Halaman

Selasa, 15 Januari 2013

PAS boneka DAP dan ANWAR !!


Pendirian dan perjuangan PAS kini diragui kerana sanggup “mendakap” DAP dan melindungi pemimpin tidak bermoral. Sejak terbongkarnya video seks yang membabitkan Anwar Ibrahim, PAS mula goyah dengan pendirian dan perjuangannya demi kepentingan politik untuk berkuasa. Kalau dulu PAS bersemangat memperjuangkan isu berkaitan umat Islam di negara ini namun kini PAS ketara cuba melindungi pemimpin tidak bermoral.
Perjuangan PAS terpesong jauh dari landasan asal yang berteraskan kepada moral, etika dan agama. Ini jelas dibuktikan setelah pemimpin PAS melalui pelbagai usaha cuba membela Anwar Ibrahim yang merupakan pelaku dalam video seks yang tersebar luas malah bernada sama dalam Kes Liwat I dan II yang turut membabitkan Ketua Pembangkang tersebut. Mereka sanggup mengenepikan soal moral, etika dan agama jika ianya membabitkan kepentingan politik PAS untuk berkuasa.
Pas seperti orang yang kemaruk untuk mendapatkan kuasa dan untuk menjatuhkan BN.Pas sanggup menjadi anjing peliharaan DAP hanya untuk mendapatkan sokongan dari DAP.Pas sudah lama lari landasan sebenarnya untuk memperjuangkan agama Islam dan Pas seperti boneka untuk DAP dan Anwar.Apa sudah jadi pada PAS sekarang?? buka mata dan buka minda wahai penyokong-penyokong PAS sekalian.Lihatlah siapa yang sedang menjahanamkan Malaysia sekarang, PAS ataupun BN? Jawapannya, PAS yang sedang membawa Malaysia untuk dijahanamkan oleh manusia-manusia tidak berguna seperti Anwar dan parti DAP!!

KONSPIRASI KRISTIAN DALAM MENGKORUPSI KALIMAH ALLAH.

Polemik isu nama ALLAH ini masih lagi hangat diperbincangkan. Ada diantara ahli agama sendiri pun masih bertolak tarik dalam isu ini. Usah ditanya kepada ahli politik. Demi undi, semuanya nak diberi. Namun apa yang pelik disini ialah, kurangnya fokus dikalangan pakar-pakar agama dan ahli politik tentang apa sebenarnya yang dituntut oleh orang Kristian di Malaysia ini dalam konteks isu ALLAH ini. Yang kita harus jelas disini ialah, penganut Kristian di Malaysia mahukan ALLAH menjadi terjemahan kepada GOD atau LORD dalam Bahasa Melayu .
Dalam Agama Kristian ada berapa tuhan atau apakah konsep agama Kristian? Trinity bukan? Dimana ada Tuhan Bapa, Tuhan anak dan Roh Kudus. Jadi adakah kosep TRINITY ini menepati TAFSIRAN BAHASA MELAYU yang SEBENAR??? Pastinya tidak, kerana dengan jelas PERKATAAN 'ESA' itu menafikan konsep Trinity dalam Kristian.

Ahli politk janganlah hendak melacurkan isu agama demi politik kotor mereka.Dan jangan biarkan agama lain mempersendakan Agama Rasmi negara kita, apa guna dijadikan agama rasmi jika bangsa lain sesuka hati memperlekehkan agama Islam!
 Bukalah mata wahai umat Islam semua,inilah jadinya apabila agama lain diberi muka sangat.Semua yang milik kita mereka hendak rampas.Jangan sampai kita jadi pelarian di negara sendiri.!!

KL112 testimoni kejayaan kerajaan


Kerajaan juga sedar undang-undang mengenai kebebasan awam dan keselamatan negara perlu disesuaikan dengan proses serta amalan demokrasi yang bukan saja selaras norma antarabangsa, tetapi bertunjangkan sistem budaya, nilai dan norma kita," Datuk Seri Najib Razak, Perdana Menteri.

“Apa yang berlaku hari itu menunjukkan bahawa islah dan reformasi yang kita laksanakan adalah tepat. Tahniah atas profesionalisme dipamerkan pihak berkuasa.

“Saya juga mengucapkan terima kasih kepada pihak pembangkang... walaupun saya tidak bersetuju dengan mereka, tetapi mereka sudah menghormati semangat Akta Perhimpunan Aman 2012,” katanya.


kerajaan menepati janji dengan meminda Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 serta Seksyen 27 Akta Polis 1967 dan mengkaji sepenuhnya Akta Hasutan 1948 untuk digantikan rang undang-undang bertajuk Akta Keharmonian Nasional.

Katanya, ia menunjukkan kesungguhan kerajaan mengambil berat kepentingan serta hak rakyat dan sentiasa terbuka menerima setiap cadangan. 

“Kerajaan juga sedar undang-undang mengenai kebebasan awam dan keselamatan negara perlu disesuaikan dengan proses serta amalan demokrasi yang bukan saja selaras norma antarabangsa, tetapi bertunjangkan sistem budaya, nilai dan norma kita,” katanya.


 Apabila lagi yang nak dipertikaikan oleh pembangkang dan sekutunya,kerajaan sudah cukup bertolak ansur dan melakukan setiap tugas secara profesionalisme bukan seperti mereka yang bacul dan hanya pandai berkata-kata sahaja tanpa ada hasilnya!

Isu bukan Islam guna kalimah Allah: Dulu sokong kini bantah


  • Nik Aziz tukar pendirian selepas kenyataan awal cetus kontroversi umat Islam
  • Mursyidul Am PAS elak jawab soalan
  • kalau ada agama lain yang tuhan dia tidak satu bahkan tiga atau lebih dan tiba-tiba nak guna kalimah (Allah)... itu mengarut, nak guna boleh, tak ada masalah tapi salahlah," Datuk Nik Aziz Nik Mat, Mursyidul Am PAS


    “Allah satu, kalau ada orang lain nak guna... agama yang mana tuhannya tidak satu (kemudian) tiba-tiba dia nak guna (kalimah) Allah, (maka) ini tidak betul, kerana apa nak letak nama Allah, Allah digunakan oleh Allah sendiri sebagai tuhan yang satu, Maha Kuasa.
    “Jadi, kalau ada agama lain yang tuhan dia tidak satu bahkan tiga atau lebih dan tiba-tiba nak guna kalimah (Allah)... itu mengarut, nak guna boleh, tak ada masalah tapi salahlah,” katanya 



    Diminta mengulas lanjut pandangannya yang membenarkan penganut agama lain menggunakan kalimah Allah, Nik Aziz berkata, walaupun boleh disebut kalimah itu namun maknanya salah.

    Ketika mengulas pemimpin PAS lain yang mungkin berbeza pandangan dengan Majlis Syura itu, Nik Aziz berkata, beliau tidak tahu mengenai perkara itu.

    Nik Aziz seperti lalang.Cakap bukan seperti ulama.Tapi macam orang nyanyuk!