Elaun atau saraan hidup Adun Pulau Pinang akan naik dari RM4112.79 kepada RM6,000 sebulan mulai Jun tahun ini.
Ia diluluskan sebulat suara oleh semua Adun petang tadi.
Exco Kerajaan Tempatan, Chow Kon Yeow (DAP-Padang Kota) ketika membentangkan pindaan Enakmen Anggota Pentadbiran dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Saraan) berkata, ia juga melibatkan kenaikan untuk bekas Adun.
Beliau berkata, pindaan kepada Seksyen 3 enakmen itu akan membolehkan kenaikan saraan bulanan sebanyak RM1,887.21 bagi 40 Adun melibatkan perbelanjaan tambahan kepada kerajaan negeri RM75,488.40 sebulan berkuatkuasa 1 Jun 2013.
"Kenaikan ini akan mempertingkatkan lagi semangat dan usaha Adun untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat dan negeri.
"Secara keseluruhannya, kenaikan ini adalah amat bersesuaian dan bertepatan dengan keadaan semasa," katanya.
Menurutnya, lenaikan ini mengambil kira jenis tugas dan perkhidmatan yang perlu diberikan sudah bertambah dengan ekspektasi yang tinggi dari rakyat tetapi mengambil kira kadar inflasi.
"Fasal 3 dipinda dengan menaikkan elaun ketua pembangkang di bawah seksyen 3A dari RM1,000 kepada RM2,000 sebulan. Ia juga berkuatkuasa 1 Jun 2013," katanya.
Beliau berkata, seksyen 10 enakmen itu memperuntukkan faedah kemalangan yang boleh dibayar kepada Adun, ketua menteri, Speaker Dun dan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan.
"Adun, Ketua Menteri, Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri dan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan akan dibayar jumlah faedah kematian biasa dan kematian atau hilang upaya disebabkan oleh bencana.
"Adun mendapat faedah kemalangan sebanyak RM300,000; Ketua Menteri mendapat RM1,875,000; Speaker dan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan RM1,250,000," katanya.
Menurutnya, pindaan itu hanya melibatkan peruntukan yang ditanggung oleh kerajaan negeri jika berlaku kejadian sedemikian, lebih menguntungkan berbanding dengan pembelian skim insurans.
"Melalui pindaan ini, kerajaan negeri tidak perlu menanggung pembayaran premium tahunan tetapi hanya menyediakan peruntukan untuk dibayar sekiranya berlaku kematian dan lain-lain bencana," katanya.
Lepas Selangor,Pulau Pinang lak,Kelantan tak nak join ke??
Memaparkan catatan dengan label Pulau Pinang. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Pulau Pinang. Papar semua catatan
Isnin, 16 Disember 2013
Jumaat, 13 Disember 2013
Dihalau macam anjing oleh Dap


"Ini kalilah!"
"kita Tukar!"
"kita Ubah!"
telah bertukar sebaliknya diluar jangkaan mereka. Sehingga ramai penduduk melayu Kampung Mutiara, Batu Ferringhi yang telah mengundi DAP berasa makan hati, menangis dan terkejut atas notis tanpa yang diarahkan oleh exco-exco DAP Pulau Pinang. Begitulah keadaan penduduk Melayu Batu Ferringhi yang telah memilih DAP sebagai wakil rakyat mereka akhirnya memakan diri.
2.Penduduk melayu Batu Ferringhi sering memberitahu kepada orang ramai pada tahun 2012 iaitu "kita harus bagi peluang kepada DAP memerintah, setakat ini kami orang Batu Ferringhi sudah dihadiahkan tapak badminton oleh DAP. Jika nanti tidak suka, kita ubah kembali, 5 tahun tidak lama pun" -itulah kata-kata orang Melayu Batu Ferringhi sewaktu kempen PRU13 yang lepas. Sebenarnya ini sudah kali kelapan tempat berniaga Melayu dan kampung Melayu diroboh oleh pembangkang selepas PRU13.
3.Kira-kira 90 keluarga Melayu di Kampung Mutiara dilema kerana diarah keluar oleh kerajaan negeri Pulau Pinang. Penduduk Melayu, Rojahan Ahmad, 62 berkata, tidur malamnya tidak lena hingga ke hari ini berikutan memikirkan diri dan keluarga terpaksa keluar dari kampung yang diduduki sejak 60 tahun dulu. Menurutnya, dia dan enam lagi ahli keluarganya hanya membayangkan akan memasang khemah di perkampungan lain dan merempat dalam masa terdekat luahan Melayu Batu Ferringhi yang mengundi DAP pada PRU13 yang lalu.
4.“Saya susah hati sampai sekarang. Saya juga buntu apa tindakan yang perlu diambil kerana rumah yang sudah 60 tahun saya duduk sekarang akan diambil oleh orang cina hasil kerajaan negeri Pulau Pinang jual kepada pemaju cina. Tetapi ini kah balasan DAP terhadap kami? Kami memberi sokongan penuh kerana pada tahun 2012 mereka bersikap baik dengan menghadiahkan kami tapak badminton" -kata Rojahan Ahmad yang mengundi DAP pada PRU13 lalu.
5.Bagi Abdul Rahim Hamid, 51 berkata, dia mahu kerajaan negeri sediakan rumah untuknya, tetapi sebaliknya kerajaan negeri Pulau Pinang hanya mengatakan "Sila pindah ke negeri Kedah jika mahu rumah ganti". Abdul Rahim Hamid selaku pengundi Melayu yang menyumbang kepada kemenangan DAP di Bukit Bendera telah berkata "mana kami mampu beli rumah disini, harganya semua dalam RM1.5 juta, dulu DAP kata akan tolong nasib kami. Gerakan walau parti cina pun, tak la sekejam macam ni. Saya rasa tertipu dengan slogan ini kalilah!" -katanya sambil teresak esak menangis kepada wartawan Sinar Harian.
6.Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Komuniti (JKKK) Batu Ferringhi, Jamaludin Hashim berkata "tidak sangka kerajaan negeri Pulau Pinang akan berbuat begini, kerana pada tahun 2012 kami semua telah dihadiahkan tapak badminton oleh DAP". Jamaludin Hashim merupakan individu yang paling kuat memujuk semua orang Melayu di Batu Ferringhi untuk mengundi DAP. Apabila kami semua sudah sebulat suara mengundi DAP, rupanya ini balasan mereka dengan merobohkan kampung kami. Parti Gerakan yang memerintah pun tidak sekejam ini katanya kepada wartawan Sinar Harian.
7.“Saya selaku JKKK Batu Ferringhi yang mengundi DAP sendiri tidak tahu apa jenis pembangunan yang akan dijalankan sekiranya tanah di kampung ini akan dijual kepada pemaju cina kerana DAP hanya berkata jangan risau kerana wakil DAP akan membina satu lagi tapak badminton selepas selesai merobohkan Kampung Mutiara. Bagi saya tapak badminton sudah tidak bermakna lagi"
8.Batu Ferringhi terletak dibawah Parlimen DAP Bukit Bendera dimana 4 kampung Melayu antara penyokong kuat DAP kerana diberikan tapak badminton setiap satu kampung iaitu di Kampung Din Bambo, Kampung Sungai Satu, Kampung Rasa Sayang dan Kampung Mutiara. Sekarang Kampung Mutiara adalah kampung Melayu pertama dalam kawasan Batu Ferringhi dibawah Bukit Bendera yang akan dirobohkan oleh kerajaan Negeri hasil persetujuan wakil rakyat DAP Bukit Bendera.
9.PAS selaku Pengerusi Lajnah Pembangunan Tanah Negeri Pulau Pinang, Iszuree Ibrahim mendesak DAP Kerajaan Negeri Pulau Pinang untuk campur tangan dalam isu penduduk kampung di sini. Tetapi kerajaan negeri DAP berkata "PAS diberi amaran keras supaya jangan campur tangan dan ikut sahaja keputusan kerajaan negeri kerana PAS dulu sudah setuju dengan dasar dan cara kerajaan negeri Pulau Pinang uruskan jika DAP menang, jadi jangan cuba melawan kami selaku kerajaan disini"
10.“Kita orang PAS bukan membantah untuk dirobohkan Kampung Mutiara itu kami mahu penduduk Melayu dapat pampasan yang sewajarnya, jika ada rumah ganti rumah perlu mempunyai keluasan dari 500 hingga 600 kaki persegi. Tetapi ini tidak ada langsung! Apa guna kami perjanjian tahaluf siyasi kami?" kata PAS selaku Pengerusi Lajnah Pembangunan Tanah Negeri Pulau Pinang, Iszuree Ibrahim yang kecewa.
Bukti Kampung Mutiara, Batu Ferringhi akan dirobohkan tanpa pampasan:
http://www.sinarharian.com.my/90-keluarga-diarah-keluar-1.225690
Bukti pada 2012 penduduk Batu Ferringhi gembira DAP hadiahkan tapak badminton:
http://www.sinarharian.com.my/edisi/perak/fokus-tanjung-jkkk-yakin-pr-menang-1.66843
Jambatan Kedua P.Pinang Dijangka Dibuka Akhir Februari Depan

Jambatan Kedua Pulau Pinang dijangka dibuka kepada umum pada akhir Februari depan setelah kerja-kerja sistem tol Lebuhraya Utara-Selatan (Plus) dan pengujian tahap keselamatan fizikal jambatan itu siap.
Menteri Kerja Raya Datuk Fadillah Yusof berkata sistem tol Plus itu perlu dinaik taraf terlebih dahulu kerana pengguna dikehendaki membayar tol semasa keluar dari lebuh raya dan sebelum memasuki jambatan berkenaan.
"Kita masih lagi melakukan penambahbaikan dan akan membuka jambatan ini apabila sistem terbukti berjalan dengan baik selain disahkan selamat diguna oleh orang ramai," katanya kepada pemberita selepas melawat jambatan itu di sini, Khamis.
Beliau berkata pembinaan fizikal jambatan itu telah mencapai tahap 99.9 peratus dan plaza tol jambatan berkenaan adalah yang terbesar di negara ini dengan 28 kiosk bayaran.
Kerajaan masih belum memutuskan kadar tol yang akan dikenakan, katanya.
Jambatan sepanjang 24 kilometer iaitu 17 km di atas laut dan tujuh km di atas darat, direka dengan mengutamakan kelestarian alam.
Projek kerajaan persekutuan dengan kos RM4.5 bilion itu adalah jambatan terpanjang di Asia Tenggara dan dijangka dapat mengurangkan 25 peratus kesesakan trafik di Jambatan Pulau Pinang.
Menjawab isu berlainan, Fadillah berkata semua 29 lebuh raya di negara ini mempunyai tempoh konsensi yang berbeza dengan tempoh kadar tol disemak semula antara tiga dan lima tahun, bergantung kepada perjanjian konsesi.
Melayu Pulau Pinang Ditindas

Penduduk melayu Batu Ferringhi sering memberitahu kepada orang ramai pada tahun 2012 iaitu "kita harus bagi peluang kepada DAP memerintah, setakat ini kami orang Batu Ferringhi sudah dihadiahkan tapak badminton oleh DAP. Jika nanti tidak suka, kita ubah kembali, 5 tahun tidak lama pun" -itulah kata-kata orang Melayu Batu Ferringhi sewaktu kempen PRU13 yang lepas. Sebenarnya ini sudah kali kelapan tempat berniaga Melayu dan kampung Melayu diroboh oleh pembangkang selepas PRU13.
Adakah rakan-rakan sekalian yang berkaum Melayu akan sedar setelah berkali-kali ditindas?
Khamis, 12 Disember 2013
Jambatan Kedua P.Pinang dibuka akhir Februari

Jambatan Kedua Pulau Pinang dijangka dibuka kepada umum pada akhir Februari depan setelah kerja-kerja sistem tol Lebuhraya Utara-Selatan (Plus) dan pengujian tahap keselamatan fizikal jambatan itu siap.
Menteri Kerja Raya, Datuk Fadillah Yusof berkata, sistem tol Plus itu perlu dinaik taraf terlebih dahulu kerana pengguna dikehendaki membayar tol semasa keluar dari lebuh raya dan sebelum memasuki jambatan berkenaan.
Nenek Rasis
Lim Guan Eng memanggil Jahara Hamid sebagai Nenek Rasis ( Racist Grandmother ) ekoran soalan2 yang ditimbulkan oleh Ketua Pembangkang telah menarik minat rakyat untuk mengetahui lebih lanjut tentang kewujudan Pulau MAZU, nama baru kepada pulau yang kita kenali sebagai Pulau Jerejak.


ROBOHkan apajua struktur berunsurkan agama/pemujaan yang terdapat di Pulau Jerejak !


ROBOHkan apajua struktur berunsurkan agama/pemujaan yang terdapat di Pulau Jerejak !
Khamis, 21 November 2013
Pas Pulau Pinang dan Dap berbalah

Kemelut Pas Pulau Pinang dengan kerajaan DAP Pulau Pinang dijangka dibincangkan pada Muktamar Pas di Shah Alam hujung minggu ini.
Anggota Parlimen Pas dari Kuala Nerus Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berkata, Pas Pusat mungkin akan membuat keputusan berhubung kemelut itu semasa muktamar tiga hari itu bermula lusa.
"Perkara itu hanya boleh diselesaikan melalui keputusan Pas Pusat yang akan membincangkan perkara itu pada muktamarnya," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen, di sini.
Beliau berkata demikian apabila ditanya mengenai hasrat Pas Pulau Pinang mahu mengkaji kedudukan parti itu dalam kerajaan negeri itu sekiranya tuntutan empat perkara mereka tidak dipenuhi.
Tuntutan itu ialah tidak mahu campurtangan exco kerajaan negeri dalam pentadbiran Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP) dan tidak mahu pelantikan individu bukan dari Pas ke MAIPP.
Pas Pulau Pinang juga dikatakan menuntut penambahan kuota Pas dalam pelantikan anggota majlis perbandaran dan pelantikan sebagai anggota lembaga pengarah anak-anak syarikat milik kerajaan negeri.
Timbalan Pesuruhjaya Pas Pulau Pinang Muhammad Fauzi Yusoff dilaporkan membuat tuntutan itu semalam ekoran, antaranya, tidak berpuas hati dengan campur tangan kerajaan negeri itu dalam pentadbiran MAIPP.
Anggota Parlimen Pas dari Sepang, Hanipa Maidin, yang juga anggota jawatankuasa kerja Pas pusat, pula menganggap cadangan Pas Pulau Pinang mahu keluar dari pakatan kerajaan negeri itu sebagai "tidak masuk akal".
Beliau menganggap cadangan itu merupakan pandangan peribadi Fauzi sahaja. - Bernama
Jumaat, 15 November 2013
PROJEK PENANG SENTRAL TERKULAI

Mengapa Kerajaan DAP Pulau Pinang menghentikan projek Penang Sentral??sedangkan projek ini memberi manfaat kepada rakyat.
Jangan disebabkan untuk menjaga kepentingan pihak-pihak tertentu, projek ini tergendala.
Aikk..Lim Guan Eng takkan nak duduk diam sahaja..Buat la sesuatu ,kat negeri awakkan..
Isnin, 7 Januari 2013
HIMPUN rancang perhimpunan di Pulau Pinang
Himpunan Pertubuhan Islam (HIMPUN) merancang meneruskan jelajah himpunan raksaksa sejuta umat yang ke-4 - kali ini di Pulau Pinang.
Berikutan itu, pengerusi jawatankuasa hubungan media HIMPUN, Mansor Ibrahim berkata, satu sidang akhbar akan diadakan Ahad ini mengenai butiran lanjut perhimpunan tersebut.
Perhimpunan itu, katanya, diadakan untuk memperkasakan Islam, mempertahankan artikel 153 perlembagaan, selamatkan akidah, cegah murtad dan jenayah homoseks serta menghapuskan usaha gerakan menegakkan kerajaan Kristian.
Menurut Mansor, HIMPUN disokong oleh NGO-Ngo Melayu/Islam dan lain-lain penyokong seperti pimpinan parti politik yang prihatin akan ancaman gerakan Kristian terhadap umat Islam.
Sebelum ini, HIMPUN telah mengadakan perhimpunan di Selangor, Perak dan di Negeri Sembilan.
Menurut pihak penganjur, himpunan sejuta umat di Pulau Pinang itu adalah untuk memperkasakan Islam, mempertahankan Artikel 153 Perlembagaan Persekutuan, menyelamatkan akidah dan mencegah murtad dan homosek.
LA: Perlembagaan yang telah termaktub memang tidak boleh diusik oleh sesiapa.Dan sesiapa yang mempertikaikan terutama kaum pendatang harus dihukum.
Jumaat, 19 Oktober 2012
Nazri: Pembangkang juga dapat sumbangan politik
Pembangkang tidak seharusnya mempertikai Umno Sabah mendapat sumbangan luar untuk kegiatan politik, sedangkan DAP sendiri mendapat wang kira-kira RM3.5 juta daripada penyokong setianya untuk membina bangunan baharu di Pulau Pinang, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz.
Beliau berkata, tiada halangan mahupun menjadi satu kesalahan untuk mana-mana pihak termasuk pembangkang menerima sumbangan dan wang bagi kegiatan politik.
Dana itu ialah sumbangan yang dibuat kepada Badan Perhubungan Umno Sabah dan bukannya untuk tujuan persendirian Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman.
LA: Mengata dulang paku serpih,mengata orang DAP yang lebih.DAP cuba untuk mengalihkan pandangan rakyat terhadap UMNO Sabah pula.Kotor sungguh taktik DAP ni.
Jumaat, 28 September 2012
Aminah menang saman fitnah ke atas tiga pemimpin PKR
"Kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa".Lidah dan pena adalah anugerah Allah kepada kita untuk berkomunikasi tetapi sering disalahgunakan untuk mengeluarkan perkataan dan penulisan yang mendatangkan keburukan seperti berdusta, menyebar fitnah dan bermaksud jahat yang membawa menjatuhkan maruah orang lain, apatah lagi kalau sesama Muslim.
Inilah yang terjadi pada tiga orang pemimpin PKR yang bermulut lancang apabila mengeluarkan kenyataan berunsur fitnah, kecaman berbentuk peribadi serta tuduhan tidak berasas yang bertujuan mengaib,menjatuhkan maruah ,nama baik dan reputasi Aminah ,yang pada masa itu masih lagi Ketua Wanita PKR negeri Pulau Pinang.
Aminah mendakwa,laporan akhbar itu, antara lain,bermaksud beliau seorang yang jahil agamadan tiada sebarang pengetahuan syariat Islam,menerima umpan kebendaan daripada UMNO,termasuk dituduh menggesa Presiden PKR Datin seri wan Azizah bercerai dengan suaminya,Datu kSeri Anwar Ibrahim.
Ketiga-tiga mereka terpaksa membayar ganti rugi RM30 000 kepada Aminah.Aminah amat bersyukur dengan keputusan yang berpihak kepadanya dan sekali gus dapat mengembalikan moral dan maruah beliau.
Label:
Anwar Ibrahim,
Islam,
PKR,
politik,
Pulau Pinang,
THE STAR,
UMNO
Selasa, 25 September 2012
BN questions Guan Eng’s tenancy agreement
Barisan Nasional has questioned the validity of the six-page tenancy agreement between Chief Minister Lim Guan Eng and the Pinhorn Road bungalow owner.
Tanjung Barisan Youth chief H'ng Khoon Leng said the agreement could have been doctored as “even the stamp duty on it was not that clear”.
He also asked why details on the landlady were not revealed.
“I urge Lim to produce the actual documents to the public,” he added.
Penang Gerakan Youth had challenged Lim to reveal if there was any conflict of interest involving a “Miss P” in the RM11mil sale of a 0.4ha plot of land in Taman Manggis.
The wing's chairman Oh Tong Keong was reported as saying that they were told that “Miss P” was the alleged owner of the bungalow that Lim and his family stayed in, and she was a business partner of a major stakeholder in the proposed Kuala Lumpur International Dental Centre.
Komtar assemblyman Ng Wei Aik had made public the details of Lim's rented residence on Saturday, presenting the agreement between Lim and the bungalow owner.
The agreement stated that Lim had been renting the unit since July 1, 2009 for RM5,000 per month until June 30, 2012.
“The bungalow owner has yet to make up her mind as to whether she wants to renew the agreement. Therefore, Lim is still living there,” said Ng.
Meanwhile, Nibong Tebal MP Tan Tee Beng accused Ng of purposely leaving out the name of the bungalow owner.
“We will reveal all the details instead of only parts of information in the agreement like how Ng did,” he said.
On a separate matter, the state Barisan Nasional was expected to make an official bid to buy the 0.4ha Taman Manggis land from the state government by the end of the week.
LA: Still waiting answer from Lim Guan Eng
Label:
BN,
DAP,
kerajan,
LimGuan Eng,
politik,
PRU13,
Pulau Pinang,
THE STAR
Khamis, 13 September 2012
Penang keeping mum on separate polls
GEORGE TOWN: Penang is keeping mum on the prospects of a separate state election while Kedah says it will decide only after Parliament is dissolved.
However, Penang Chief Minister Lim Guan Eng is expected to make his stand clear today, an aide said.
“My boss will only comment about it tomorrow,” the aide said, when asked if Lim will hold simultaneous election with the federal polls.
This follows a decision by the Selangor government that it will hold its own state polls, separate from the parliamentary election.
Kelantan had said it would follow the Federal Government on the general election.
In ALOR SETAR, Mentri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak said the state might go along with the idea of holding a separate election for Kedah.
He added that, however, the state government would consider first which move could ensure a win for PAS and its allies before making a decision.
“We will wait until Parliament is dissolved. We also need to know the decision of the Pakatan Rakyat council on the matter,” said Azizan, who confirmed he would defend the Sungai Limau state seat.
Meanwhile, Penang MCA secretary Lau Chiek Tuan said the island was not likely to hold separate polls as the Pakatan coalition had been saying it was confident of retaining the state.
“Selangor is probably worried to lose, hence the need to have separate state polls,” he said.
State opposition leader and Penang Umno secretary Datuk Azhar Ibrahim said the state assembly would decide on whether to have concurrent or separate polls.
Label:
DAP,
Kedah,
kerajan,
Khalid Ibrahim,
LimGuan Eng,
PAS,
PKR,
politik,
PRU13,
Pulau Pinang,
THE STAR
Selasa, 28 Ogos 2012
Tetap berkeras gubal undang-undang antilompat
Baru tadbir negeri dah tunjuk besar kepala nak gubal undang-undang sendiri.Inilah rupanya orang bagi betis nak peha pula.Kedegilan yang ditunjukkan oleh DAP untuk menggubal undang-undang antilompat di negeri Pulau Pinang. DAP ingin meminda perlembagaan negeri bagi menghalang wakil rakyat melompat parti,
Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng bertegas cadangan itu tidak bertentangan dengan Perlembagaan
Persekutuan dan tidak mempunyai kaitan dengan hak asasi manusia termasuk kebebasan berpersatuan.
Walaupun bertentangan dengan Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan ,Guan Eng yakin dapat dilaksanakan mengikut proses undang-undang.Betul-betul keras kepala Guang Eng ni.Baru tadbir satu negeri dah nak ubah semua perlembagaan.Macam mana lah agaknya kalau tadbir satu negara ,menderitalah rakyat nanti.
Sumber:BH 28 Ogos 2012
Rabu, 15 Ogos 2012
Kerajaan DAP Pulau Pinang mungkir janji
Kerajaan DAP Pulau Pinang digesa menghormati Enakmen KEbebasan Maklumat Pulau Pinang 2010 berhubung permohonan mendapatkan semula dokumen lengkap membabaitkan 19 projek istimewa di negeri ini termsuk di lereng bukit.Tetapi DAP telah mungkir janji.BN juga emmbidas keikhlasan kerajaan DAP Pulau Pinang kera mengenakan pelbagai prodesur ketat dan menyusahkan kepada orang awam yang mahu meneliti dokumen projek tanah lereng bukit.
Ketua Menteri Lim Guan Eng,tidak telus apabila gagal mengumumkan peralihan jawatan pengerusi LEmbaga Tender negeri pada 2010.
Sumber: BH 15 Ogos 2012
LA: kau lupa pada janji wahai kerajaan DAP Pulau Pinang
Label:
BN,
DAP,
LimGuan Eng,
politik,
PRU13,
Pulau Pinang
Khamis, 9 Ogos 2012
Tema berbeza cabar kedaulatan negara
Ketandusan idea dan politik sempit pembangkang hingga sanggup mempolitikkan tema kemerdekaan yang menjadi hak kerajaan memerintah menetapkannya.Keegoan pembangkang ini, menunjukkan mereka cetek pemikiran dan tahap kematangan politik yang rendah.Secara tidak langsung mencabar kedaulatan negara.Sikap ini bertentangan dengan konsep negara Malaysia kerana sambutan hari bersejarah itu sepatutnya bersifat nasional bukan kenegerian.
Label:
Anwar Ibrahim,
Azmin Ali.,
Berita harian,
BN,
keamanan,
kelantan,
negara,
patriotisme,
PKR,
politik,
PRU13,
Pulau Pinang,
selangor,
sosial
Rabu, 8 Ogos 2012
'Ambil tindakan sewajarnya'
Georgetown: Pelbagai pihak mendesak DAP mengambil tindakan ke atas ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Alam Shah, M Manoharan kerana memperlekehkan sumbangan Datuk Lee Chong Wei.
Pengerusi Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang, Teng Chang Yeow yang menyifatkan Manoharan biadab, berkata komennya tidak boleh diterima pada saat rakyat masih bersedih dengan kekalahan Chong Wei selepas bermain bermati-matian. DAP perlu maklumkan apa jenis tindakanaka diambilterhadapManoharan atau mereka hanya mahu berdiam diri. DAP kena ingat mereka tidak boleh bersikap talam dua muka dalam isu ini.
Politikkan kemenangan
Saya boleh bayangkan kalau Chong Wei menang, pasti mereka (pembangkang) akan cuba mengambil kredit dan mungkin cuba mempolitikkannya juga, katanya kepada pemberita pada Majlis Berbuka Puasa BN negeri di sini, malam kelmarin.
Dalam perlawanan akhir badminton Sukan Olimpik, Ahad lalu, Chong Wei tewas kepada Lin Dan, 21-15, 10-21, 19-21 selepas bertarung 79 minit.
Berikutan kekalahan Chong Wei, Manoharan membuat komen menerusi twitternya. Antara komennya: Malaysia will win its first gold medal after Pakatan takes over Putrajaya, Lin Dan wins. He played better than Lee Chong AWAY. (Malaysia akan menang pingat emas Olimpik pertama selepas Pakatan ambil alih Putrajaya. Lin Dan menang. Dia bermain lebih baik daripada Lee Chong AWAY).
Perlekeh maruah negara
Di IPOH, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir menyifatkan tindakan mempersendakan Chong Wei sama dengan memperlekehkan maruah negara.
Katanya, tindakan Manoharan jelas menunjukkan beliau seorang individu yang tidak sensitif dengan perasaan rakyat Malaysia.
Dia ingat dia saja yang hebat, jadi dia sanggup memperlekehkan orang lain, katanya kepada pemberita selepas sesi Hari Bertemu Pelanggan di sini, semalam.
Manoharan juga dituduh cuba mempolitikkan sukan negara apabila mendakwa Malaysia hanya memenangi pingat emas di Sukan Olimpik selepas pembangkang mengambil alih Putrajaya.
Zambry berkata, Manoharan tidak mewakili suara rakyat di negara ini dan bersikap mementing diri.
Saya boleh bayangkan kalau Chong Wei menang, pasti mereka (pembangkang) akan cuba mengambil kredit dan mungkin cuba mempolitikkannya juga, katanya kepada pemberita pada Majlis Berbuka Puasa BN negeri di sini, malam kelmarin.
Dalam perlawanan akhir badminton Sukan Olimpik, Ahad lalu, Chong Wei tewas kepada Lin Dan, 21-15, 10-21, 19-21 selepas bertarung 79 minit.
Berikutan kekalahan Chong Wei, Manoharan membuat komen menerusi twitternya. Antara komennya: Malaysia will win its first gold medal after Pakatan takes over Putrajaya, Lin Dan wins. He played better than Lee Chong AWAY. (Malaysia akan menang pingat emas Olimpik pertama selepas Pakatan ambil alih Putrajaya. Lin Dan menang. Dia bermain lebih baik daripada Lee Chong AWAY).
Perlekeh maruah negara
Di IPOH, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir menyifatkan tindakan mempersendakan Chong Wei sama dengan memperlekehkan maruah negara.
Katanya, tindakan Manoharan jelas menunjukkan beliau seorang individu yang tidak sensitif dengan perasaan rakyat Malaysia.
Dia ingat dia saja yang hebat, jadi dia sanggup memperlekehkan orang lain, katanya kepada pemberita selepas sesi Hari Bertemu Pelanggan di sini, semalam.
Manoharan juga dituduh cuba mempolitikkan sukan negara apabila mendakwa Malaysia hanya memenangi pingat emas di Sukan Olimpik selepas pembangkang mengambil alih Putrajaya.
Zambry berkata, Manoharan tidak mewakili suara rakyat di negara ini dan bersikap mementing diri.
LA: Kerana pulut santan binasa,keraan mulut badan binasa
Isnin, 6 Ogos 2012
Guan Eng tak perlu berdalih isu rumah

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng tidak perlu berdolak dalih berhubung isu rumah mewah bernilai Rm1.8 juta yang dipercayai dimiliki bekas kakitangan pejabat. Lokasi rumah tersebut yang tidak jauh dari lokasi kediaman Ketua Menteri.Sepatutnya sebagai Ketua Menteri ,Guang Eng ada kemudahan untuk mengenal pasti sesiapa saja yang memiliki rumah di Slim Villas.
Guang Eng boleh mendapatkan maklumat daripada Majlis Perbandaran Pulau Pinang. Tetapi beliau tidak berbuat demikian.Guang Eng diminta untuk menjleaskan isu tersebut.
Sumber: BH 6 Ogos 2012
LA: Rumah oh rumah,apa da jadi .....
Langgan:
Catatan (Atom)