Halaman

Isnin, 21 Januari 2013

PAS tak ikhlas terhadap PKR


Apakah PKR akan menyokong Pas? Rasanya dari gerak-geri PKR sekarang, jelas menunjukkan bahawa “telur” Anwar sedang digenggam kemas oleh para pemimpin DAP, termasuk Karpal yang banyak menyimpan rahsia “gelap” Ketua Umum PKR itu.
Nampaknya “pi mai pi mai tang tu” juga. Pas takkan dapat merealisasikan perlaksanaan hukum hudud itu walau apa jua cara pun.
DAP takkan rela melaksanakan hudud sampai kiamat. PKR pula akan terus “digenggam telurnya” oleh DAP dan Pas pula akan terus “dikeldaikan” sehina-hinanya. Agak memalukan bagi Pas, namun tulah hakikat yang terpaksa ditelan oleh pak-pak lebai Pas itu…

Sikap sebenar DAP terdedah!

Wayang politik ini tidak menjadi. Tunku Aziz menyertai DAP kerana beliau percaya pada konsep ketelusan, keadilan dan kerukunan. Apabila beliau dapati DAP lebih cenderung menggunakan pendekatan pilihanraya jalanan atau tunjuk perasaan seperti Bersih 3.0, beliau meninggalkan DAP.

Sejak itu, banyak sisi watak sebenar parti itu dihamburkannya kepada umum. Kisah betapa ada pemimpin DAP yang cuba menyogoknya supaya jangan meninggalkan parti itu, kecenderungan DAP memperjuangkan masalah dan isu kepentingan orang Cina sahaja didedahkannya.

DAP marah dan kecewa

DAP marah dan kecewa. Strategi menggambarkan DAP sebagai parti berbilang kaum gagal. Jari dituding kepada Tunku Aziz. Perwakilan DAP dapat membaca mesej ini dan pada 15 Disember semalam dengan bertindak memastikan tiada calon Melayu menang dalam pemilihan Pusat DAP.
 
Mesej Kongres DAP kali ini bukan dialamatkan kepada ahli DAP sahaja. Ia meliputi sesiapa sahaja yang mahu berbaik dengannya, termasuk PAS dan PKR. Dalam hal ini PAS lebih dahulu mengalami betapa besarnya ego parti dominasi Cina ini.

DAP kerap menegur teras perjuangan PAS yang mengaku memperjuangkan Islam. Setiap kali ditegur, PAS kelihatan seolah mengalah. Isu hudud dan soal pelaksanaan kawalan akhlak rakyat memperlihatkan sikap lembut PAS yang menggunakan alasan ia ada strategi dan keperluan lebih besar berkawan dengan DAP.

Anwar amat memerlukan penegasan DAP dalam isu perdana menteri. Beliau mahu “menekan” PAS supaya mengubah pendiriannya mahu meletakkan presiden mereka Datuk Seri Haji Hadi Awang menjadi perdana menteri jika Pakatan menang.

Anwar khuatir jika PAS berterusan mengimpikan Hadi menjadi perdana menteri, pengundi Cina akan tidak mahu menyokong Pakatan Rakyat. Buat apa mereka menyokong calon PAS jika itu akan memperbesar peluang kemenangan PAS dan menipiskan peluang Anwar menjadi perdana menteri.

Jika Anwar jadi perdana menteri, sudah tentu lebih mudah DAP mencapai matlamat politiknya – menguasai Malaysia.

Kongres DAP kali ini banyak mencerahkan suluhan politik di Malaysia hari ini. Misalnya, isu mengapa PAS tiba-tiba bertukar arah dan tidak mahu Anwar menjadi perdana menteri?

Mungkin ada pemimpin PAS menganggap Anwar terlalu liberal. Anwar mungkin dilihat tidak ikhlas menyokong perjuangan Islam PAS. Sikap Anwar dalam isu hudud merisaukan PAS.

Meskipun pada satu ketika PAS “naik berang” dan berani mengucapkan ia bersedia melaksanakan tuntutan Islam sama ada DAP bersetuju atau tidak, Anwar memilih untuk terus mengampu DAP.

Maka PAS pun mengumpul kekuatan dan mengerah semangat untuk menyatakan sikap sebenar mereka dalam Muktamar mereka bulan lalu. Mereka mahu Hadi jadi perdana bukan Anwar.

Kini ternyata ahli akar umbi DAP bersifat pendendam. Marahkan Tunku Aziz, semua Melayu diketepikan daripada barisan pimpinannya. Amaran DAP ini jelas berlegar di minda politik Anwar.

Pas bidas Karpal Singh isu hudud


Dewan Pemuda Pas Malaysia hari ini membidas tindakan Pengerusi DAP, Karpal Singh yang mengkritik Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berhubung isu pelaksanaan hudud jika pakatan pembangkang memerintah negara.
Naib Ketuanya, Dr. Raja Ahmad Al Hiss mendakwa tindakan Karpal Singh amat tidak wajar sekali dalam menyatakan pandangan secara terbuka terhadap Abdul Hadi yang merupakan pemimpin sebuah parti politik Islam di negara ini.
Dalam satu kenyataan, beliau berkata sebagai Presiden Pas dan pemimpin tertinggi pakatan pembangkang, Abdul Hadi berhak dan wajar mengeluarkan kenyataan berhubung apa jua dasar perjuangan Pas.
Raja Ahmad berkata Pas sentiasa menghormati pandangan dan kenyataan pemimpin DAP serta prinsip perjuangan parti itu, dan berharap perkara yang sama turut dilakukan oleh Karpal Singh terhadap prinsip Pas. - BERNAMA


 Bila "kawan baik" sendiri tikam kawan baik.Apalah nak jadi dengan PAS-DAP ..Jom gelak ramai-ramai.hehe

'Usah bersikap provokasi'

Rakyat diingatkan supaya tidak bertindak secara provokasi yang boleh menimbulkan perbezaan pendapat hingga menggugat keamanan yang dikecapi negara pada masa ini. 

Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah, Tan Sri Tunku Annuar Sultan Badlishah, berkata sebarang kekeliruan yang timbul perlu diselesaikan secara muafakat bagi menjamin keamanan dengan menjadikan peristiwa yang berlaku di negara lain sebagai teladan. 

Seluruh rakyat perlu berusaha memelihara keamanan yang kita nikmati supaya ia terus berkekalan. Saya harap tidak ada pihak mengambil tindakan provokasi yang boleh menimbulkan perbezaan pendapat dan sentimen perkauman. 

Bersyukurlah kita hi dup dalam negara yang aman damai.Jangan pula kerana ada untuk kepentingan diri sendiri ada yang sanggup menghancurkan negara yang aman damai ini.