Halaman

Khamis, 26 Julai 2012

Pengundi Cina Masih memihak pembangkang

Sokongan pengundi Cina masih memihak pada pembangkang kecuali BN menunaikan segera tiga tuntutan utama mereka. Tiga isu utama, ialah pendidikan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SRKC),ekonomi dan kesamarataan hak dengan semua kaum.Masyarakat Cina juga mempertikaikan ketiadaan orang Cina dipilih menduduki jawatan penting dalam syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan sebagainya.Pendidikan adalah agenda utama masyarakat cina,mereka menitikberatkan aspek pendidikan,terutama bahasa ubunda mereka. Mereka juga melihat sistem pembahagian kuasa dalam BN berat sebelah dan dikuasai UMNO.

Sumber:BH 26 Julai 2012

Abdul Malik lepas jawatan YDP MAIPP

Exco Agama Kerajaan DAP Pulau Pinang, Datuk Abdul  Malik Abul Kassim, bersetuju melepaskan jawatannya sebagai Yang Dipertua (YDP) Majlis Agama Islam Pulau Piang (MAIPP) Peletakan jawatan itu memberi laluan kepada Pesuruhjaya PAS negeri, Datuk Mohd Salleh Man yang kini Timbalan YDP MAIPP.Keputusan ini dibuat kerajaan negeri pimpinan Ketua Menteri, Lim Guan Eng, berikutan desakan terutama Dewan Pemuda PAS negeri.
mohon letak jawatan
Abdul Malik yang juga Naib Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) negeri dikatakan menghantar surat memohon perkenan meletakkan jawatan kepada Yang di- Pertuan Agong,Tuanku Abdul Halim Mua'adzam Shah, Isnin lalu.Sumber  berkata, Abdul Malik terpaksa mengalah dengan desakan PAS pada peringkat pusat dan negeri yang mahu PKR segera menunaikan janji Penasihat Umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Permatang Pasir 2009.
Tak berkemampuan
"selain tuntutan  janji itu, PAS juga melihat Abdul Malik kurang berkemampuan mengendalikan pentadbiran MAIPP berbanding Mohd Salleh. "tambahan pula, isu berkaitan penyerahan sijil tauliah peguam syarie Pulau Piang baru- baru ini mempercepatkan lagi proses perletakan jawatan Abdul Malik SelakuYDP MAIPP,"katanya.
April lalu, akhbar ini melaporkan PAS mahu Abdul Malik melepaskan jawatan YDP MAIPP walaupun sudah menerima watikah pelantikan daripada Yang di-pertuan Agong. Desakan itu dibuat berikutan pengakuan Timbalan Ketua Menteri I, Datuk Mansor  Othman, kerajaan negeri silap apabila memperakukan nama Abdul Malik sebagai YDP MAIPP kepada Yang di PErtuan Agong bagi menggantikan Ellias Zakaria, pada 22 Disember tahun lalu.

Sumber:BH 26 Julai 2012

LA: macam-macam hal.

PAS tetap perjuang hukum hudud



NIk Aziz sahut cabaran Karpal

Datuk Nik Aziz Nik Mat menyahut cabaran Karpal Singh dengan mengulangi pendirian parti itu yang tetap akan memperjuangkan hukum hudud,walaupon tidak dipersetujui sekutunya,DAP.
Menurut Musyidul Am PAS itu, sebagai parti yang memperjuangkan Islam, PAS tetap akan melaksanakan hukum Islam,baik dalam segi ekonomi,sosial atau perundangan seperti hudud.
Hudud untuk orang Islam
Hukum hudud untuk orang Islam dan sekiranya orang bukan Islam hendak guna hudud, boleh dan tidak perlu melalui perbincangan ,menurut menteri besar tersebut.Ini adalah reaksi beliau daripada kenyataan, Pengerusi DAP, Karpal Singh yang mencabar dua pemimpin tertinggi PAS iaitu Nik Aziz, dan Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam menyatakan pendirian mengenai hukum hudud dan negara Islam.
Menurut perjanjian dalam pakatan pembangkang yang dibuat tahun lalu, yang mengatakan bahawa hudud bukan sebahagian dari dasar bersama pakatan sehingga semua parti bersetuju.
DAP parti anti -Islam
Tindakan Pengerusi  DAP, Karpal Singh yang secara konsisten menetang pelaksanaan negara Islam dan hukum hudud membuktikan parti itu anti- Islam dan Melayu.Lebih menyedihkan pemimpin Islam dalam pakatan pembangkang akur dan tunduk kepada DAP sehinga sanggup mengenepikan Islam yang diperjuangkan mereka selama ini.

Sumber :BH 26 Julai 2012

LA: cakap tak  serupa bikin.