Halaman

Isnin, 15 Oktober 2012

Saifuddin: Saya tidak bela Soros atau Suaram

Saifuddin Abdullah

Datuk Saifuddin Abdullah menafikan beliau menyokong jutawan spekulator mata wang, George Soros ataupun Suara Rakyat Malaysia (Suaram) sebagaimana didakwa segelintir beberapa pihak, sebaliknya hanya memberi pendapat dari perspektif politik baru.
"Saya bukan sokong  Soros atau Suaram. Saya tak membela Soros atau Suaram. Saya cuma menyatakan pendapat dari perspektif politik baru iaitu politik yang berasaskan ilmu dan kebijaksanaan.Antaranya, Mursyidul Am Kelab Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim, Muhammad Zahid Md. Arip berkata, Saifuddin tidak wajar mengamalkan politik 'makan keliling' dengan mengeluarkan kenyataan seolah-olah mempertahankan Suaram, yang didakwa menerima dana daripada Soros - penyangak mata wang berbangsa Yahudi.
Muhammad mendakwa Saifuddin kini mencari jalan selamat dengan bersikap liberal demi kepentingan politik peribadi.
Beliau juga membangkitkan persoalan kemungkinan kenyataan itu menunjukkan Saifuddin yang diberi peluang berada dalam Kabinet tidak yakin Umno dan Barisan Nasional (BN) akan kekal berkuasa pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).
''Kenyataan Saifuddin yang mengelirukan itu boleh diibaratkan seperti api dalam sekam yang sebenarnya mengundang bahaya kepada perjuangan Umno dan BN sekarang.
Malah katanya, beliau percaya Saifuddin kini membeli 'insurans nyawa' daripada pembangkang dengan menonjolkan beliau sebagai pemimpin liberal.Muhammad Zahid menegaskan, sebagai seorang pemimpin Umno, Saifuddin perlu mempertahankan sebarang usaha memfitnah Najib yang juga Presiden Umno dan Pengerusi BN.

Mengulas lanjut, Saifuddin berkata, "kita perlu tingkatkan diskusi politik ke tahap yang lebih tinggi."

Katanya, dari segi strategi kempen BN pula, PRU13 banyak bergantung pada golongan pertengahan, yang terdiri daripada pengundi muda, profesional dan kelas menengah.


Sumber: Sinar Harian

LA: Jangan ada gunting dalam lipatan  dah la.

Umno tandus pemimpin muda, dakwa Azmin


 Umno didakwa sudah ketandusan pemimpin yang boleh meyakinkan rakyat untuk menyokong parti itu sehingga terpaksa ‘kitar semula’ pengaruh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali berkata, sebagai seorang Presiden Umno dan juga Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sepatutnya melahirkan pemimpin muda yang mampu membawa perubahan kepada negara.


“PKR sudah membuktikan kita bukan parti nyamuk malah kini semakin kuat bersama Pas dan DAP, malah turut digeruni Barisan Nasional (BN) yang ada bertanyakan Kabinet bayangan kita.

“Jika mereka tidak gentar kenapa mereka berminat untuk mengetahui Kabinet bayangan kita? Bermacam-macam spekulasi yang timbul tetapi apa yang penting bagi saya bukan soal jawatan tetapi mahu ‘kuburkan’ Umno,” katanya.

Beliau mengakui, mempertahankan kemenangan adalah lebih sukar daripada mengejarnya tetapi yakin sudah hampir dengan kemenangan melihat kepada sokongan yang semakin kuat terhadap PR termasuk di Sabah dan Sarawak.

LA: Begitu angkuh lagi Azmin ni,tak pe,kita tengok je la apa kesudahan "mat jenin" ni.Sapa yang "berkubur' dan 'dikuburkan'.

SU Agung: 'Kalau MCA anti-Islam, DAP bagaimana?'


Di sebalik dakwaan Ketua Pemuda Pas, Nasrudin Hassan bahawa MCA sebagai anti-Islam, beliau kini harus menjawab persoalan "adakah Pas juga mengganggap DAP sebagai anti Islam?"

Demikian persoalan dibangkitkan oleh Setiausaha Agung komponen Barisan Nasional itu, Datuk Seri Kong Cho Ha.

"MCA tidak pernah kata Islam tidak baik, malah bukan prinsip MCA anti-Islam," katanya kepada Sinar Harian Online.Pas kini berhadapan dengan keadaan yang semakin tertekan apabila kerjasama parti itu terutama sekali dengan DAP terus dipertikaikan.Hasan mengingatkan Nik Aziz berhubung pendirian Pengerusi DAP Kebangsaan, Karpal Singh dan Penasihatnya Lim Kit Siang yang berterusan menghina dan menentang perjuangan Pas untuk melaksanakan hudud.


Bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa, pada akhir Ogos lalu, mendakwa Karpal sebagai anti-Islam kerana menentang hukum hudud.

Ekoran kenyataan itu, Karpal berkata mahu mengambil tindakan undnag-undang ke atas Nasharudin.


LA: Gajah didepan mata tak nampak,semut diseberang laut boleh pula nampak.Sama seperti keadaan Nik Aziz sekaran yang cuba "cover line" DAP demi kepentingan sekutunya.