Halaman

Rabu, 5 Disember 2012

Lim Guan Eng patut letak jawatan!!!


Gerakan Pulau Pinang hari ini mencabar Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng supaya meletak jawatan sebagai Ahli Parlimen bagi menumpukan sepenuh perhatian dalam usaha menarik pelaburan ke negeri ini.

Penolong Setiausahanya, Goh Kheng Sneah berkata, dengan memberi tumpuan sepenuhnya kepada tugas dan tanggungjawab sebagai Ketua Menteri, Lim mampu mengembangkan ekonomi Pulau Pinang.

"Jangan buat dua kerja dalam satu masa kalau tidak mampu. Jangan jadikan jawatan Ketua Menteri sebagai kerja sambilan, tanggungjawab dan amanah yang diberikan kepada beliau perlu dilaksanakan dengan baik,” katanya kepada pemberita di lobi Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini hari ini.

Goh berkata pelaburan di Pulau Pinang pada tahun lepas hanya berjumlah RM2.2 bilion berbanding RM10.2 bilion pada 2008, satu penurunan kira-kira 80 peratus.

Penurunan ketara ini, katanya jelas menunjukkan Lim tidak mampu menggalas tanggungjawabnya sebagai Ketua Menteri dan Anggota Parlimen Bagan dalam satu masa. - Bernama

LA: Rakyat didahulukan,pencapaian diutamakan.Guan Eng patut contohi pemimpin-pemimpin BN!

Anwar terbeban dengan Deepak!!

Cubaan buat kali terakhir oleh Anwar Ibrahim untuk menjawat jawatan Perdana Menteri dengan menfitnah Najib Abdul Razak dan Rosmah Mansor sebelum PRU13, nampaknya bukan sahaja jauh daripada mencapai kejayaan, sebaliknya mendedahkan perangai jahatnya kepada umum.


Barangkali Anwar Ibrahim tidak menyangka sama sekali bahawa Deepak akan dilondehkan sedemikian rupa, terutama sekali melibatkan hutang-hutangnya yang berjumlah ratusan juta ringgit dengan Kuwait Finance House. Boleh jadi, Anwar ingat hanya puak-puak yang pro-Pakatan sahaja yang boleh membuat londehan biarpun kebanyakan londehan lebih kepada fitnah dan tohmahan sepertimana yang mereka lakukan terhadap Najib Abdul Razak dan Rosmah Mansor. 
Kenyataan Deepak lebih mengejutkan Anwar Ibrahim apabila ahli perniagaan yang sedang terdesak itu memberikan klu atau petunjuk tentang pertemuan sulit yang membabitkan tentang dirinya dan Anwar Ibrahim. 
Point yang paling utama perlu diperjelaskan oleh Anwar Ibrahim sekarang ialah, atas dasar apa pertemuan antaranya dengan Deepak dibuat kalau benar seperti penafiannya yang dia tidak ada kena-mengena langsung dengan pendedahan Deepak. Anwar juga perlu menjelaskan tentang hubung kait antara Deepak dengan Ravi Dharan, memandangkan Ravi Dharan adalah proksinya yang banyak mendapat banyak peluang perniagaan ketika dia menjadi Menteri Kewangan dahulu? 
Berapakah pembiayaan yang dibuat oleh Ravi Dharan untuk membantu Anwar Ibrahim mendapatkan khidmat Deepak? Dan berapa pula kos yang diberikan kepada Sivarasa Rasaiah yang menyediakan segala skrip untuk dibacakan dan dituturkan oleh Deepak dalam usaha hendak mengenakan Najib Abdul Razak dan Rosmah Mansor.

Sumber: NSTP


Nasib malang salon di KB Mall




Pemimpin PAS sering menjaja propaganda bahawa undang-undang Islam ataupun hudud PAS yang mahu diperjuangkan oleh mereka menjamin hak kebebasan orang bukan Islam dengan alasan ia hanya terhad pada orang yang beragama Islam sahaja.Kita faham tujuan PAS menggembar gemburkan propaganda itu untuk mengurangkan kerisauan masyarakat bukan Islam selanjutnya mengelakkan …
pakatan pembangkang yang turut melibatkan PAS daripada kehilangan undi sebahagian orang Cina yang menyokong DAP.Hakikatnya, apa yang menimpa para pengusaha salon gunting rambut di KB Mall, Kelantan baru-baru ini langsung tidak bertepatan dengan propaganda yang dilaungkan oleh PAS selama ini.Misalnya dalam kes Pengurus E-Life Hair Salon, Ong Lee Ting yang membuka perniagaan di KB Mall sejak 2010 sehingga kini pemilik salon itu sudah 11 kali disaman oleh Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandar Raya Islam (MPKB-BRI).Di bawah Seksyen 107 (2) Akta Majlis Undang-Undang Tempatan seseorang wanita termasuk bukan Islam dilarang memotong rambut seorang lelaki ataupun sebaliknya tanpa mengira agama.
Setiap kali disaman atas kesalahan tersebut, Ong perlu menyelesaikan saman bernilai RM200 hingga RM350. 11 kali disaman bermakna pemilik salon itu sudah kerugian diantara RM2000 hingga RM3000. Bukan sedikit jumlahnya apabila diambil kira sewa kedai yang perlu dibayar saban bulan.
Malah para pemilik salon yang bukan Islam juga turut didenda sekalipun mereka memberi khidmat kepada pelanggan lelaki yang bukan beragama Islam. Bukankah selama ini PAS gah bercakap bahawa orang bukan Islam terkecuali daripada peraturan Islam?
Ternampak jelas PAS telah dengan sengaja menipu orang Cina, baik dalam isu salon unisex mahupun melibatkan hudud PAS. Apa susah sangatkah untuk PAS berkata benar dan memberi penerangan yang sebenar tanpa dolak dalik bermotifkan politik kepartian?
Kira-kira sebulan lalu, Presiden MCA, Chua Soi Lek ada mendedahkan satu SMS yang diterimanya yang tertulis mesej kebimbangan sesetengah golongan bukan Islam keturunan Cina perihal risiko kesan perlaksanaan hudud PAS yang bakal memudaratkan 1.2 juta orang bukan Islam.
Dalam konteks kepentingan orang Cina dan masyarakat bukan Islam, nampaknya kebimbangan yang disuarakan oleh Soi Lek ada asasnya.
Mungkin disebabkan tidak tahan dengan asakan Soi Lek, selepas itu PAS telah melabelkan Presiden MCA itu telah menghina hudud dan Islam, sekalipun Soi Lek hanya secara sinis mengkritik hudud PAS itupun selepas mengambil kesempatan dari lampu hijau yang diberikan oleh Mursyidul Am PAS, Nik Aziz Nik Mat pada 12 Ogos 2009.
Mengikut kenyataan Nik Aziz pada tarikh tersebut, katanya pemimpin DAP berhak mengkritik dan menghina Islam disebabkan mereka bukannya beragama Islam. Jadi apa bezanya pemimpin MCA dengan DAP, bukankah Soi Lek pun bukan beragama Islam sama seperti pemimpin DAP?

Berbalik pada isu salon unisex di KBMall, jika logik propaganda PAS bahawa undang-undang Islam yang mahu diperkenalkannya melalui hudud PAS diambil kira yakni hanya terhad pada orang Islam sahaja, bermakna pemilik salon E-Life Hair Hair Salon akan terselamat dari denda tersebut.
Sebaliknya hanya pelanggan atau pemilik salon yang beragama Islam sahaja akan menerima saman, itu jika logik propaganda PAS digunapakai, tidak begitu?
Namun, lain yang dipropagandakan lain pula yang dilaksanakan. Mungkin bagi PAS isu ini agak remeh temeh, tapi sekarang ia semakin menjadi polemik umum dan isu panas yang pastinya besar impak buruk pada prestasi PR dalam PRU 13.
Orang Cina dan lain-lain anggota masyarakat yang bukan beragama Islam rasa seperti tertipu dengan propaganda PAS bahawa undang-undang Islam hanya terhad pada orang Islam sahaja, sedangkan realiti yang berlaku melibatkan salon unisex di Kelantan turut melibatkan orang bukan Islam.
PAS perlu belajar untuk bercakap benar bahawa undang-undang Islam termasuk hudud yang sebenar-benarnya turut meliputi orang bukan Islam, jika PAS berterusan menyembunyikan fakta ini dan polemik seperti salon unisex ini berulang, bukan sahaja memberi kesan pada imej Islam malah semakin mengelirukan orang bukan Islam