. 


Diculik militan 

Dalam kejadian 15 November lalu, Wei Chan diculik sekumpulan lelaki bersenjata dipercayai mempunyai kaitan dengan kumpulan militan Abu Sayyaf yang turut menembak mati rakannya, Lin Min Hsu, 57, ketika keduanya bercuti di sebuah resort di pulau itu. 
Suspek dipercayai memecah masuk chalet penginapan mangsa melalui tingkap bilik air sebelum melarikan Wei Chan yang mungkin dibawa ke Pulau Mamanok, Filipina, 16 kilometer (km) dari lokasi kejadian. 

Sementara itu, Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib, berkata polis akan meneruskan siasatan kes terbabit dan mungkin membawa wanita Taiwan berkenaan ke negeri ini bagi diambil keterangan.


Selesai sudah kes  penculikan di Pulau  Pom Pom

Agama Islam alasan untuk buli..Adilkah itu??

Separuh daripada pelajar Islam mengakui dipandang serong atau dibuli atas sebab agama termasuk disindir, ditampar mahupun digelar pengganas.

Laporan itu mendedahkan pengalaman seorang pelajar perempuan, Dala yang berkata dia dipanggil pengganas dan diancam di Facebook. 

Dia melaporkannya kepada polis dan pentadbir sekolah tetapi tiada tindakan diambil dan kemudian dipukul sekumpulan pelajar ketika dalam perjalanan pulang. 


Satu kaji selidik dijalankan membabitkan 500 pelajar di California berusia 11 hingga 18 tahun untuk menghasilkan laporan itu, menurut laporan.

Kaji selidik itu dijalankan oleh cawangan Majlis Hubungan Amerika-Islam (CAIR) di California.

Ia mendapati, kebanyakan pelajar Muslim mengakui selesa dengan rakan sekelas mengetahui agama mereka tetapi pada masa sama, ramai mengakui menjadi mangsa buli dalam beberapa aspek.

Seorang setiap 10 pelajar berkata pernah ditampar, ditendang, ditumbuk atau dipukul atas sebab agama. 
Selain itu, 50 peratus responden berkata pernah mendengar seseorang membuat komen sindiran atau menyebarkan khabar angin di sekolah mengenai mereka atas sebab berkenaan.

Selain itu, sekurang-kurangnya 17 peratus pelajar perempuan yang memakai hijab mengakui pernah sengaja disentuh atau hijab mereka ditarik.

"Ramai pelajar Muslim terus dipanggil pengganas atau (Osama) Bin laden," kata Pengurus Hak Sivil CAIR, Fatima Dadabhoy, dalam satu kenyataan.

"Sepanjang kaji selidik itu, kami juga gusar kerana ramai pelajar Islam tidak menganggapnya satu bentuk perbuatan membuli," katanya lagi.

Hanya 32 peratus pelajar Islam melaporkan perkara itu kepada guru mereka dan 42 peratus memberitahu mereka melaporkannya kepada orang dewasa lain yang membantu keadaan.

"Kami harap melalui laporan ini untuk menunjukkan alam persekolahan diracuni dan tidak boleh diterima jika pihak berkenaan tidak mempedulikan perkara berkenaan atau menganggapnya sesuatu yang biasa bagi pelajar Islam di Amerika," kata Fatima.

Selain itu, daripada 500 responden, enam peratus menyatakan guru mereka tidak menghormati agama Islam, enam peratus lagi berasa tidak selamat ketika di sekolah dan 10 peratus pernah ditampar atau dipukul atas sebab agama. - AGENSI


Memang kurang ajar..Moga Allah membalas perbuatan mereka..Allah Maha Berkuasa.....

Pakar ekonomi, NGO sokong kaedah baru ganti BR1M

Pakar ekonomi dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bersetuju satu kaedah baru lebih berkesan diperkenalkan bagi menggantikan program Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M). 

Mereka juga berharap kaedah itu merangkumi aspek mendidik rakyat untuk berdikari dan mengurangkan kebergantungan mereka kepada bantuan kerajaan. 
Pakar ekonomi, Tan Sri Ramon Navaratnam, berkata apa saja kaedah baru diperkenalkan menggantikan BR1M, ia perlu mengurangkan kebergantungan rakyat kepada kerajaan. 


Ekonomi tidak kukuh 

“Pemberian BR1M adalah baik, namun jika ia diberi setiap tahun, rakyat akan terus bergantung kepada BR1M saja. Ini boleh menyebabkan pembangunan ekonomi tidak kukuh dan tidak maju. 

“Lebih baik gunakan wang itu untuk memperkasa murid sekolah supaya apabila keluar nanti mereka boleh berdikari dan tidak perlu bantuan kebajikan. 

“Ini boleh dilakukan dengan meningkatkan kemahiran bahasa Inggeris, Sains dan Matematik murid, selain memberi latihan dan pendedahan. Ada kalangan mereka tidak bekerja dan hanya bergantung kepada BR1M saja,” katanya kepada BH.

Malaysia Boleh!!!

Malaysia tak perlu lagi import LNG
Menjelang 2016, Malaysia dijangka tidak lagi bergantung kepada import gas asli cecair (LNG) berikutan keupayaan negara membekalkan bahan api itu bagi permintaan domestik menerusi operasi di Loji LNG Train 9 di Bintulu dan Loji Gas Asli Cecair Terapung (FLNG) di pesisiran laut Sarawak.

Pengurus Besar Pengurusan Gas Malaysia, Perniagaan Tenaga dan Gas Petroliam Nasional Bhd (Petronas) Ezhar Yazid Jaafar berkata, ketidakbergantungan itu mengurangkan risiko ketidaktentuan harga LNG global.

“Petronas kini membekalkan lebih 50 peratus gas bagi keperluan negara melalui pengeluaran domestik.

“Bagi memenuhi keperluan gas dan sektor tenaga, Petronas telah menyediakan kemudahan mengimport LNG melalui Terminal Regasifikasi (RGT) Sungai Udang, Melaka dengan kapasiti 3.8 juta tan setahun,” katanya pada sidang media pembentangan perkembangan industri gas asli di Semenanjung Malaysia di Melaka, baru-baru ini.

Katanya, Petronas juga merancang membina sebuah lagi RGT di Pengerang, Johor yang dijangka siap pada 2017.

Menurut Ezhar, sektor tenaga negara memerlukan pembekalan gas secara purata sebanyak 1,250 juta sehingga 1,300 juta kaki padu sehari.

Sementara itu, beliau berkata, Malaysia juga bersedia melaksanakan harga pasaran terbuka menjelang 2017.

Katanya, mekanisme itu dapat meningkatkan persaingan dalam sektor gas dan pada masa sama mengurangkan bebanan subsidi oleh Petronas dalam perniagaan gas.

Kerajaan juga perlu berjimat demi rakyat

Kerajaan disaran melakukan penjimatan dalam urusan perbelanjaan jika mahu mengurangkan subsidi barangan  serta perkhidmatan.

Ketua Eksekutif Institusi Hal Ehwal Demokrasi dan Ekonomi (IDEAS), Wan Saiful Wan Jan berkata, pemimpin kerajaan digesa  melakukan perkara itu demi keadilan rakyat yang terpaksa menanggung beban kenaikan harga barangan secara mendadak disebabkan tindakan itu menjelang 2014.

“Rakyat memang ada hak  yang sangat kuat untuk rasa tidak senang hati dengan kenaikan harga barangan disebabkan pengurangan subsidi berkuat kuasa tahun depan.

“Pastinya rakyat marah dan kecewa dengan tindakan itu yang pada masa sama pemimpin sendiri tidak berusaha untuk kurangkan perbelanjaan kerajaan,” katanya.
    
Menurut Wan Saiful, kerajaan boleh mengambil inisiatif mengurangkan perbelanjaan dengan penjimatan kos guna elektrik di semua jabatan kerajaan termasuk kos perjalanan pemimpinnya.

Sementara itu, Timbalan Dekan Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Madya Dr Sivamurugan Pandian berkata, kerajaan harus menilai dan menimbang semula keputusan tersebut.

Menurutnya, sebolehnya pengurangan subsidi perlu dilakukan secara berperingkat termasuklah kenaikan kadar tol baharu diumumkan kelmarin, agar tidak terlalu membebankan rakyat.

“Kerajaan terlebih dahulu perlu mendidik masyarakat menjadi rasional dengan kenaikan itu, supaya lebih bersedia.

"Tambahan kenaikan semua barang tersebut ada kaitan dengan rakyat di mana akan beri impak besar kepada perkara lain,” katanya, semalam.

Beliau berkata, pengurangan kadar tol juga pastinya memberi kesan kepada pengundi bandar terutama Kuala Lumpur terhadap sokongan mereka kepada BN.

“Tol sememangnya banyak di kawasan Selangor dan Kuala Lumpur, pastinya akan beri kesan pengundian pada masa akan datang,” katanya.

Janji Allah Pasti

Disebalik AIR MATA, pasti akan datang SENYUMAN
Disebalik LUKA, pasti akan datang PENYEMBUH
Disebalik KESABARAN, pasti akan datang KEBAHAGIAAN
Disebalik KESULITAN, pasti akan datang KEMUDAHAN
Disebalik KEBENCIAN, pasti akan datang KASIH SAYANG



Dalam diam Allah memerhati.
Dalam sunyi Allah menemani.
Dalam gembira Allah nak kita syukuri.
Dalam sedih Allah hiburkan hati kita.

Hati-Hati Dengan Penipu Online



SELALU TIPU GUNA AKAUN CIMB ATAS NAMA SUAMINYA.. AKAUN CIMB 0510-0029975-522 MOHD FAIZAL no fon 0176424326 / 017-6890378 NAMA PENIPU : NURUL AIN ZULKIFLI ALAMAT PENIPU : no.876 2/14 taman tuanku jaafar,senawang,seremban,negeri sembilan. no fon/Wssp : 0176424326 / 017-6890378 FB MINAH PENIPU : https://www.facebook.com/borong.kecantikanhttps://www.facebook.com/natasha.pejal?ref=ts&fref=ts

MCA: Kerajaan tak patut belanja besar

Parti komponen BN, MCA menyifatkan kerajaan tidak seharusnya berbelanja besar sehingga mencolok mata umum.

Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek berkata, mana-mana pegawai yang bertanggungjawab menyalahgunakan kedudukan mereka seumpama itu mestilah diambil tindakan.

"Kerajaan tidak seharusnya berbelanja besar sehingga mencolok mata seolah-olah tiada had ke atas wang yang digunakan.

"Laporan Ketua Audit Negara sebenarnya telah mendedahkan banyak kepincangan dan penyalahgunaan wang awam serta ketirisan yang ketara dan keterlaluan dalam soal penyalahgunaan dana kerajaan," katanya ketika menyampaikan Ucapan Dasar pada Perhimpunan Agung Tahunan MCA ke-60, hari ini.

Beliau menyarankan agar kajian semula dilakukan untuk mengelakkan ketirisan dan penyalahgunaan kuasa.

"Jika terdapat mana-mana pegawai yang bertanggungjawab menyalahgunakan kedudukan mestilah berhadapan dengan tindakan yang sepatutnya.

"Oleh yang demikian, perlu ada satu bentuk kajian semula dilakukan oleh kerajaan untuk kukuhkan proses perolehan untuk mengelak ketirisan dan penyalahgunaan kuasa daripada terus berlaku tahun demi tahun," katanya.

Menurutnya lagi, peningkatan perbelanjaan mengatasi jumlah peningkatan pendapatan.

"Berhubung soal perbelanjaan, kerajaan mesti terus mengawal selia dan berjimat cermat.

"Jika trend ini berterusan, ia tidak akan dapat ditampung kerana kos perbelanjaan ini akan menelan perbelanjaan pembangunan," katanya.
Chua Soi Lek

Anda Inginkan......................

Cara mudah pinjaman perumahan- Penjawat Awam

Datuk Omar Osman
Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs), mencadangkan agar kerajaan menyediakan pinjaman perumahan berasaskan harga rumah kepada penjawat awam.

Presidennya, Datuk Omar Osman berkata, ini bagi memastikan kakitangan kerajaan dapat memiliki rumah sendiri dengan lebih mudah.

“Pinjaman sekarang adalah berasaskan gaji. Ini bermakna, penjawat awam tidak mendapat pinjaman penuh dan selebihnya terpaksa meminjam bank.

“Sekiranya dapat pinjaman penuh daripada kerajaan, lebih mudah. Mereka boleh bayar pinjaman itu dengan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan wang pencen,” katanya ketika berucap di Konvensyen Tri-Tahunan Ceupacs ke-26 yang dirasmikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, di sini, semalam.

Turut hadir, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal.

Katanya, Cuepacs turut mencadangkan agar kerajaan mengkaji semula imbuhan tetap perumahan penjawat awam sebanyak RM180 sebulan dan kadar faedah pinjaman perumahan sebanyak empat peratus.

“Harga rumah sekarang mahal dan hampir 35 peratus kakitangan awam tidak ada rumah sendiri.

"Jadi, kita harap kerajaan dapat mempertimbangkan cadangan ini mengikut kemampuan kerajaan,” katanya.

Selain itu, badan itu juga meminta kerajaan memberi cuti tanpa rekod kepada penjawat awam untuk menunaikan umrah.

Dalam ucapannya itu, Omar turut mengumumkan keputusannya untuk menamatkan perkhidmatannya sebagai presiden Cuepacs yang disandangnya sejak tujuh tahun lalu.

Konvensyen Cuepacs ke-26 akan berlangsung selama tiga hari bermula semalam dan berakhir esok.

Najib ikrar terus sebar kebaikan kesederhanaan

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berikrar untuk terus menyebarkan kebaikan kesederhanaan, dengan harapan untuk menyatukan semua di bawah satu tujuan.

"Tujuannya ialah untuk mencapai keamanan bukan sahaja semasa zaman kita, tetapi untuk sepanjang masa," katanya dalam posting di Facebook beliau hari ini.

Najib, yang menerima Anugerah Keamanan Global 2013, di atas usahanya menggalakkan keamanan sejagat, daripada Yayasan Keamanan Global (GPF) pada Sabtu lepas, berkata ia merupakan satu penghormatan untuk menerima anugerah itu.

"Walaupun laluan kepada keamanan sebenar masih jauh dan berliku, saya yakin kami telah mencapai kejayaan dalam usaha menggalakkan persefahaman dan muhibah dalam kalangan rakyat.

"Saya percaya bahawa keamanan hanya boleh dicapai sekiranya kita bersedia untuk mengadakan dialog sebagai ganti kepada konflik," katanya.
Majlis GPF, yang memilih penerima pada tahun ini dalam beberapa kategori, berkata Perdana Menteri Malaysia dipilih atas usahanya membina hubungan antara kebudayaan, merintis Pergerakan Kesederhanaan Global dan peranannya dalam menyelesaikan konflik Bangsamoro antara Kerajaan Filipina dan Barisan Pembebasan Islam Moro. - Bernama

Agenda pemerkasaan ekonomi bumiputera dipantau

Kerajaan akan memantau syarikat-syarikat berkaitan kerajaan (GLC) bagi memastikan mereka melaksanakan agenda Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera dengan berkesan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
   
Najib yang juga presiden Umno berkata parti itu mendengar mesej yang disampaikan perwakilan sepanjang Perhimpunan Agung Umno yang berlangsung dari Selasa lalu dan berakhir hari ini yang mahu GLC memainkan peranan lebih besar dalam pembangunan ekonomi Melayu dan Bumiputera.
   
"Saya dah jumpa dengan semua ketua eksekutif GLC, kata pada mereka bahawa agenda Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera adalah sebahagian agenda nasional dan oleh itu setiap CEO (ketua pegawai eksekutif) dan pengurusan GLC perlu laksanakan agenda ini dengan sebaik mungkin.
   
"Kita memantau perkara ini dengan teliti dan jadikan ini sebagai KPI (Petunjuk Prestasi Utama) pada setiap CEO GLC, akhir tahun saya nak tengok kad laporannya," katanya dalam ucapan penangguhan Perhimpunan Agung Umno 2013 di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini hari ini.
   
Najib berkata pengurusan GLC diingatkan supaya tidak perlu bersikap apologetik kerana agenda yang dilaksanakan adalah penting demi menegakkan keadilan sosial dan mengekalkan kestabilan di negara ini yang mempunyai komposisi 67 peratus penduduk Melayu dan Bumiputera.

"Demi keadilan sosial dan kestabilan jangka panjang, orang Melayu dan Bumiputera mesti ditingkatkan kedudukan, seimbang, kongsi kekayaan," kata Najib.
   
Kata beliau pelaksanaan agenda Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera tidak akan menafikan hak kaum lain kerana matlamatnya adalah untuk mengukuhkan perpaduan seiring dengan pembangunan ekonomi negara menjadi negara maju dan berpendapatan tinggi menjelang 2020.
   
Mengenai program rasionalisasi subsidi, Najib yang juga Menteri Kewangan berkata walaupun langkah berkenaan tidak popular tetapi ia penting demi mengekalkan kestabilan ekonomi jangka panjang selain memastikan ekonomi negara terus berdaya saing.
   
"Kadang-kadang, kita terpaksa, orang kata untuk mengambil kesusahan jangka pendek untuk keuntungan jangka panjang," katanya.
   
Kata Najib beban subsidi negara yang berjumlah RM46.64 bilion adalah terlalu besar berbanding peruntukan untuk pembangunan yang berjumlah RM49 bilion sehingga menyebabkan permasalahan struktur ekonomi.
   
Kata beliau hasil program rasionalisasi subsidi yang dijalankan, syarikat penarafan kredit antarabangsa, Moody's Credit Rating Services, telah menaik taraf prospek negara daripada A3 kepada A2.
   
Kata beliau penarafan oleh Moody's itu menunjukkan keberkesanan program yang dijalankan selain ekonomi negara yang semakin kukuh. - Bernama

Agenda pemerkasaan ekonomi bumiputera dipantau

Kerajaan akan memantau syarikat-syarikat berkaitan kerajaan (GLC) bagi memastikan mereka melaksanakan agenda Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera dengan berkesan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
   
Najib yang juga presiden Umno berkata parti itu mendengar mesej yang disampaikan perwakilan sepanjang Perhimpunan Agung Umno yang berlangsung dari Selasa lalu dan berakhir hari ini yang mahu GLC memainkan peranan lebih besar dalam pembangunan ekonomi Melayu dan Bumiputera.
   
"Saya dah jumpa dengan semua ketua eksekutif GLC, kata pada mereka bahawa agenda Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera adalah sebahagian agenda nasional dan oleh itu setiap CEO (ketua pegawai eksekutif) dan pengurusan GLC perlu laksanakan agenda ini dengan sebaik mungkin.
   
"Kita memantau perkara ini dengan teliti dan jadikan ini sebagai KPI (Petunjuk Prestasi Utama) pada setiap CEO GLC, akhir tahun saya nak tengok kad laporannya," katanya dalam ucapan penangguhan Perhimpunan Agung Umno 2013 di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini hari ini.
   
Najib berkata pengurusan GLC diingatkan supaya tidak perlu bersikap apologetik kerana agenda yang dilaksanakan adalah penting demi menegakkan keadilan sosial dan mengekalkan kestabilan di negara ini yang mempunyai komposisi 67 peratus penduduk Melayu dan Bumiputera.

"Demi keadilan sosial dan kestabilan jangka panjang, orang Melayu dan Bumiputera mesti ditingkatkan kedudukan, seimbang, kongsi kekayaan," kata Najib.
   
Kata beliau pelaksanaan agenda Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera tidak akan menafikan hak kaum lain kerana matlamatnya adalah untuk mengukuhkan perpaduan seiring dengan pembangunan ekonomi negara menjadi negara maju dan berpendapatan tinggi menjelang 2020.
   
Mengenai program rasionalisasi subsidi, Najib yang juga Menteri Kewangan berkata walaupun langkah berkenaan tidak popular tetapi ia penting demi mengekalkan kestabilan ekonomi jangka panjang selain memastikan ekonomi negara terus berdaya saing.
   
"Kadang-kadang, kita terpaksa, orang kata untuk mengambil kesusahan jangka pendek untuk keuntungan jangka panjang," katanya.
   
Kata Najib beban subsidi negara yang berjumlah RM46.64 bilion adalah terlalu besar berbanding peruntukan untuk pembangunan yang berjumlah RM49 bilion sehingga menyebabkan permasalahan struktur ekonomi.
   
Kata beliau hasil program rasionalisasi subsidi yang dijalankan, syarikat penarafan kredit antarabangsa, Moody's Credit Rating Services, telah menaik taraf prospek negara daripada A3 kepada A2.
   
Kata beliau penarafan oleh Moody's itu menunjukkan keberkesanan program yang dijalankan selain ekonomi negara yang semakin kukuh. - Bernama