Halaman

Selasa, 12 Mac 2013

Lagi kenyataan Tian Chua direkodkan

Polis semalam merekod keterangan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Tian Chua berhubung kenyataannya yang mendakwa insiden pencerobohan pengganas di Lahad Datu, Sabah, sebagai sandiwara Umno.

Ketua Polis Johor Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff berkata keterangan Tian Chua itu direkodkan petang ini di ibu negara oleh sepasukan polis kontinjen Johor bagi membantu siasatan mengenainya.

"Selain Tian Chua, polis pada Isnin juga merakamkan keterangan dua editor Keadilan Daily dan wartawan dari the New Straits Times Press di ibu negara," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor, di Johor Bahru.

Mohd Mokhtar berkata polis sehingga Ahad menerima 230 laporan dari seluruh negara oleh orang ramai dan badan bukan kerajaan berikutan rasa tidak puas hati mengenai kenyataan Tian Chua.

Beliau berkata laporan pertama diterima polis adalah pada 2 Mac lepas di Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Baharu Selatan.

Katanya, siasatan mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan kerana memfitnah itu sudah merekodkan 153 percakapan sehingga kini dan dijangka diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya dalam masa terdekat.

Pada 1 Mac lepas, Portal Keadilan Daily, antara lain, memetik Tian Chua sebagai berkata pencerobohan di Lahad Datu hanya sandiwara kerajaan untuk menakut-nakutkan rakyat, seolah-olah wujud suasana tidak aman di Sabah.

"Ada konspirasi oleh kerajaan Umno untuk mengalih pandangan rakyat Sabah, terutama dalam isu pemberian kad pengenalan kepada warga asing," anggota Parlimen Batu itu dilaporkan berkata.

Penang councillor: Stop ‘over-building’ in congested areas


GEORGE TOWN: High-density pro-jects should generally not be allowed in crowded housing areas, Penang municipal councillor Dr Lim Mah Huisaid.
He said “over-building” should not be permitted in congested areas.
“Proper planning is needed,” he said in reference to a protest led by Penang Citizens Awareness (Chant Group) member Yan Lee on Saturday against the “Moulmein Rise” project comprising a 27-storey commercial project in Lengkok Moulmein.
The site is before the Pulau Tikus main market here, one of the oldest facilities in the state.
Traders and residents are also against the closure of a car park there.
Dr Lim stressed that he was not part of the council committee that approved the controversial project.
“Too much high-rise development in any area without proper planning will only cause more problems for residents and those who patronise the areas,” he added.

Demi wang Azlan sanggup biat apa sahaja!!!

Azlan: Saya tiada niat khianati Saiful

 Nampaknya Krisis Lahad Datu yang berpunca dari DS Anwar Ibrahim ingin disenyapkan dengan kononnya mengeluarkan berita sensasi sebegini.Perkiraan waktu untuk bapa kepada Saiful ini keluar memberikan kenyataan sebegini amat dicurigai. Apanya tidak kerana baru sekarang inilah hendak membuka mulut kononnya.

Sewaktu Saiful bersumpah laknat tempoh hari, tidakpun beliau selaku bapa kepada Saiful melarang atau memberhentikan sumpah tersebut .Mestilah sebagai seorang bapa yang sayang kepada anaknya perlu melarang anaknya untuk bersumpah laknat; sekiranya ia benar konspirasi politik seperti yang beliau kata pada hari ini.

Ada sumber yang mengatkan bahawa bapa Saiful ini, Azlan Mohd Lazim merupakan seorang penyokong kuat PKR dan DS Anwar Ibrahim. Tambahan pula, beliau dan Saiful sebelum inipun mengalami krisis kekeluargaan menyebabkan mereka sudah lama tidak berhubung.

 Dan diketahui lagi bahawa sememangnya Azlan Mohd Lazim ini mempunyai masalah kewangan.

Dengan masalah-masalah yang melanda bapa Saiful ini menyebabkan beliau cenderung dan terdedah untuk dipergunakan oleh pihak ketiga.

Tengok siapa sebenarnya yang diperkudakan.Azlan ataupun Saiful???

Hentikan Wang kepada "Sulu"


Peguam Karpal Singh berkata kerajaan harus segera menghentikan bayaran penyerahan wilayah tahunan sebanyak RM5,300 kepada individu yang mendakwa diri keturunan Kesultanan Sulu.
   
Karpal berpendapat bayaran itu adalah suatu kesilapan terutama selepas Sabah mencapai kemerdekaan dan berkata keturunan Kesultanan itu tidak mempunyai locus standi bagi menerima bayaran berkenaan.



Karpal juga berkata beliau bersetuju dengan pendirian tegas kerajaan yang tidak mahu berunding dengan penceroboh dan penggunaan kekerasan bagi mengusir mereka dari Sabah.
   
"Pasukan keselamatan tidak seharusnya membenarkan sebarang kesilapan keselamatan selanjutnya dengan bertindak segera menghapus segala unsur ekstremis yang mungkin masih wujud di Sabah," katanya. - Bernama


Harap selepas ni,kerajaan tak perlu lah nak membazir wang beri kepada "Kesultanan Sulu".Sebab mereka ni,jenis orang yang tidak mengenang budi.Dah diberi betis nak peha pula.

Lahad Datu: Polis rekod keterangan Tian Chua

Tian Chua

 Polis hari ini merekod keterangan Naib Presiden PKR, Tian Chua berhubung kenyataannya yang mendakwa insiden pencerobohan pengganas di Lahad Datu, Sabah, sebagai sandiwara Umno.

Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff berkata, keterangan Tian Chua itu direkodkan petang ini di ibu negara oleh sepasukan polis kontinjen Johor bagi membantu siasatan mengenainya.


Mohd Mokhtar berkata polis sehingga semalam menerima 230 laporan dari seluruh negara oleh orang ramai dan badan bukan kerajaan berikutan rasa tidak puas hati mengenai kenyataan Tian Chua.

Beliau berkata laporan pertama diterima polis adalah pada 2 Mac lepas di Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Bahru Selatan.     

Katanya, siasatan mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan kerana memfitnah itu sudah merekodkan 153 percakapan sehingga kini dan dijangka diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya dalam masa terdekat.  

Pada 1 Mac lepas, Portal Keadilan Daily, antara lain, memetik Tian Chua sebagai berkata pencerobohan di Lahad Datu hanya sandiwara kerajaan untuk menakut-nakutkan rakyat, seolah-olah wujud suasana tidak aman di Sabah.



Tian Chua hanya pandai bercakap sahaja seperti ketuanya juga.Tapi tidak penah nak bagi sumbangan pada mangsa-mangsa di Sabah.Kerajaan juga yang menghulurkan bantuan kepada mereka.PKR dan kunco-kunconya hanya tahu mengata sahaja.Tapi nak datang menolong memang jauh sekali.

PKR pun nak buat tawaran untuk penjawat awam.

Susulan pengumuman sembilan perkara 'berita baik' sektor awam yang diumumkan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak semalam, Pakatan Rakyat (PR) menegaskan ,pihaknya ada "tawaran lebih baik" untuk 1.4 juta anggota perkhidmatan awam.

Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli, pihaknya tidak bimbang dengan pengumuman 'lumayan' diumumkan oleh perdana menteri semalam.

Malah katanya, kakitangan awam boleh membezakan antara tawaran PR dan Barisan Nasional, yang diketuai oleh Najib.


Rafizi berkata demikian menerusi Twitter semalam mengulas pengumuman senarai sembilan perkara yang berkaitan skim saraan kakitangan awam termasuk anggota Angkatan Tentera Malaysia dan Polis Diraja Malaysia.

Bagaimanapun beliau tidak memperincikkan butiran itu. PR melancarkan manifesto Pilihan Raya Umum ke-13 mereka akhir bulan lalu.


Kalau ada yang lebih baik mengapa tidak senaraikan seperti kerajaan buat??mengapa hanya kata ada yang lagi baik.Nampak sangat  PKR ni hanya omong kosong sahaja.Fikir lah sendiri,kalau setakat cakap ada yang lagi baik,semua orang boleh cakap.Ya lah, cakap sahaja bukan susahpun.

Harap jangan ada penjawat awam yang termakan dengan pembohongan PKR ini.