Halaman

Selasa, 16 Oktober 2012

Isu Soros jadi 'bumerang' buat BN, kata Pakatan

 Pakatan Rakyat (PR) mendakwa kenyataan dibuat pemimpin-pemimpin Barisan Nasional (BN) mengenai George Soros,  sering berubah-ubah disebabkan agenda politik mereka dan bakal menjadi "bumerang" kepada perikatan itu.

Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata, pada tahun 1997 dan 1998, Tun Dr Mahathir Mohamad menyatakan Soros adalah penyangak mata wang, namun pada tahun 2006, Dr Mahathir menafikannya setelah pertemuan mereka diadakan di Kuala Lumpur.

Menurutnya, pada 2012 kerajaan BN menimbulkan semula isu Soros dan mengaitkannya dengan PR yang menerima dana daripadanya serta Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin kelmarin turut mengubah 'skrip' percakapannya mengenai Soros.

Mengulas lanjut, Naib Presiden Pas Salahuddin Ayub pula berkata, isu Soros yang dimainkan BN adalah untuk menjadikan bahan mengaitkan individu tertentu pada tahun 1990 yang terlibat dengan penyangak mata wang itu.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian berkata, isu Soros akhirnya menjadi 'bumerang', yang akan makan diri sendiri seperti yang dikatakan oleh Saifuddin, ahli Majlis Tertinggi Umno, baru-baru ini.


Sumber: Sinar Harian

LA: Nampaknya pembangkang semakin terdesak bila mana cuba mengaitkan Soros dengan BN pula.Dah kering idea sangat ke mereka ni!!

PEMBANGKANG SEMAKIN TERTEKAN...!!!

 Ahli-ahli Parlimen pembangkang yang tertekan dengan isu kenyataan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung pendirian beliau menyokong usaha melindungi keselamatan negara Israel menimbulkan kekecohan di Dewan Rakyat
Pertikaman lidah turut berlaku antara Ahli Parlimen pembangkang dan penyokong kerajaan, antaranya Datuk Mohamed Aziz (BN-Sri Gading); Datuk Bung Mukhtar Radin (BN-Kinabatangan) dan Datuk Lilah Yasin (BN-Jempol) berhubung isu tersebut yang berlarutan selama setengah jam dan akhirnya membuatkan Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar bertindak menyuraikan pertikaman itu.

Memberi reaksi terhadap permintaan Nurul Izzah itu, Wan Junaidi berkata: "Tak payah ajar saya tugas saya. Biar saya jalankan tugas saya. Jangan desak saya."

Sejurus dewan reda seketika, Wan Junaidi kemudiannya membenarkan Juslie untuk menyatakan soalan tambahan berhubung isu sama.

Menjawab soalan terbabit, Anifah berkata, selagi BN berkuasa, kerajaan tidak akan sekali-kali mengizinkan perbuatan terkutuk dan tidak berperikemanusiaan Israel ke atas rakyat Palestin.

"Kenapa Ketua Pembangkang pentingkan keselamatan Israel? Apa yang penting, bagi kita adalah keselamatan Palestin. Kita lebih pentingkan keselamatan Palestin," tegasnya.

Selain itu, pembangkang juga tertekan dengan janji-janji pembangkang pada PRU12 yang masih belum ditunaikan padahal PRU13 semakin hampir. Perubahan yang dibawa oleh UMNO sudah lama.namun ia nampak atau tidak.Apabila rakyat mula sedar kemungkaran pembangkang dan kebaikan kerajaan barulah mereka buka mata.

Sumber: Sinar Harian 16 oct 2012.

Salahuddin: Pas tidak goyah diserang bertubi-tubi

Pas tidak akan goyah mahupun terjejas meskipun berhadapan dengan serangan bertubi-tubi daripada bekas ahlidan pemimpin, kata Naib Presidennya, Salahuddin Ayub.  Salahuddin menegaskan, walaupun ramai yang masuk dan meninggalkan parti itu, kemudian muncul dengan pelbagai dakwaan tidak berasas,ia tidak mengubah apa-apa dalam Pas sebaliknya hanya merugikan individu berkenaan.
Sementara bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali menggesa Mursyidul Am, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat meletakkan jawatan susulan tindakannya mempertahankan kerjasama di antara Pas dan DAP.

Hasan kemudian meminta tempat Nik Aziz digantikan dengan timbalannya, Datuk Dr Haron Din.
Salahuddin berkata, kritikan mereka yang meninggalkan parti itu sama ada melibatkan dasar atau hala tuju parti, tidak mendatangkan kesan atau mencacatkan rekod parti itu

Sumber : Sinar Harian 

LA: Biarkan Si Luncai terjun dengan labu-labunya.