Halaman

Rabu, 16 Januari 2013

Mat Sabu ubah pendirian

"Pendirian saya macamPendirian saya,sam seperti Majlis Syura,katanya
TTimbalan Presiden PAS Mohamad Sabu yang sebelum ini menyokong penggunaan kalimah Allah oleh orang bukan Islam, menukar pendirian bersetuju dengan keputusan Majlis Syura Ulama PAS iaitu Allah tidak boleh digunakan dalam Bible versi bahasa Melayu kerana tidak menepati kehendak sebenar kalimah ini.

Mohamad yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu, berkata pendiriannya mengenai penggunaan kalimah Allah dalam Bible versi bahasa Melayu seperti diminta Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng, adalah sama dengan keputusan Majlis Syura Ulama PAS.
Mesyuarat yang dipengerusikan Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat itu menegaskan tindakan menterjemah perkataan ‘God’ atau ‘Lord’ dari mana-mana kitab agama bukan Islam kepada Allah tidak dibenarkan kerana ia salah dari segi makna.
Sebab tu, orang tua-tua selalu ingatkan,fikir dulu sebelum cakap.Bukan cakap dahulu lepas tu,baru nak fikir.

PAS Kedah akui salah keluar garis panduan


Pemuda Gerakan Negeri Kedah, Tan Keng Liang hari ini menggesa kerajaan PAS Kedah menarik balik garis panduan bagi mengadakan persembahan sempena sambutan Tahun Baru Cina yang diumumkan 9 Januari lalu.

Tan berkata garis panduan itu langsung bertentangan dengan gaya hidup dan mengganggu sensitiviti masyarakat Cina di negeri itu.



"Ramai orang ingat garis panduan baru ini hanya tertakluk kepada sambutan perayaan Tahun Baru Cina sahaja, tetapi apa yang saya ketahui hari ini ia terpakai untuk semua hiburan terbuka.

"Ia memang mengganggu sensitiviti, keharmonian dan kehidupan rakyat Cina di negeri Kedah. Dan saya nak jelaskan ia bukan sahaja menjejaskan kehidupan orang Cina tetapi juga orang India dan orang Melayu serta Thailand di negeri itu kerana garis panduan ini terpakai untuk semua," katanya.


"Kebiasaannya semasa perayaan Tahun Baru Cina kita ada persembahan nyanyian dan tarian. Malah sepanjang 56 tahun ini kita tiada masalah dalam persembahan tersebut," katanya lagi.


Manakala Naib Presiden MCA, Datuk Seri Chor Chee Heung berkata orang bukan Islam akan hilang identiti mereka jika terus berada dibawah kuasa PAS.

"Kalau bukan Islam terus menerima perkara ini, semua budaya Cina dan India akan hilang jika Pakatan terus mentadbir megeri," katanya

PAS harus hormat sensitiviti agama lain,begitu juga agama lain perlu hormat sensitiviti umat Islam di Malaysia!!

Terdesak ubah pendirian

Isu bukan Islam guna kalimah Allah: Anggota mahu keluar parti jika Majlis Syura PAS tak berubah

Kedua-dua pemimpin ini lebih mengutamakan kehendak dan kepentingan DAP berbanding suara Majlis Syura, sekali gus menggambarkan mereka mengamalkan politik hipokrit yang bertopengkan Islam," Prof Md Noor Deris, Bekas Ahli Jawatankuasa Dewan PAS Pusat


Amal politik hipokrit bertopengkan Islam'

'Md Noor yang juga Pengerusi Biro Agama dan Ulama, Majlis Ulama Veteran UMNO Kelantan berkata, tindakan Nik Aziz dan Presiden PAS, Datuk Seri Hadi Awang yang sebelum ini membenarkan penggunaan kalimah Allah kepada penganut agama lain didorong nafsu untuk mendapat pangkat dan kemenangan pilihan raya. 
Beliau berkata, tindakan itu jelas kepada masyarakat khususnya pengikut PAS untuk mengenali ciri-ciri was-was dalam perjuangan parti yang kini semakin terumbang ambing, sama ada mahu terus menurut kehendak DAP atau kembali ke pangkal jalan.



“PAS dalam keadaan kelam kabut dari segi pemikiran dan hala tuju. Sepatutnya sebelum Nik Aziz dan Hadi mengeluarkan kenyataan, Majlis Syura perlu bermesyuarat,” katanya.

Ketua Eksekutif Pertubuhan Ilmuan Malaysia (ILMU), Fathul Bari Mat Jahya berkata, PAS perlu mendisiplinkan ahli dan pemimpinnya supaya menghormati keputusan kepemimpinan ulama.

PAS perlu seia dan sekata bukannya bagi pendapat yang bercanggah antara Majlis Syura dan pemimpinnya.