Halaman

Selasa, 3 Disember 2013

Kerajaan akan pastikan kestabilan jangka panjang

Kerajaan akan terus menangani kebimbangan jangka pendek negara dan dalam masa yang sama memastikan bahawa akan ada keamanan dan kestabilan jangka panjang, kata Menteri Kewangan kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.

Beliau berkata, kerajaan menyedari bahawa terdapat tahap tekanan kewangan dalam spektrum kaum. 

"Bukan dasar kerajaan untuk mengurangkan keupayaan orang kaya untuk menjadilebih kaya. 

"Kami menggalakkan orang kaya menjalankan perniagaan dan melabur, yang manabaik bagi semua orang. 

"Tetapi kami campur tangan untuk membantu golongan kurang bernasib baik, mereka yang berada dalam kumpulan berpendapatan rendah kerana kemiskinan tidak
mengenal bangsa dan warna kulit," katanya dalam ucapan beliau pada majlisAnugerah Kecemerlangan Perniagaan Sin Chew 2013, di sini, hari ini.

Husni berkata bagi menangani isu ini, kerajaan telah menyusun semula pembayaran Bantuan Rakyat 1Malaysia kepada dua kali setahun bagi meringankan bebanan golongan miskin. 

"Kami mahu menyediakan tahap jaringan keselamatan sosial. Ia adalah satutanggungjawab yang perlu dilakukan," katanya. 

Beliau berkata Dasar Ekonomi Baharu (DEB) yang diperkenalkan pada 1970 bukanhanya memberi manfaat kepada Bumiputera tetapi kesan sampingannya juga turutdirasai oleh kaum lain.

"Bumiputera yang mendapat manfaat daripada DEB tidak menjalankan perniagaanmereka sendirian. 

"Mereka membentuk perkongsian dan usaha sama. Tambahan pula, merekaberoperasi dalam perniagaan yang memerlukan banyak hubungan kepada bekalan dan
pengedaran yang tersebar luas dalam keseluruhan spektrum kaum," katanya

Husni berkata hasil daripada kesan sampingan itu, kemakmuran telah berjayadicapai. 

"Selama lebih daripada tiga puluh tahun, kita bersama-sama menikmati kemakmuran dan kebahagiaan yang tidak boleh ditandingi oleh mana-mana negara
pelbagai bangsa lain di dunia ini," katanya. - Bernama

Pertahankan Keamanan Yang Dikecapi

 Keamanan dikecapi Malaysia selama 56 tahun perlu dihargai dan dikekalkan oleh rakyat negara ini, kata Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman.

Katanya ini penting bagi mengelak pergolakan seperti di negara lain yang mengakibatkan berlakunya krisis ekonomi dan kemanusiaan di negara terbabit.

"Di Malaysia, kita dan anak-anak, hidup selesa serta aman damai tanpa rasa takut dan semua ini adalah hasil komitmen kerajaan yang telah mewujudkan kemakmuran di negara ini sejak sekian lama," katanya kepada pemberita sempena Majlis Ramah Mesra dan Merdekaraya di sini malam tadi.

Anifah berkata tugas sebagai Menteri Luar yang sering ke serata dunia  membawa beliau menyaksikan kesengsaraan yang dihadapi rakyat di negara bergolak akibat hilangnya keamanan dinikmati sebelum ini.

"Berbanding negara yang bergolak, kita sebenarnya amat bertuah kerana dikurniakan sebuah negara yang damai serta pesat membangun dan sewajarnya kita sebagai rakyat Malaysia mensyukuri nikmat ini," katanya.
Turut hadir Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Membakut Datuk Arifin Arif, Adun Kawang Datuk Ghulam Haidar Khan Bahadar, Adun Bongawan Mohamad Alamin, Pengerusi Petronas Sabah dan Labuan Mohamed Firouz Asnan dan Pengarah Projek Terminal Minyak dan Gas (SOGT) Noor Ilias Mohd Idris.

Anifah yang juga anggota Parlimen Kimanis berkata jika rakyat Malaysia melihat sendiri kesengsaraan dialami rakyat di negara bergolak, mereka akan insaf dan amat bersyukur menjadi rakyat Malaysia serta gembira tinggal di bumi bertuah ini.

Menurutnya, keharmonian masyarakat berbilang kaum dan agama serta keamanan yang dikecapi selama ini harus dipertahankan daripada musnah akibat kerakusan pihak yang tidak bertanggungjawab.

"Saya menyeru seluruh rakyat supaya tidak terpedaya dengan janji palsu dan terikut-ikut dengan sikap pihak yang tidak bertanggungjawab kerana keselamatan dan keamanan negara adalah keutamaan kita," katanya.

Pada majlis itu, SOGT menyampaikan sumbangan RM200,000 bagi membiayai pembinaan lima premis perniagaan di kawasan Parlimen Kimanis sebagai menunaikan tanggungjawab sosial badan korporat tersebut.

Majlis yang dihadiri lebih 3,000 orang itu turut diserikan dengan persembahan nyanyian daripada artis terkenal tanah air Noraniza Idris. - Bernama

Pertahankan Keamanan Yang Dikecapi

 Keamanan dikecapi Malaysia selama 56 tahun perlu dihargai dan dikekalkan oleh rakyat negara ini, kata Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman.

Katanya ini penting bagi mengelak pergolakan seperti di negara lain yang mengakibatkan berlakunya krisis ekonomi dan kemanusiaan di negara terbabit.

"Di Malaysia, kita dan anak-anak, hidup selesa serta aman damai tanpa rasa takut dan semua ini adalah hasil komitmen kerajaan yang telah mewujudkan kemakmuran di negara ini sejak sekian lama," katanya kepada pemberita sempena Majlis Ramah Mesra dan Merdekaraya di sini malam tadi.

Anifah berkata tugas sebagai Menteri Luar yang sering ke serata dunia  membawa beliau menyaksikan kesengsaraan yang dihadapi rakyat di negara bergolak akibat hilangnya keamanan dinikmati sebelum ini.

"Berbanding negara yang bergolak, kita sebenarnya amat bertuah kerana dikurniakan sebuah negara yang damai serta pesat membangun dan sewajarnya kita sebagai rakyat Malaysia mensyukuri nikmat ini," katanya.
Turut hadir Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Membakut Datuk Arifin Arif, Adun Kawang Datuk Ghulam Haidar Khan Bahadar, Adun Bongawan Mohamad Alamin, Pengerusi Petronas Sabah dan Labuan Mohamed Firouz Asnan dan Pengarah Projek Terminal Minyak dan Gas (SOGT) Noor Ilias Mohd Idris.

Anifah yang juga anggota Parlimen Kimanis berkata jika rakyat Malaysia melihat sendiri kesengsaraan dialami rakyat di negara bergolak, mereka akan insaf dan amat bersyukur menjadi rakyat Malaysia serta gembira tinggal di bumi bertuah ini.

Menurutnya, keharmonian masyarakat berbilang kaum dan agama serta keamanan yang dikecapi selama ini harus dipertahankan daripada musnah akibat kerakusan pihak yang tidak bertanggungjawab.

"Saya menyeru seluruh rakyat supaya tidak terpedaya dengan janji palsu dan terikut-ikut dengan sikap pihak yang tidak bertanggungjawab kerana keselamatan dan keamanan negara adalah keutamaan kita," katanya.

Pada majlis itu, SOGT menyampaikan sumbangan RM200,000 bagi membiayai pembinaan lima premis perniagaan di kawasan Parlimen Kimanis sebagai menunaikan tanggungjawab sosial badan korporat tersebut.

Majlis yang dihadiri lebih 3,000 orang itu turut diserikan dengan persembahan nyanyian daripada artis terkenal tanah air Noraniza Idris. - Bernama

Malaysia mahu pertahan kerusi IMO

Malaysia berharap untuk mempertahan kerusi majlis dalam Pertubuhan Maritim Antarabangsa (IMO) bagi penggal 2014-2015, kata Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Abdul Aziz Kaprawi.
   
Beliau berkata, IMO akan mengadakan pemilihan seterusnya pada perhimpunan agung bermula 25 November di London.
   
Malaysia menjadi anggota pertubuhan itu sejak 1971 dan pertama kali dilantik sebagai ahli majlis (Kategori C) pada 2005, katanya semasa melancarkan Hari Maritim Sedunia 2013 peringkat kebangsaan di Esplanade Sibu di sini hari ini.
   
Kategori C ialah bagi negara dari kawasan geografi utama yang mempunyai kepentingan bermakna dalam lautan dan pengangkutan kapal.
   
"Kira-kira 100,000 kapal dari semua saiz dan jenis belayar melalui Selat Melaka di bawah pengawasan dan bidang kuasa kita setiap tahun.
    
"Jadi kita perlu suara kita dalam majlis IMO untuk Malaysia boleh terus menyumbang kepada penambahbaikan sistem maritim di laluan laut yang sangat sibuk di dunia ini," katanya.

Mengenai sambutan itu, beliu berkata ia bagi menghormati dan menghargai peranan yang diminkan semua pihak berkaitan usaha, sumbangan dan komitmen mereka kepada pembangunan industri maritim negara terutama kepada sektor ekonomi secara umum.
   
Sementara itu bagi Sarawak, Abdul Aziz berkata kira-kira 1.6 juta penumpang menggunakan lapan terminal penumpangnya di Kuching, Tanjung Manis, Sarikei, Sibu, Kuala Baram, Limbang, Song dan Kapit setiap tahun.
   
"Sebagai tambahan, purata kira-kira 500 buah kapal dan bot menggunakan sungainya setiap hari dan separuh daripadanya merupakan bot penumpang.
   
"Ini menunjukkan bahawa sungai Sarawak masih sangat penting sebagai sumber pengangkutan," katanya dan menambah oleh itu adalah penting semua pemilik kapal dan bot serta kru mematuhi peraturan dan panduan bagi menjamin keselamatan penumpang dan melindugi alam sekitar. - Bernama

Malaysia wajar contohi Brunei

Kerajaan Pas Kelantan berharap pelaksanaan hukum hudud di Brunei boleh dijadikan contoh untuk dilaksanakan di negara ini.

Menteri Besar Kelantan,  Datuk Ahmad Yaakub berkata, perkara itu patut dibanggakan kerana Brunei telah mendahului negara Islam lain, sekali gus menjadi negara Asia Tenggara pertama melaksanakan hukum tersebut.

“Kerajaan Malaysia sepatutnya mengikut jejak langkah Brunei dalam hal ini. Tahniah diucapkan kepada Brunei dan kami menyambut baik perkara tersebut,” katanya kepada media pada sambutan Hari Inovasi peringkat negeri di Kompleks Kota Darul Naim, di sini, semalam.

Hadir sama, Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan, Datuk Dr Zainuddin Ibrahim dan Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Inovasi Malaysia, Dr Mazalan Kamis.

Ahmad ketika ditanya mengenai pelaksanaan hukum hudud di negeri ini menegaskan, usaha ke arah itu masih dijalankan dari semasa ke semasa.

Malah, beliau menekankan komitmen ke arah pelaksanaan itu semakin ke hadapan, terutamanya apabila kerajaan turut memperuntukkan RM1 juta dalam Bajet 2014 bagi prasarana pelaksanaan hukum tersebut.

Dalam perkembangan lain, Ahmad turut berharap penjawat awam lebih berinovasi selepas ini, terutama dalam mendukung tanggungjawab membantu perkembangan ekonomi masyarakat.

“Majlis sambutan inovasi seperti ini amat penting bagi kita untuk mencetuskan buah fikiran, bagi memikirkan bagaimana cara dan khidmat terbaik yang boleh kita hasilkan kepada negara tanpa pembaziran dalam sebarang hal boleh diinovasikan,” katanya.

Katanya, ia juga dapat menilai sejauh mana pemimpin dalam sesebuah organisasi itu mempelbagaikan sumber dan menggunakan kaedah disediakan untuk kebaikan rakyat.

Kalau benda baik,tak salah dibuat..

Dakwaan intip tidak jejas hubungan AS-Malaysia

Dakwaan berkaitan kegiatan pengintipan oleh Amerika Syarikat (AS) tidak akan menjejaskan hubungan Washington-Kuala Lumpur, kata Jane Chongchit Houston, Penyelaras Negara bagi Maritim Asia Tenggara, Pejabat Diplomasi Awam, Jabatan Negara AS.

Beliau berkata, AS terbuka kepada sebarang dialog sekiranya terdapat sebarang pertikaian dan hubungan kukuh antara rakyat Malaysia dan Amerika akan dapat membantu menangani sebarang isu melibatkan kedua-dua negara.

"Lebih mudah menyelesaikan masalah sekiranya terdapat interaksi dan sentuhan sesama insan antara kedua-dua negara.

"Hubungan rakyat dengan rakyat antara Malaysia dan AS amat kukuh, dengan  setiap tahun lebih 100 orang terlibat dalam program-program pertukaran di pelbagai peringkat, termasuk pelajar dan profesional," katanya kepada Bernama pada majlis makan malam Alumni Program Pertukaran Malaysia-Amerika anjuran Kedutaan AS di Kuala Lumpur, di sini malam tadi.

Houston, yang bertugas di Washington DC, dalam rangka lawatan dua hari ke sini selepas melawat Manila, Jakarta dan Singapura. Beliau melawat Universiti Tun Abdul Razak (Unitar) untuk membincangkan peluang bagi pelajar menjalani latihan di AS dan Muzium Kesenian Islam.

Houston berkata, sejak AS dan Malaysia menjalin hubungan diplomatik pada 1957, lebih 6,000 rakyat Malaysia telah dihantar ke AS untuk mengikuti pelbagai program pertukaran termasuk program International Visitor Leadership Programme, latihan praktikal dan pertukaran pelajar.

"Program pertukaran ini menjadikan anggota alumni lebih faham mengenai AS dan akan membawa impak positif dalam hubungan dua hala apabila mereka menjadi pemimpin di masa depan. Anggota alumni merupakan asas dalam pengukuhan hubungan US-Malaysia di masa depan," katanya.

Isu kegiatan pengintipan oleh AS timbul selepas akhbar melaporkan pemberi maklumat perisikan Edward Joseph Snowden mendedahkan AS memasang 90 alat pengawasan elektronik di seluruh dunia, termasuk di Kedutaan AS di sini.

Menurut laporan sebelum ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, Malaysia pada prinsipnya menentang sebarang kegiatan pengintipan terhadap mana-mana kerajaan kerana ia melibatkan soal kedaulatan negara.

Malaysia juga telah menghantar nota bantahan kepada pejabat Kedutaan AS dan Suruhanjaya Tinggi Australia di sini berhubung dakwaan pengintipan dilakukan di negara ini. - Bernama

AS diigatkan jangan menangguk di air yang keruh....

Malaysia digadai 7 Disember ini?

PADA 7 hingga 10 Disember ini, akan ada satu mesyuarat paling penting yang bakal menentukan masa depan dan status kedaulatan ekonomi Malaysia.

Mesyuarat itu adalah antara menteri-menteri perdagangan dari negara yang sedang berunding untuk menandatangani Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) terbesar pernah disaksikan dunia, Perkongsian Trans-Pasifik (TPP).

Mesyuarat dijadualkan berlangsung di Singapura itu dianggap detik penentu sama ada Malaysia akan menyertai TPP dan jika ya, apakah yang perlu dikorbankan negara dan siapakah yang akan paling terkesan akibat TPP?

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sendiri mengakui TPP bukanlah sebuah perjanjian normal seperti yang ditandatangani Malaysia sebelum ini.

“Apabila (rundingan TPP) mula memasuki bab hak harta intelek, penyelesaian pelabur-negara (ISDS), syarikat milik kerajaan, alam sekitar dan buruh, secara asasnya ada kesan kepada hak negara berdaulat untuk membuat peraturan dan dasar.

“Inilah bahagian yang rumit dan sebab inilah kami menuntut untuk diberikan fleksibiliti,” katanya dalam satu perbincangan semasa Sidang Kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik di Bali, Indonesia pada awal Oktober lalu.


Mengapa perlu TPP di sebalik FTA sedia ada?

Penentangan terhadap TPP bukan hanya berlaku di Malaysia tetapi negara peserta lain iaitu Australia, Brunei, Kanada, Chile, Jepun, Mexico, New Zealand, Peru, Singapura, Vietnam dan Amerika Syarikat (AS) turut menerima tentangan daripada badan bukan kerajaan (NGO) dan pakar akademik masing-masing.

Apa yang paling ditakuti NGO dan pakar ekonomi adalah TPP akan memberikan terlalu banyak kuasa kepada syarikat luar negara dan membuka persaingan dalam negara tanpa mengambil kira tahap kemajuan berbeza antara negara peserta TPP.

Antara persoalan dibangkitkan NGO di negara ini adalah mengapa Malaysia begitu mahukan TPP walaupun pelbagai FTA sedia ada dan akan datang dianggap mencukupi untuk pasaran eksport negara.

Menurut Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM), Malaysia telah pun mempunyai FTA dua hala dengan semua negara peserta TPP kecuali AS, Kanada, Mexico dan Peru.

“Daripada semua negara ini, pasaran terbesar adalah AS, jadi mungkin hujah digunakan (untuk sertai TPP) adalah untuk meningkatkan eksport barangan Malaysia ke AS apabila cukai untuk menghantar barangan atau perkhidmatan ke negara itu dihapuskan,” menurut MTEM.

Namun, kajian MTEM menunjukkan 75 peratus barangan Malaysia yang dieksport ke AS pada masa ini memasuki negara itu dengan kadar cukai 0.2 peratus sahaja atau tanpa cukai sama sekali.

“Manfaat yang akan diterima daripada penghapusan cukai jika Malaysia sertai TPP mungkin dalam sektor tekstil dan seramik sahaja.

“Bagi tekstil, untuk memasuki pasaran AS tanpa cukai, pengeluar pakaian perlu membeli benang dari AS yang jauh lebih mahal jika dibandingkan dengan China,” menurut kajian itu.

Bagi sektor seramik pula, MTEM berkata jumlah cukai yang perlu dibayar pengeluar seramik di Malaysia untuk menghantarnya ke AS hanya US$1.1 juta (RM3.54 juta) daripada nilai eksport keseluruhan US$19 juta (RM61 juta) tahun lalu.

“Kalau (nilai) ini saja yang kita dapat jimatkan dengan penyertaan Malaysia dalam TPP, berbaloikah untuk sertai TPP sedangkan banyak sektor lain seperti perolehan kerajaan perlu dibuka kepada syarikat luar, harga ubat akan lebih mahal dan kawalan modal (bagi pasaran kewangan) tidak boleh dilakukan?" soal MTEM.


Negara terdesak mahu tandatangani TPP

Di sebalik tentangan tanpa henti pelbagai pihak, TPP kini tiba di peringkat akhir rundingan, dengan ramai pemerhati menjangkakan perjanjian itu akan dimuktamadkan di Singapura, Sabtu ini.

Profesor undang-undang Universiti Auckland di New Zealand, Jane Kelsey berkata, TPP akan hanya boleh dicapai jika negara peserta berkompromi secara berbahaya pada perjumpaan di Singapura nanti.

“Perjumpaan ini juga akan melihat menteri-menteri perdagangan (negara TPP) membuat keputusan yang sepatutnya dibuat antaranya oleh menteri kesihatan, kerajaan tempatan dan menteri alam sekitar.

“Dan tentu sekali, mereka akan membuat keputusan ini secara rahsia,” katanya melalui tulisan beliau dalam akhbar The New Zealand Herald bertarikh 29 November lalu.

Beliau turut mempersoal bagaimana rundingan TPP yang pada Oktober lalu seolah hampir mustahil untuk mencapai persetujuan, kini dilihat akan tetap ditandatangani negara peserta.

“Bulan lalu (Oktober), lebih separuh daripada 29 bab dalam TPP mempunyai banyak isu serius yang belum diselesaikan. Apa yang membuatkan rundingan ini hampir pasti ditandatangani sekarang?

“Ini kerana perunding bekerja mengikut mandat diberikan menteri. Mereka perlu mengikut arahan yang diberikan menteri.

“Tetapi (untuk mencapai tahap akhir rundingan ini) banyak benda perlu dikorbankan dan perunding akan memberi senarai ini kepada menteri untuk membuat keputusan pada mesyuarat di Singapura nanti,” katanya.

Rakyat Malaysia setakat ini boleh menarik nafas lega kerana teks rundingan TPP yang didedahkan laman web pembocor rahsia Wikileaks baru-baru ini menunjukkan kerajaan Malaysia menentang keras beberapa permintaan utama AS dan negara lain termasuk untuk memanjangkan tempoh hak cipta ubat-ubatan yang boleh menyebabkan harga ubat baru kekal mahal bagi tempoh lebih lama.

Masa depan kita kini berada dalam tangan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed, atau lebih dikenali sebagai Tok Pa, yang akan membawa bersama harapan dan kebimbangan Malaysia dalam mesyuarat di Singapura nanti.

Adakah Tok Pa akan terus mempertahankan hak Malaysia dalam rundingan TPP seperti yang telah dilakukannya sehingga kini atau adakah kerajaan akhirnya akan tunduk kepada permintaan negara TPP lain pada 7 Disember ini?

Jangan kerana membuat keputusan yang BODOH,rakyat yang menerima azabnya.

Tabung Haji perlu tingkat kawalan sistem komputer

Tabung Haji

Prestasi Tabung Haji dalam mengurus operasi haji tahun lepas secara keseluruhannya adalah baik, namun perlu penambahbaikan bagi kawalan dalaman Sistem Haji.

Laporan Ketua Audit Negara 2012 Siri 3 yang dibentangkan di Dewan Rakyat Hari ini menyatakan Tabung Haji perlu menambah baik sistem itu terutamanya dalam modul rayuan bagi memastikan pembekal tiada akses untuk menjana laporan dalam sistem.

“Semakan mendapati (perlu) penambahbaikan dalam kawalan input bagi memastikan hanya transaksi sah diproses oleh komputer supaya ia tidak hilang, ditokok tambah dan berlaku duplikasi.

“Hasil pengauditan ‘walkthrough’ (turut) mendapati sistem membenarkan pencetakan surat tanpa pengesahan yang berpunca daripada ‘pop up window’ yang tidak diwujudkan bagi mengingatkan pengguna untuk membuat pengesahan tersebut,” demikian menurut laporan itu.

Sistem Haji perlu mempunyai ciri ‘prompt notification’ sebelum menyimpan maklumat dan ia sepatutnya dikemas kini dalam sistem.

Selain itu, Ketua Audit Negara turut mengesyorkan Tabung Haji supaya membaharui Perjanjian Penyenggaraan Sistem bagi memastikan integriti data dijamin demi melindungi kepentingan badan itu.

Tabung Haji, dalam kenyataan maklum balasnya pada 15 Mei lepas, menyatakan penambahbaikan akan dijalankan dengan cetakan hanya dibenarkan setelah status rayuan berjaya dikemas kini, dan ia dijangka siap pada suku ketiga tahun ini.

Dalam laporan sama, Ketua Audit Negara turut memuji langkah Tabung Haji memperkenal Indeks Prestasi Perkhidmatan Haji atau Indeks Kepuasan Pelanggan bagi membantu menilai pencapaian sebenar terhadap sasaran yang ditetapkan setiap tahun.

Statistik Analisis Kepuasan Pelanggan, yang disertakan dalam laporan audit itu, menunjukkan Tabung Haji berjaya mencapai tahap 85 peratus berbanding sasaran 83 peratus yang ditetapkan sebelum ini.

“Ini menunjukkan komitmen Tabung Haji untuk terus beri perkhidmatan muassasah terbaik bagi jemaah haji Malaysia,” katanya. -Bernama

Banjir di Pahang makin buruk, lebih 5,000 dipindah

Banjir

Banjir di Pahang semakin buruk apabila lebih 5,000 mangsa dipindahkan di pusat pemindahan banjir di empat daerah, hari ini.
   
Menurut Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang, daerah terlibat ialah Rompin, Kuantan, Pekan dan Maran.
   
"Di Rompin seramai 2,595 mangsa dari 23 kampung terlibat ditempatkan di enam pusat pemindahan," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.
   
Katanya, di Pekan sebanyak enam kampung terlibat dengan 341 mangsa dipindahkan ke enam pusat pemindahan.
   
Di Kuantan seramai 1,824 mangsa dari 23 kampung dipindahkan ke 23 pusat pemindahan.

Di Maran, 633 mangsa banjir dari sembilan buah kampung ditempatkan di tujuh pusat pemindahan.
   
Keadaan banjir dijangka bertambah buruk berikutan hujan lebat berterusan sejak dua hari lepas.
   
Menurut jurucakap itu, Jambatan Sungai Charu di Kilometer 28 Jalan Sungai Lembing-Kuantan ditutup kepada semua kenderaan berikutan air naik setinggi satu meter. - Bernama

Khalid minta PM naikkan gaji Ahli Parlimen

Selepas dikritik pelbagai pihak berikutan keputusan menaikkan gaji anggota pentadbiran Selangor sehingga 373 peratus, Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim meminta Kerajaan Pusat juga mengambil langkah sama. 

Abdul Khalid berkata, Datuk Seri Najib Razak perlu menaikkan gaji Ahli Parlimen dan beliau akan menjadi orang pertama memberikan sokongan jika Perdana Menteri mengemukakan cadangan itu. 


“Saya sebagai Ahli Parlimen Bandar Tun Razak akan memberikan sokongan sekiranya Perdana Menteri mengemukakan cadangan kenaikan itu. 


“Saya rasa Kerajaan Pusat juga perlu naikkan gaji dan elaun Ahli Parlimen. Mungkin sebelum ini Ahli Parlimen pakatan pembangkang membantah, tetapi saya berpendapat Perdana Menteri kena buat usul sekali lagi, selepas itu saya akan sokong,” katanya. 

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor di sini, semalam. 

Kelmarin, Perdana Menteri menyifatkan kerajaan PKR Selangor sebagai hipokrit kerana menaikkan gaji dan elaun Menteri Besar, EXCO dan ADUN, tetapi membantah apabila beliau mencadangkan kenaikan elaun Ahli Parlimen.



Khalid cuba nak "cover line" pulak.Biasalah dah buat salah siap yang nak mengakukan.!!

Larangan pulau saudara seagama lebih daripada tiga hari

Anas berkata, Nabi Muhammad SAW bersabda: “Saudara sekalian jangan saling membenci, jangan dengki mendengki, saling tidak menghiraukan dan memutuskan hubungan. Saudara sekalian jadilah hamba Allah yang bersaudara antara satu sama lain. Orang Islam tidak dibenarkan memulaukan saudaranya lebih daripada tiga hari.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Kebebasan hak asasi manusia yang kini terus diperjuangkan pihak tertentu sewajarnya menjentik pemikiran kita terhadap kewajipan menjaga hubungan serta silaturahim sesama manusia tidak kira latar belakangnya.


Kita perlu beringat bahawa orang lain juga mempunyai hak mereka dan ada antaranya perlu diberi oleh kita. Oleh itu, hakikat sebenarnya ialah tiada siapa memiliki hak kebebasan yang mutlak."

Kebebasan yang dilaungkan menyebabkan manusia semakin mementingkan diri dengan menganggap mereka bebas melakukan apa saja, malah ada yang merasakan diri mereka kebal hingga tergamak melukakan pihak lain.

Justeru, dalam memenuhi kehendak diri, kita perlu beringat bahawa orang lain juga mempunyai hak mereka dan ada antaranya perlu diberi oleh kita. Oleh itu, hakikat sebenarnya ialah tiada siapa memiliki hak kebebasan yang mutlak.

Abu Hurairah berkata, Rasulullah SAW bersabda: “Pintu syurga dibuka pada hari Isnin dan Khamis lalu diampunkan dosa setiap hamba Allah yang tidak menyekutukan Allah dengan apa sekali pun. Kecuali orang yang ada konflik dengan saudaranya, dikatakan: Tunggu sehingga mereka berdua berdamai. Tunggu sehingga mereka berdua berdamai.” (Riwayat Muslim)

DR M Undur Diri

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sudah sah mengundurkan diri sebagai Penasihat Petronas. Namun tindakannya berbuat demikian dengan menulis surat kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hanya beberapa hari menjelang Perhimpunan Agung Umno, menimbulkan sedikit tanda tanya walaupun diketahui umum beliau kini sudah berusia 88 tahun dan baru saja menerima rawatan di Institut Jantung Negara.
Ramai yang bimbang jika tindakannya mahu meletakkan jawatan secara tiba-tiba kerana ada tujuan lain atau sebagai luahan rasa tidak puas hatinya yang semakin membesar terhadap kepimpinan Najib. Takkan tiba-tiba "burung tempua bersarang rendah", begitu reaksi banyak pihak mengenainya.
Dalam masa yang sama pengunduran Dr Mahathir ini juga menimbulkan persoalan tentang siapakah pengganti yang akan mengambil alih tempatnya. Jawatan sebagai Penasihat Petronas biasanya diberikan kepada bekas Perdana Menteri sebagai mengenang jasa dan sumbangannya kepada negara.
Sebelum Dr Mahathir, jawatan itu pernah disandang oleh Tun Hussein Onn. Apakah dengan pengunduran Dr Mahathir ini, Najib akan melantik Pak Lah pula ke jawatan itu? Atau tokoh-tokoh lain seperti Tengku Razaleigh dan Datuk Seri Daim Zainuddin turut dalam pertimbangan Perdana Menteri untuk diberikan jawatan tersebut?
Dr Mahathir sendiri ketika bercakap kepada pemberita semalam berkata, pengundurannya adalah kerana beliau sudah tua dan perlu banyak berehat.
Beliau juga dinasihatkan oleh doktor yang merawatnya agar mengurangkan aktiviti dan tidak terlalu aktif, sementara perjalanan ke luar negara pula hanya boleh dilakukan sekali saja dalam sebulan.
"Saya perlu lebih rehat dan banyak tidur," kata Dr Mahathir lagi.
Walaupun faktor kesihatan dan perlu banyak berehat ini dapat diterima sebagai alasan pengundurannya, tetapi kesangsian tetap ada kerana jawatan sebagai penasihat itu bukanlah tugas sepenuh masa yang memerlukannya menguruskan perjalanan Petronas, pergi ke pejabat setiap hari atau menghadiri mesyuarat penting.
Kedudukannya sebagai Penasihat Petronas hanyalah kerana jasa dan kedudukannya ssbagai bekas Perdana Menteri. Beliau tidak perlu ke pejabat setiap hari dan jika hanya tidur di rumah saja pun, tiada siapa yang akan marah atau menegurnya.
Jadi, kenapa perlu meletakkan jawatan?
Pada masa yang sama juga, sebagaimana yang dipetik daripada laporan Berita Harian, Dr Mahathir memberitahu, beliau hanya meletakkan jawatan sebagai Penasihat Petronas saja tetapi akan kekal sebagai Penasihat Proton.
Ramai juga bingung, boleh pula beliau kekal sebagai Penasihat Proton. Apakah bezanya Petronas dengan Proton?
"Saya hanya letak jawatan dalam Petronas. Proton bukan milik kerajaan, ia milik DRB-Hicom Berhad. Saya akan teruskan perjuangan saya bersama Proton," katanya.
Keadaan ini menampakkan seolah-olah beliau tidak mahu dikaitkan dengan sebarang jawatan dalam kerajaan tetapi akan terus berjuang bersama Proton.
Maknanya, tidaklah beliau hanya akan berehat dan lebih banyak tidur saja selepas ini.
Malah, semalam juga, ketika bercakap mengenai rasuah yang didakwanya masih berkembang dalam Umno dan kerajaan, Dr Mahathir berkata, beliau ada idea untuk membendung rasuah dalam Umno dan juga kerajaan dan akan mencari platform untuk menjelaskan idea tersebut.
Maknanya juga, beliau akan lebih sibuk bercakap mengenai rasuah selepas mengundurkan diri sebagai Penasihat Petronas ini. Bahkan mungkin juga lebih aktif, lebih aktiviti dan lebih banyak bergerak berbanding sebelum ini.
Namun, apa pun alasan mengenai pengunduran Dr Mahathir ini, persepsi orang ramai, terutama ahli Umno terhadapnya serta kemungkinan yang bakal berlaku selepas ini, rata-rata mengharapkan beliau terus sihat, cergas dan panjang umurnya. – shahbudindotcom.blogspot.com, 3 Disember, 2013.

Terima Kasih TNB!!! Good Job!!!




Rakyat terus-menerus merasakan penderitaan,sebelum ini kenaikan RON95, selepas itu subsidi gula dinaikkan, dan diikuti dengan kenaikan harga barang-barang makanan.Dan yang terbaru kenaikan tarif elektrik berkuatkuasa 1 Januari2014.Bagi rakyat di Kuala Lumpur mereka akan merasakan kenaikan cukai pintu yang telah dipersetujui DBKL dan berkuat kuasa 1 Januari 2014 jugak,
Syabas kerana berjaya membuatkan rakyat terus menderita..Makin ramai rakyat Malaysia yang kena "heart attack".Merenung masa hadapan yang makin kelam.Kenaikan tak berpadanan dengan gaji yang diterima.lama-lama nanti kita akan jadi seperti India dan Indonesia.makin banyaklah yang behutang dan mungkin akan di isytiharkan "MUFLIS"  kerana melakukan "loan" yang banyak semata-mata untuk menampung kelangsungan untuk terus hidup..
Semakin menderita di negara sendiri..Yang di atas cuba la sekali sekala jenguk ke bawah,rasakan apa yang rakyat rasakan selama ini...!!!










Dr M sah letak jawatan penasihat PETRONAS


Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, mengesahkan peletakan jawatannya sebagai penasihat PETRONAS, berkuat kuasa kelmarin. 

Beliau berkata, surat rasmi berhubung keputusan itu sudah dihantar kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, baru-baru ini. 

Katanya, beliau membuat keputusan itu berikutan faktor usia dan kesihatan supaya boleh menumpukan sepenuh perhatian pada rawatan susulan. 



“Saya sudah 10 tahun menjadi penasihat PETRONAS. Sepanjang pembabitan saya, ramai usahawan Bumiputera dilahirkan dan pencapaian PETRONAS pun sudah menepati sasaran,” katanya pada sidang media selepas jamuan tengah hari Persidangan Antarabangsa UMNO 2013 bertajuk ‘Kesederhanaan Politik Ke Arah Keamanan dan Kestabilan’, di sini, semalam.

Terus perjuangan dalam Proton 

Sebelum ini, Dr Mahathir menerima rawatan di wad Institut Jantung Negara (IJN) selama 10 hari kerana jangkitan dada pada 16 November lalu. 

Bagaimanapun, laporan doktor mengesahkan beliau perlu menjalani fisioterapi dan meneruskan program senamannya. 
Ditanya sama ada beliau akan meletakkan jawatannya dalam Proton Berhad kerana faktor sama, Dr Mahathir menafikan spekulasi itu. 

“Proton bukan milik kerajaan. Ia milik DRB-Hicom Bhd. Saya masih akan meneruskan perjuangan saya dalam Proton,” katanya. 

Mengulas pelantikan sembilan ahli Majlis Tertinggi yang diumum Najib, Jumaat lalu, Dr Mahathir menyifatkannya keputusan tepat dan seiring dengan perkembangan politik semasa.

Bahang Kenaikan Tarif Elektrik



Semakin hampir 1 Januari 2014, maka semakin terasa bahang kenaikan tarif elektrik  yang merupakan isu panas di dada-da akhbar dan bualan hangat di kalangan rakyat..
Kenaikan ini akan membebankan rakyat.Patutkah kenaikan ini dilakukan sekarang??

TNB Untung Tapi MAsih Nak Naikkan Tarif Elektrik



Mengapa perlu bebankan rakyat kalau dah catat keuntungan bersih seperti ini.Jangan buat sehingga rakyat menyampah dengan KERAJAAN.Buruk padahnya.

Rakyat Terkejut Gaji Naik 373 Peratus

Kerajaan PKR Selangor terus didesak supaya mengkaji semula kenaikan gaji gaji dan elaun  Menteri Besar,Exco,speaker dan Timbalan Speaker.

Kebanyakan terkejut dengan dengan kenaikan gaji sehingga 373 peratus itu yang dianggap tidak setimpal dengan bebanan kerja yang di lakukan.

Kata tak ada duit,tapi mengapa boleh naikkan gaji mereka sesuka hati.Apalah nak jadi dengan Selangor.
Rakyat dibiarkan menderita, tapi mereka di atas sana hidup senang lenang..Patutkah macam tue????

Tarif Elektrik Tidak Bebankan Pelanggan Domestik

Kenaikan tarif elektrik tidak akan bebankan majoriti pelanggan domestik .Ini bermakna RM4.8  juta pengguna tak terjejas.
Menurut, Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Maximus Ongkili, kerajaan akan terus membantu memberikan rebat kepada pengguna yang bil elektrik berjumlah RM20 kebawah sehingga 31 Disember 2014.
Pelarasan tarif elektrik yang berkuat kuasa 1 Januari tahun depan masih melindungi kebajikan pengguna, terutama golongan berpendapatan rendah yang menggunakan 300 kilowat sejam ke bawah.,

Kerajaan mengurangkan subsidi sebanyak RM4 billion setahun mulai tahun depan berbanding Rm14 billion setahun bagi pengguna domestik di Semenanjung dan RM570 juta di Sabah dan Labuan.

Walau apa pun yang kerajaan nak buat,pastikan kepentingan rakyat didahulukan, dan tidak membebankan rakyat.Sekali rakyat rasa terbeban mungkin kepercayaan rakyat pada kerajaan sekarang boleh hilang atau lenyap terus.

Pastikan rakyat tidak menderita dan rasa teraniaya dengan setiap tindakan kerajaan.


Pas Benggang Dengan Ustaz Kazim

'Sedih digelar macai UMNO'

Pas sanggup menggelarkan seorang ustaz dengan panggilan "macai Umno" hanya kerana Ustaz Kazim dah tak sehaluan dengan Pas lagi.
Berkuatkuasa semalam.,Ustaz kazim mengumumkan keluar Pas berkuatkuasa serta merta.

Keputusan drastik dibuat selepas terlalu banyak panggilan kurang enak dilemparkan sesetengah pihak terutama selepas beliau ditawarkan sebagai Ahli Majlis Tertinggi (MT) minggu lalu.

Kerana terlalu sedih dan kecewa dengan Pas, selama 10 tahun dilemparkan dengan pelbagai hinaan ,digelarnya anjing dan macai Umno oleh mereka,ini satu panggilan yang keterlaluan dan amat tidak berpatutan.

Inilah sikap Pas yang sebenar.Menggunakan agama untuk menghalalkan cara dan matlamat mereka.