Halaman

Rabu, 14 November 2012

Bagaimana Pas mahu menegakkan Islam kalau masih bersama DAP??


Para pendukung PAS diseru menjadikan Muktamar Tahunan PAS ke-58 sebagai medan meningkatkan semangat jihad dalam meneruskan usaha memenangkan perjuangan Islam di Malaysia.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, ini kerana muktamar kali ini merupakan ijtimak terakhir parti sebelum menghadapi PRU13.
muktamar diadakan sempena bulan hijrah bagi mengingatkan pimpinan dan ahli kesukaran Rasul dalam mempertahankan Islam sehingga menuntut pengorbanan yang besar seluruh pihak Muhajirin dan Ansar.

Katanya, pemilihan bulan Muharam sebagai bulan muktamar mempunyai matlamat terselindung agar dapat dihayati oleh seluruh perwakilan dan pemerhati. 

Nak tergelak dengan kenyataan Ketua penerangan PAS ini, bagaimana hendak menegakkan Islam kalau masih lagi bekerjasama dengan DAP dan Anwar al Juburi??PAS cakap tak serupa bikin,cakap lain, tapi buat lain.Adakah pemimpin seperti ini yang kita mahukan??sanggup bersekongkol dengan kafir semata-mata untuk meraih undi.Di mana maruah PAS??di mana letaknya harga diri PAS??


Pas samakan UMNO dengan pesakit kanser

UMNO telah mengidap penyakit ini agak lama, tetapi oleh kerana UMNO ini parti kaya-raya dan dipimpin oleh semua pemimpin-pemimpin yang ‘kaya baru’ maka hayatnya telah dapat disambung kerana yang kaya selalunya akan dapat berubat dan pergi terbang ke seluruh pelusuk dunia untuk berubat. Penyakit kanser UMNO ini sebenar nya sudah lama kerana ramai yang berpendapat ia mula merebak sejak pemerintahan Dr Mahathir. Tetapi UMNO mampu berubat kerana kekayaan pemimpin-pemimpinnya maka UMNO dapatlah untuk terus hidup sampai ke pilihanraya 2008 dahulu walaupun tanda-tanda kematian sudah jelas nampak apabila hilang majoriti 2/3 di Dewan Legislatif Parlimen.
Najib terpaksa ke hulu ke hilir serta mundar mandir ke darat dan ke baruh untuk memanjangkan usia parti yang sedang menghadapi penyakit yang serius itu. Sekali Najib melawat jutaan wang ringgit dibelanjakan dan semuanya ini adalah wang rakyat.

Siapa sebenarnya yang sakit? UMNO atau Pas?? Pas yang dah nak nazak,sebab sanggup bekerjasama dengan DAP.Pas yang sebenarnya pesakit kanser  tegar sebab terpaksa membuat pelbagai isu-isu semata-mata untuk mendapat perhatian daripada rakyat.Pas memang sudah ketandusan ida dan sudah tidak relevan untuk rakyat Malayisa dan Islam.

Anti Lynas: Jalan kaki Kuantan - KL bermula hari ini


Protes terhadap Lynas di teruskan hari ini dengan Wong Tuck selaku pengerusi Himpunan Hijau secara solo memulakan kempen berjalan kaki dari perkarangan Masjid Negeri Kuantan menuju ke bangunan Parlimen di Kuala Lumpur.
Acara pelepasan beliau turut di sertai oleh pimpinan Pakatan Rakyat yang menyokong penuh sebarang kempen kesedaran bagi membantah operasi Lynas di Gebeng.

Turut serta ialah Andansura Rabu (TYDP Pas Indera Mahkota/Pengerusi Lujnah Alam Sekitar Pahang), Fuziah Salleh (MP Kuantan), Ustaz Syed Anis (PAS Kuantan) serta beberapa pimpinan Pakatan Rakyat dan NGO lain yang berjuang menentang operasi Lynas di bawah gabungan SLC (Stop Lynas Coalition) dan Himpunan Hijau.

Kempen ini akan berlangsung  selama 10-13 hari dan Wong Tuck berharap agar dapat mencapai jarak yang di tetapkan iaitu 25-30 km sehari untuk sampai ke Dataran Merdeka pada 25 November 2012.

Mengapa Pakatan Rakyat perlu berbuat demikian.Bukankah ini semua hanya akan menyusahkan rakyat  Pahang dan hanya menyebabkan keadaan lagi huru hara,Kalau ank protes pon banyak cara lagi bukan dengan cara yang menyusahkan rakyat,Ini Malaysia,bukan luar negara yang sikit-sikit tak puas hati buat demonstrasi.Ini bukan budaya rakyat Malaysia.