Halaman

Rabu, 4 Disember 2013

Semakan tarif elektrik mungkin beri kesan sementara kepada inflasi, kata Zeti


Semakan tarif elektrik yang berkuat kuasa 1 Januari 2014, dijangka memberi kesan sementara kepada kadar inflasi negara, kemungkinan naik sedikit kepada 3.0 peratus tahun depan daripada 2.8 peratus sekarang, kata Gabenor Bank Negara, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz, hari ini. 

Beliau berkata bank pusat itu tidak menilai bagi asas bulan ke bulan. 



"Penilaian awal kami ialah ia mungkin menyebabkan kenaikan inflasi sebanyak 0.4 peratus. Justeru itu, memandangkan kadar semasa ialah 2.8 peratus, ia boleh mencecah 3.0 peratus," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ucapan di Sidang Kemuncak Tenaga 2013, di sini. 



Zeti berkata demikian sebagai menjawab pertanyaan mengenai pengumuman semakan tarif elektrik oleh kerajaan semalam. 

"Kami melihat kepada trend dan penilaian kami ialah pelarasan ini akan memberi kesan sementara kepada inflasi," katanya. - BERNAMA

Jangan sampai bila-bila sudahlah..Akan menyusahkan rakyat yang berpendapatan rendah..Jangan tindas rakyat untuk kepentingan pihak-pihak tertentu..

Selangor digesa penuhi janji manifesto


 Kerajaan Selangor digesa melaksanakan program pendidikan tinggi percuma kepada rakyat di negeri itu, seperti dijanjikan dalam manifesto Pakatan Rakyat (PR) pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu. 

Ketua Pemuda GERAKAN, Tan Keng Liang, berkata pendidikan percuma itu dijanji diberikan melalui pemberian elaun sara hidup kepada semua pelajar institut pengajian tinggi (IPT) dan yuran universiti akan ditanggung kerajaan negeri. 

“Namun, apa yang menyedihkan, kerajaan Selangor tidak ada mengumumkan apa-apa peruntukan bagi pendidikan tinggi percuma ketika membentangkan Bajet Selangor 2014 pada Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN), baru-baru ini. 



“Mereka sudah berjanji dan memberikan harapan kepada rakyat yang mengundi mereka, jadi mereka seharusnya menunaikan apa yang sudah dijanjikan,” katanya pada sidang media di sini. 

Sebelum itu, beliau menyerahkan memorandum ‘Pendidikan Tinggi Percuma di Universiti Selangor (UNISEL)’ kepada Setiausaha Sulit kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Kembangan, Ean Yong Hian Wah iaitu Hiew Kim Boon di bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri, di sini, semalam.

Dah berjanji kenalah tunaikan..

Banjir Di Tiga Negeri Makin Teruk

Keadaan banjir di Pahang dan Johor semakin buruk. Sehingga jam 8 pagi tadi, lebih 5 ribu mangsa dipindahkan di 42 pusat pemindahan di seluruh negeri Pahang.
Kuantan paling teruk terjejas dengan 23 pusat pemindahan dibuka sejak tengah malam tadi.
Di Rompin, antara kawasan yang terjejas, lima kampung iaitu Kg Pertat, Piagu, Kerpal dan Kg Kurnia di Tanjung Gemuk.
Turut dinaiki air, perkampungan orang asli Kesing.
Jalan Kuantan - Sg Lembing di KM 28 pula ditutup untuk semua lalulintas selepas air naik melebihi 0.5 meter.
Bantuan telah mula diedarkan kepada mangsa.

Malaysia memang tak mengalami 4 musim,tapi Malaysia mengalami musim banjir, musim kemarau dan musim jelebu..Lain dari lain tue..hihi

Gara-Gara Bil Elektrik



Kan dah cakap....hihi

3 Negeri Bah Besar

Tiga negeri dilanda banjir


 Hujan lebat berterusan sejak beberapa hari lalu di utara Semenanjung, menyebabkan kawasan rendah di Pulau Pinang, Perak dan Kedah dilanda banjir mulai malam kelmarin. 

Paras banjir antara 0.5 hingga 2.5 meter itu menyebabkan lebih 1,000 penduduk, berpindah ke pusat pemindahan sementara yang dibuka Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). 

Perak, Seramai 558 mangsa banjir dipindahkan ke pusat pemindahan banjir sekitar Pantai Remis, Manjung, selepas rumah mereka dinaiki air antara 0.7 meter sehingga 1.5 meter, pagi semalam. 



Pusat pemindahan Dewan Orang Ramai Tebuk Yan 2 menempatkan 28 mangsa daripada tujuh keluarga, manakala Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Batu menempatkan 530 mangsa daripada 148 keluarga. 

Jurucakap bilik gerakan banjir negeri berkata, banjir berpunca hujan lebat berterusan sejak beberapa hari lalu menyebabkan peningkatan paras air yang kini mencetuskan kemungkinan lebih ramai mangsa perlu dipindahkan.

400 penduduk 

Sementara itu, lebih 400 penduduk daripada 50 keluarga sekitar Sungai Petani dan Kulim, Kedah, dipindahkan susulan banjir kilat. 
Ini termasuk 200 mangsa sekitar Kampung Jerung dekat Jalan Kuala Ketil, Sungai Petani, yang dipindahkan selepas rumah mereka dinaiki air sehingga satu meter, apabila paras air mulai jam 10 malam kelmarin susulan hujan lebat sejak tengah hari. 

Sekurang-kurangnya 10 kampung dan taman perumahan sekitar Sungai Seluang, Nagalilit, Lilit dan Karangan, Kulim, terjejas apabila dinaiki air hingga 2.5 meter menyebabkan 200 penduduk diarah berpindah ke sembilan pusat pemindahan. 

Sekitar Merbau Pulas pula, 100 keluarga terpaksa dipindahkan ke pusat penempatan sementara di Sekolah Kebangsaan Merbau Pulas (SKMP) apabila rumah mereka dinaiki air sehingga satu meter. 

Di Georgetown, Pulau Pinang pula, perparitan tersumbat didakwa menyebabkan rumah lebih 300 keluarga sekitar bandar raya itu ditenggelami banjir kilat sedalam 0.5 meter susulan hujan lebat, awal pagi semalam. 

Antara rumah penduduk terjejas mulai jam 1 pagi itu termasuk sekitar Jalan P Ramlee, sebahagian Jalan Perak, Jalan Masjid Negeri, Jalan Makloom, Jalan Sungai Pinang dan Jalan Patani. 

Penduduk yang tidak dipindahkan mendakwa, banjir kilat semakin kerap melanda setiap kali hujan lebat lebih sejam.


Berhati-hati dengan keadaan hujan lebat sekarang,awasi anak-anak anda, dan simpan dokumen-dokumen penting di tempat yang selamat.