Halaman

Rabu, 8 Ogos 2012

'Ambil tindakan sewajarnya'

Georgetown: Pelbagai pihak mendesak DAP mengambil tindakan ke atas ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Alam Shah, M Manoharan kerana memperlekehkan sumbangan Datuk Lee Chong Wei.
Pengerusi Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang, Teng Chang Yeow yang menyifatkan Manoharan biadab, berkata komennya tidak boleh diterima pada saat rakyat masih bersedih dengan kekalahan Chong Wei selepas bermain bermati-matian. DAP perlu maklumkan apa jenis tindakanaka diambilterhadapManoharan atau mereka hanya mahu berdiam diri. DAP kena ingat mereka tidak boleh bersikap talam dua muka dalam isu ini. 




Politikkan kemenangan

Saya boleh bayangkan kalau Chong Wei menang, pasti mereka (pembangkang) akan cuba mengambil kredit dan mungkin cuba mempolitikkannya juga, katanya kepada pemberita pada Majlis Berbuka Puasa BN negeri di sini, malam kelmarin.

Dalam perlawanan akhir badminton Sukan Olimpik, Ahad lalu, Chong Wei tewas kepada Lin Dan, 21-15, 10-21, 19-21 selepas bertarung 79 minit.

Berikutan kekalahan Chong Wei, Manoharan membuat komen menerusi twitternya. Antara komennya: Malaysia will win its first gold medal after Pakatan takes over Putrajaya, Lin Dan wins. He played better than Lee Chong AWAY. (Malaysia akan menang pingat emas Olimpik pertama selepas Pakatan ambil alih Putrajaya. Lin Dan menang. Dia bermain lebih baik daripada Lee Chong AWAY). 
Perlekeh maruah negara 

Di IPOH, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir menyifatkan tindakan mempersendakan Chong Wei sama dengan memperlekehkan maruah negara.

Katanya, tindakan Manoharan jelas menunjukkan beliau seorang individu yang tidak sensitif dengan perasaan rakyat Malaysia.

Dia ingat dia saja yang hebat, jadi dia sanggup memperlekehkan orang lain, katanya kepada pemberita selepas sesi Hari Bertemu Pelanggan di sini, semalam.

Manoharan juga dituduh cuba mempolitikkan sukan negara apabila mendakwa Malaysia hanya memenangi pingat emas di Sukan Olimpik selepas pembangkang mengambil alih Putrajaya.

Zambry berkata, Manoharan tidak mewakili suara rakyat di negara ini dan bersikap mementing diri.



LA: Kerana pulut santan binasa,keraan mulut badan binasa

Pembangkang tidak sepakat

Apalah nak  jadi dengan pembangkang ni, sebelum ni kritik  tema merdeka yang digunakan kerajaan, "55 Tahun Merdeka, Janji Ditepati", tapi mereka sendiri menggunakan tema yang berlainan bagi setiap negeri yang ditadbir. 
Perbezaan ketara apabila ,Selangor dan Pulau Pinang menggunakan tema  "Sebangsa, Senegara, Sejiwa,", Kelantan pula menggunakan tema "Menerajui Perubahan" dan Kedah menggunakan tema " Terus Berbakti".
Kedah dan Kelantan menolak tema "Sebangsa, Senegara, Sejiwa" yang diputuskan pada peringkat jawatankuasa pemilihan dipengerusikan Datuk A Samad Said kerana kedua-duanya telah memutuskan tema sendiri pada mesyuarat EXCO kerajan negeri masing-masing.sesuai lah pepatah 'Seperit ketam mengajar anaknay berjalan',diri sendiri tak betul tpa iada hati nak kritik orang lagi.

Sumber: BH 8 Ogos 2012

LA: Tetap sokong tema "55 Tahun Merdeka, Janji Ditepati".



Tak setuju tambang naik

Pengguna bas ekspres,henti-henti sifatkan cadangan keterlaluan

Pengguna pengangkutan awam tidak bersetuju dengan cadangan Persatuan Pengusaha Bas SeMalaysia (PMBOA) mahu tambang bas ekspres dan henti-henti dinaikkan.PMBOA dalam memorandumnya kepada kementerian kewangan baru-baru ini mencadangkan kenaikan 30 peratus di Semenanjung dan 40 peratus di Sabah dan Sarawak.
Pengguna menyifatkan cadangan itu keterlaluan,sekalipunpengusaha bas mendakwa mengalami kenaikan kos operasi sejak empat tahun lalu.Kenaikan ini akan membebankan rayat yang berpendapatan sederhana dan rendah.Memandangkan pengangkutan awam adalah satu keperluan asas.Kenaiakn ini juga akan membebankan golongan pelajar yang bergantung kepada bas henti-henti  untuk bergerak dari satu destinasi ke destiansi lain.
Para pengguna semua berharap  kerajan mengkaji betul-betul kalau nak naikkan tambang ,kalau ia pun janganlah sampai 30 peratus bagi mengelakkan rakyat dibebani  dengan kos sara hidup yang tinggi.

Sumber:BH 8 Ogos 2012

LA: Sebagai pengguna setia pengangkutan awam,LA rase memang tak patut tambang dinaikkan.Sebab bas nie dinaiki oleh pengguna y ang berpedapatan rendah.