Halaman

Memaparkan catatan dengan label hina Islam. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label hina Islam. Papar semua catatan

Sabtu, 21 Disember 2013

Agama Islam alasan untuk buli..Adilkah itu??

Separuh daripada pelajar Islam mengakui dipandang serong atau dibuli atas sebab agama termasuk disindir, ditampar mahupun digelar pengganas.

Laporan itu mendedahkan pengalaman seorang pelajar perempuan, Dala yang berkata dia dipanggil pengganas dan diancam di Facebook. 

Dia melaporkannya kepada polis dan pentadbir sekolah tetapi tiada tindakan diambil dan kemudian dipukul sekumpulan pelajar ketika dalam perjalanan pulang. 


Satu kaji selidik dijalankan membabitkan 500 pelajar di California berusia 11 hingga 18 tahun untuk menghasilkan laporan itu, menurut laporan.

Kaji selidik itu dijalankan oleh cawangan Majlis Hubungan Amerika-Islam (CAIR) di California.

Ia mendapati, kebanyakan pelajar Muslim mengakui selesa dengan rakan sekelas mengetahui agama mereka tetapi pada masa sama, ramai mengakui menjadi mangsa buli dalam beberapa aspek.

Seorang setiap 10 pelajar berkata pernah ditampar, ditendang, ditumbuk atau dipukul atas sebab agama. 
Selain itu, 50 peratus responden berkata pernah mendengar seseorang membuat komen sindiran atau menyebarkan khabar angin di sekolah mengenai mereka atas sebab berkenaan.

Selain itu, sekurang-kurangnya 17 peratus pelajar perempuan yang memakai hijab mengakui pernah sengaja disentuh atau hijab mereka ditarik.

"Ramai pelajar Muslim terus dipanggil pengganas atau (Osama) Bin laden," kata Pengurus Hak Sivil CAIR, Fatima Dadabhoy, dalam satu kenyataan.

"Sepanjang kaji selidik itu, kami juga gusar kerana ramai pelajar Islam tidak menganggapnya satu bentuk perbuatan membuli," katanya lagi.

Hanya 32 peratus pelajar Islam melaporkan perkara itu kepada guru mereka dan 42 peratus memberitahu mereka melaporkannya kepada orang dewasa lain yang membantu keadaan.

"Kami harap melalui laporan ini untuk menunjukkan alam persekolahan diracuni dan tidak boleh diterima jika pihak berkenaan tidak mempedulikan perkara berkenaan atau menganggapnya sesuatu yang biasa bagi pelajar Islam di Amerika," kata Fatima.

Selain itu, daripada 500 responden, enam peratus menyatakan guru mereka tidak menghormati agama Islam, enam peratus lagi berasa tidak selamat ketika di sekolah dan 10 peratus pernah ditampar atau dipukul atas sebab agama. - AGENSI


Memang kurang ajar..Moga Allah membalas perbuatan mereka..Allah Maha Berkuasa.....

Selasa, 19 November 2013

Apa sudah jadi Hudud Pas bukan Hudud Islam??

hudud-pas
Perkara ini didedahkan sendiri oleh Bekas Setiausaha Dewan Ulama Pas Kelantan, Wan Ismail Wan Ahmad mendakwa, pemimpin ulama Pas berjaya dipengaruhi golongan profesional bersifat sekular dengan menguasai pemikiran dan meyakinkan mereka akan menang besar dalam pilihanraya.

Beliau berkata, akibat penyelewengan itu, Pas menggubal Rang Undang-Undang Kanun Jenayah Syariah II 1993 dengan memberi pilihan kepada bukan Islam sama ada mahu menerima hudud atau tidak.

 Ini bertentangan perjuangan asal Pas, iaitu menguatkuasakan undang-undang Islam seluruh negeri dengan tidak meletakkan perbezaan atas sebab-sebab berlainan bangsa, agama, pangkat kecuali dalam perkara yang berhubung ibadat dan undang-undang kekeluargaan.

“Manifesto kulit hijau pada Pilihan Raya Umum (PRU) 1986, muka surat lima jelas membincangkan berkaitan hukum hudud tersebut dan pada muka surat 24 turut tercatat: "Orang bukan Islam sama sahaja di sisi undang-undang jenayah dan sivil dengan orang-orang Islam".

Mengapa Pas yang kononnya berjuang atas nama Islam sanggup bermain dengan hukum Allah SWT.Tidakkah mereka takut dilaknat oleh Allah SWT.?? Jangan hanya nak mengejar kuasa di dunia sehingga sanggup menggadai maruah agama dan Islam.Pas harus kembali ke pangkal jalan dan bertaubat.


Rabu, 13 November 2013

Ajaran sesat 'Tuhan Harun' sebar sistem pengajian mirip universiti

KUANTAN - Menubuhkan sistem pengajian sendiri mirip sukatan pelajaran di universiti serta mewujudkan beberapa pertubuhan dengan tujuan mengutip dana, adalah antara 'modus operandi' ajaran sesat "Tuhan Harun" dalam usaha menyebarkan ajaran tersebut kepada orang ramai.
   
Ketua Pegawai Penguatkuasa Agama Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) Mohd Raffli Abd Malik, berkata ketua ajaran tersebut, Harun Mat Saat, 47, dikesan menyebarkan sistem pengajian itu dikenali sebagai 'Universiti Universal Overhead God' kepada lebih 300 pengikutnya.
   
Katanya, Harun membahagikan pengikutnya kepada tiga peringkat pengajian iaitu 'Intake baru' diperkenalkan kepada pengikut baru, peringkat 'Doktorat', dan tahap paling tinggi dinamakan 'Doctor World of God' yang dikatakan setaraf PhD.
   
"Hasil siasatan mendapati Harun juga disyaki menubuhkan beberapa pertubuhan digunakan bertujuan mengutip derma bagi mengumpul dana kewangan.
   
"Antara pertubuhan yang berjaya dikesan itu adalah Pertubuhan Kebajikan Addiin Malaysia dan Pertubuhan Pembangunan Muallaf Malaysia masing-masing berpangkalan di Kluang dan Skudai, Johor," kata Mohd Raffli kepada pemberita di sini hari ini.
  
Beliau berkata, JAIP juga sudah menjalin kerjasama dengan Jabatan Agama Islam di seluruh negara dalam usaha menjejaki ahli kumpulan ajaran sesat terbabit.
   
"Harun akan dituduh di bawah beberapa peruntukan Enakmen Pentadbiran Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang 1982 iaitu Seksyen 162 mengajar ajaran salah, Seksyen 164 mencetak, menerbit, mengedarkan dokumen yang salah, Seksyen 165 memiliki dokumen yang salah dan Seksyen 170 menghina agama Islam.
   
"Pengikutnya pula akan dituduh mengikut Seksyen 186 kerana bersubahat dengan Harun terhadap semua kesalahan itu," katanya.
  
Mohd Raffli berkata, JAIP juga mengadakan program khas Kursus Bimbingan Rohani (KUBRO) di Pejabat Agama Islam Daerah Kuantan, semalam, kepada semua pengikut Harun yang ditahan bertujuan memberikan penerangan, kesedaran, keinsafan dan pemulihan kepada mereka.
   
Difahamkan Harun akan dituduh di Mahkamah Tinggi Syariah di sini pada 24 April depan.  - Bernama

ENAM NGO LAPOR POLIS DESAK TINDAKAN TEGAS

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) merujuk kepada polis dan Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) bagi mendapatkan maklum balas berhubung tindakan undang-undang yang boleh diambil terhadap individu yang menerbitkan video kontroversi memaparkan sambutan Aidilfitri bersama anjing.

Ketua Pengarahnya, Datuk Othman Mustapha, berkata pihaknya kesal dengan penerbitan video menghina Islam yang menyentuh sensitiviti umat Islam.

9 NGO DIPERCAYAI AKTIF SEBAR SYIAH

 Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengesan sembilan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang bergerak aktif menyebarkan fahaman syiah di negara ini.

NGO itu yang sebahagiannya berpangkalan di ibu kota mendapat sokongan daripada beberapa pemimpin parti politik tertentu serta individu bergelar Datuk.

Rabu, 31 Julai 2013

KEMBALIKAN ISA ,ORDINAN DARURAT SEBELUM NEGARA MENJADI GAWAT


SEJAK akhir-akhir ini kita dapati pelbagai insiden yang cukup meresahkan berlaku dalam masyarakat kita.
Perbuatan hina-menghina sesama agama, keturunan semakin menjadi-jadi.
Bab jenayah jangan ceritalah…rompak, samun, bunuh semakin kerap dilaporkan.
Lebih menakutkan, kes bunuh menggunakan senjata api juga semakin tinggi kekerapannya.
Gambar dan video mengenainya mudah saja diperoleh dan disaksikan dalam platform media sosial seperti blog, Facebook dan sebagainya.
kes-tembak-guru-pembunuh-upahan
Apa sudah jadi dengan masyarakat kita hari ini?
Ternyata ada sesuatu yang tidak kena telah terjadi dan mesti dilihat kembali.
Bila bercakap tentang peningkatan kes hina-menghina, jenayah dan sebagainya ini…baru kita teringat betapa berkesannya Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan Ordinan Darurat (EO) yang kini telah pun dimansuhkan.
ISA memperuntukkan sesiapa pun boleh ditahan oleh polis selama 60 hari berturut-turut tanpa perbicaraan untuk tindak-tanduk yang dijangkakan mengancam keselamatan negara atau mana-mana bahagian daripadanya.
Selepas 60 hari, seseorang tahanan itu boleh ditahan lagi selama tempoh dua tahun jika diluluskan oleh Menteri Dalam Negeri, dan sekali gus membolehkan penahanan terus tanpa perbicaraan.
Kerajaan sebelum ini banyak kali menegaskan yang ISA merupakan undang-undang yang berunsur pencegahan serta-merta yang sering kali digunakan bagi mengelakkan unsur-unsur subversif dan anarki.
Agensi perisikan negara yang mempunyai maklumat-maklumat mengenai kegiatan untuk mencetuskan huru-hara selalunya akan menyarankan langkah-langkah pencegahan ini.
Tentulah amat sukar untuk mendakwa atau mengambil tindakan menerusi perbicaraan biasa ke atas mereka yang merancang melakukan sesuatu jenayah.
Ini kerana kebanyakan undang-undang hanya mengambil tindakan selepas berlakunya jenayah.
Apatah lagi proses perbicaraan di mahkamah akan mendedahkan proses risikan dan kedudukan anggota risikan dan sekaligus akan menjejaskan keselamatan negara pada masa akan datang.
Jika kita lihat di negara rantau Asean ini, yang aman dan stabil tanpa mengalami masalah huru-hara, pengemboman dan pertumpahan darah hanyalah Malaysia, Brunei dan Singapura.
Ketiga-tiga negara ini berkongsi satu persamaan iaitu kewujudan Akta Keselamatan Dalam Negeri.
Malahan undang-undang berunsur pencegahan ini juga turut digunakan di Amerika Syarikat sekarang ini selepas berlakukanya peristiwa pengeboman pada 11 September 2001 lalu.
images (2)
Apakah rakyat Malaysia juga mahukan pengeboman dan huru-hara terlebih dahulu sebelum mempercayai keberkesanan akta ini?
Perlu diingat, jumlah pemimpin politik yang ditangkap dan ditahan di bawah ISA selama 60 hari atau dua tahun jauh lebih kecil berbanding pesalah lain seperti pemalsuan kad pengenalan, komunis, pengganas (terrorist) dan penjenayah “underworld” atau kongsi gelap.
Kebanyakan ahli politik yang ditangkap pula bukanlah kerana mereka menentang kerajaan namun mereka secara jelas cuba menghuru-harakan keselamatan negara sehingga menyebabkan tangkap perlu dibuat bagi “menyejukkan keadaan”.
Sama seperti ISA, EO ini digunakan untuk menahan seseorang tanpa sebarang bicara untuk masa yang tidak terhad.
Semuanya demi mencegah mereka-mereka yang ditahan ini daripada melakukan jenayah yang mereka rancang.
Tapi sayangnya kini kesemua ‘mereka-mereka itu’ terpaksa dibebaskan atas nama hak asasi manusia.
simpang-renggam-jail1
Untuk rekod, sebanyak 90 peratus kejadian jenayah berat kebelakangan ini terutama kes bunuh dilakukan bekas tahanan penjara Simpang Renggam yang dibebaskan daripada tahanan Ordinan Darurat.
Kini ada lebih kurang 2,000 tahanan EO yang dibebaskan dan ‘ada’ di keliling kita.
Banting_fokus
Sebab itulah semua pihak termasuk Jabatan Peguam Negara KENA memahami permasalahan polis yang kini macam  ’tidak bergigi’ selepas ordinan itu dihapuskan.
Polis menghormati transformasi undang-undang tetapi Jabatan Peguam Negara juga tidak seharusnya melihat kepada aspek perundangan semata-mata sehingga terlepas pandang kaedah membanteras jenayah.
Kita berharap akta baharu yang bakal menggantikan Ordinan Darurat kelak perlu mempunyai unsur menyamai ordinan itu sekalipun tiada penangkapan pencegahan.
Kita tidak boleh berdiam lagi…telunjuk dah naik ke mata…dah beraja di mata, dah bersultan di hati.
Persetankan makhluk-makhluk yang dok menjerit hak asasi semua itu…mereka bukan ikhlas sebenarnya, mereka lebih kepada nak bela kaum keturunan mereka yang sebelum ini ramai disumbat ke dalam penjara.

Rabu, 17 Julai 2013

Pasangan lucah hina Islam harus dihukum, kata Tun Mahathir

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad  berkata perbuatan pasangan lucah Alvin Tan dan Vivian Lee mempersenda umat Islam dan bulan Ramadan boleh menjejaskan keharmonian dalam kalangan masyarakat.
Menyifatkan pasangan itu sebagai tidak bertanggungjawab, Dr Mahathir berkata provokasi bersabit agama sehingga mengguris sensitiviti rakyat pelbagai kaum, khususnya umat Islam tidak seharusnya dibuat kerana ia dikhuatiri boleh menjurus kepada berlakunya rusuhan kaum.
"Jika tidak boleh dibuang negeri, mungkin tindakan lain boleh dikenakan. Tetapi saya ingat undang-undang tidak benarkan kita lucut kewarganegaraan," katanya ketika ditanya mengenai cadangan supaya pasangan itu dilucut kewarganegaraan.
Pasangan itu sebelum ini dikecam ramai selepas memuat naik gambar mereka menikmati bak kut teh (sup tulang babi) berserta kapsyen yang menyentuh sensitiviti umat Islam di laman sosial Facebook.
Setuju dengan cadangan Dr M.Harap kerajaan jangan bagi muka sangat dengan pasangan porno murahan ini.!!

Selasa, 16 Julai 2013

Maaf saja tak cukup untuk chauvinist & racist!!!



"Maaf saja tak cukup," tegas Khairy Jamaludin.Menteri Belia dan Sukan berkata, tindakan tegas dan segera harus dikenakan kepada pasangan murahan ini.Kesalahan mereka cukup jelas kerana menghina agama Islam dan sensitiviti orang Islam di Malaysia.
Begitu juga dengan peguam bukan Islam, Ranjit Singh yang mahu pasangan chauvinist dan racist tersebut perlu di hukum bukan di siasat.
Harap SKMM ambil serius perkara ini dan sensitiviti Umat Islam di Malaysia ini.!!Jangan nak siasat je,tindakan tue lagi perlu!!!