Halaman

Selasa, 19 Mac 2013

PR: baiki manifesto

Pakatan Rakyat (PR) mungkin akan membuat beberapa penambahbaikan manifestonya bertemakan Pakatan Harapan Rakyat, yang dibentangkan bulan lalu, susulan maklum balas rakyat dari seluruh negara, kata Naib Pengerusi DAP, M. Kulasegaran.

"Kita nampak ramai rakyat di seluruh negara memberi pandangan mereka," katanya.

Walaupun masih di peringkat perbincangan, antara penambahbaikan yang akan dilaksanakan dalam 100 hari pentadbiran pembangkang adalah menyelesaikan isu kad pengenalan merah, biru dan rakyat yang tidak memiliki sijil kelahiran.

"Ini masalah yang amat rumit pada hari ini di mana lebih 300,000 orang dalam keadaan ini," kata beliau yang juga Ahli Parlimen Ipoh Barat.

Manifesto PR yang dibentangkan bulan lalu menggariskan empat teras utama iaitu Rakyat Bersaudara, Ekonomi Rakyat, Kesejahteraan Rakyat dan Kerajaan Rakyat.

Manifesto ini adalah sebahagian daripada kandungan Buku Jingga yang dilancarkan perikatan itu pada tahun 2010.

Menurut Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail, pihaknya mendapat maklum balas cukup baik daripada rakyat sehingga tidak menang tangan untuk turun ke padang bagi menerangkan manifesto pihaknya.

Bahkan PKR sendiri katanya, akan melancarkan sebuah aplikasi baru minggu hadapan bagi membolehkan rakyat mengakses maklumat parti itu.

"Kami akan memasukkan semua bahan kempen untuk nantinya memperkenalkan calon dengan menggunakan pendekatan itu," katanya lagi sambil berkata pendekatan tradisional menerusi ceramah-ceramah juga akan terus diperhebatkan.

Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali pula menegaskan, manifesto adalah sebuah perancangan yang tertakluk kepada kekangan semasa dan faktor masa.

"Manifesto ini adalah perancangan kita. Apa yang kita hendak buat. Ada perkara yang boleh dibuat cepat, ada yang lambat sedikit. Ada yang lebih daripada lima tahun," katanya sambil berkata, akar umbi dan rakyat menerima baik manifesto perikatan itu.

Jangan baiki sahaja,tapi tak buat bila da berkuasa nanti,sekarang ni,memang lah boleh janji macam-macam tapi tgk je lah apa yang jadi pada negeri-negeri di bawah pentadbiran pembangkang.Masalah tak sudah-sudah.

Pas Tidak Mampu Keluar Dari Telunjuk Anwar


Apabila Pakatan Rakyat (PR) dipimpin Anwar memenangi jumlah kerusi yang banyak dalam Pilihan Raya Umum ke-13, Ezam mula menilai semula pendirian politiknya itu.
“Kita lihat, bagaimana saya tengok keadaan negara turut terancam. Anwar tiba-tiba kuat. Dia nak buat 16 September..ingat tak.
“Dan saya tahu itu semua bohong. Dan saya rasa terpanggil, bertanggungjawab untuk selamatkan negara saya. Sebab saya tahu siapa Anwar.
“Sebelum ini saya tinggalkan, saya ingatkan..biarkan terkubur, mati begitulah. Tapi 2008, mengembalikan balik harapan beliau untuk menjadi pemimpin negara ini dan beliau bekerja keras untuk itu dan macam-macam permainan yang berlaku.”
Menurutnya, untuk membendung kerakusan kuasa Anwar, tidak mungkin beliau kembali semula ke pangkuan PKR kerana parti itu dikuasai sepenuhnya oleh Ketua Umum.
Oleh itu, pilihan pertamanya adalah PAS.
“Saya merasa terpanggil untuk saya berjuang kembali dalam politik. Tapi options saya yang pertama bukan UMNO, option saya yang pertama adalah Pas.
“Saya jumpa pemimpin Pas, hidup lagi dia orang, boleh tanya. Saya jumpa Haji Hadi. Saya bukan jumpa Ketua Pas kawasan. Sebab saya Ketua Pemuda parti Keadilan dulu, saya pemimpin utama parti Keadilan.
“Saya kawan baik dengan Ustaz Hadi, dengan Nasharuddin. Saya kawan baik dengan Salahuddin, dengan Mahfuz. Salahuddin tu bawah saya dulu. Ketua Pemuda, Salahuddin Naib Ketua Pemuda. Saya seangkatan dengan Mahfuz.
“Husam..kawan baik saya di Kelantan. Husam, bagi saya satu kerusi, kerusi di Kota Bharu untuk saya bertanding pada tahun 2008. Itu yang saya tolak.
“Mereka kawan saya. Dan saya lebih selesa untuk berjuang bersama Pas kalau saya nak masuk politik balik sebab saya dah tujuh tahun itu, saya dengan Pas dan saya jumpa dengan pemimpin Pas.”
Namun, hati Ezam berat untuk masuk PAS kerana parti itu tidak bersedia untuk menjadi ketua dan keluar dari arahan Anwar.
Menurutnya, hasil perbincangan dengan PAS, didapati kepimpinan parti itu tahu masalah moral Anwar tetapi tetap mengikuti telunjuk bekas Timbalan Perdana Menteri itu semata-mata untuk mendapatkan kuasa.
“Tetapi saya tidak masuk Pas sebab Pas tidak boleh membuat keputusan pada masa itu untuk menentang Anwar. Saya berjumpa mereka, saya kata, ok saya nak tinggalkan Anwar. Saya dah tinggalkan Anwar, mereka tahu.
“Saya kata, saya nak masuk balik politik, saya tengah fikir sama ada saya nak masuk Pas atau UMNO. Of course option saya yang pertama Pas.
“Saya tanya mereka, tetapi saya tak boleh masuk Pas dalam keadaan Pas masih ‘mendakap’ Anwar Ibrahim. Sebab Anwar Ibrahim adalah seorang peliwat, saya kata. Saya sebutkan semua yang saya conviction kan.
“Yang mana satu orang pun pemimpin Pas tak boleh lawan hujah saya. Malah, ada kalangan mereka yang bersetuju pun dengan saya.
“Saya masih ingat lagi, kata satu dua orang yang mengatakan, kita tahulah dia ‘macam’ tu, tapi kita nak kudakan dia je.
“Saya masih ingat lagi, saya cakap kat diaorang, you nak kudakan dia. You ingat dia kuda apa? Ini bukan sebarang kuda, ini kuda liar. You kuda dia, dia kudakan you. Saya ingat lagi, cuba you tanya dia orang.”
Menurut Ezam, walaupun PAS memperjuangkan Islam, namun dalam kes Anwar, parti itu gagal membuat pendirian jelas.
Walaupun ada di kalangan pimpinan Pas mempercayai masalah moral Anwar, namun Pas tidak mampu untuk membuat pendiriannya.
Justeru itu, tidak menghairankan kata Ezam, Pas juga gagal membuat pendirian dalam menghadapi isu-isu lain termasuk bercanggah dengan Islam yang dilakukan Anwar.
“Jadi, bila saya tak boleh dapatkan komitmen daripada Pas untuk berjuang atas dasar prinsip. Prinsip asas Pas itu sebagai parti itu betul tetapi bila dihadapkan dengan Anwar Ibrahim ini, mereka tak boleh buat keputusan.
“Itu tahun 2004, sekarang 2012, lagi macam-macam you tengok apa yang Anwar buat yang bercanggah dengan Islam. Pluralisme, kenyataan Anwar contohnya di London of School Economics pada tahun 2010, saya ada teks, jelas pluralisme. Bertentangan dengan Islam. Pas tak boleh buat keputusan.
“Baru ini, anak dia pula Nurul Izzah buat kenyataan, jelas bertentangan dengan Islam. Pas tak boleh buat keputusan. Itu sekarang.
“Saya dah tahu pada tahun 2008 lagi masa saya buat keputusan nak kembali ke dunia politik. Saya tahu Pas tak mampu untuk membuat keputusan yang tegas.”
Dan kerana kegagalan Pas keluar dari belenggu Anwar itu, Ezam membuat keputusan menyertai UMNO.

PM: Don’t politicise deaths of security forces

Patriotic joy: Najib attending a function to hand over haj offer letters to candidates of a special pilgrimage programme in Putrajaya. — Bernama


 Datuk Seri Najib Tun Razak has questioned the motive of PAS Dewan Ulama head Datuk Harun Taib over his reported remarks that the deaths of the security forces in Sabah cannot be consideredsyahid akhirat (martyrs for the cause of the hereafter).
“This is not the time for us to turn the lives of the security forces into a political issue according to one's whim and fancy.
“It is not that we wished to see lives sacrificed. But when we were attacked, we were forced to defend ourselves,” the Prime Minister said yesterday.
He was commenting on remarks by Harun in Kuala Terengganu on Saturday that the deaths of the security members in defending the country were merely as martyrs for the cause of worldly principles (syahid dunia).
Harun said this in response to a National Fatwa Council consensus that the policemen and soldiers had died as martyrs in the context of syahid akhirat.
Najib said Harun's remarks went against the ruling of the fatwa council.
“The council had stated that the members of the security council had died a martyr's death (in the cause of the hereafter) because they fell while defending the lives, property and families of the people as well as in defence of the country's sovereignty and dignity.
“We regret that even dying as martyrs is being politicised.
“What's their agenda now?” the Prime Minister questioned, reminding the people that an Opposition leader had, before this, claimed the intrusion into Lahad Datu was just a drama orchestrated by Umno.
He was speaking at the handing over of letters to 800 imam and chairmen of village security and development committee (JKKK) members to perform the haj later this year under a programme sponsored by the 1Malaysia Development Bhd (1MDB) Foundation here yesterday.
Putra Mosque Imam Kamarudin Said represented the recipients in pledging support for the Barisan Nasional leadership.
“The Barisan government has taken good care of Islam and the needs of its followers.
“We pledge to work hard to ensure Najib continues to lead the country,” he said.

Tidak perlulah semua hendak dipolitikkan.Ini berkaitan nyawa.Bukan benda yang boleh dibuat main,kerana ada insan lagi yang masih bersedih dengan pemergian mereka yang gugur di Lahad Datu.Tak faham dengan pembangkang ni, dahlah tak nak hulurkan bantuan,tapi asyik mengkeji sahaja kerja mereka ni.Mereka ingat mereka tu, mulia sangat ke!!!!

Lahad Datu: Agenda Pas berhubung 'syahid dunia'

Najib Tun Razak

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mempersoal agenda di sebalik Ketua Dewan Ulama Pas Pusat Datuk Harun Taib menyifatkan  anggota dan pegawai keselamatan dalam insiden pencerobohan dan tembakan di Lahad Datu, Sabah sebagai 'syahid dunia'.
Beliau berkata, kenyataan Harun pada Sabtu lepas di Kuala Terengganu itu amat bertentangan dengan keputusan Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Islam (Jawatankuasa Fatwa) yang bersidang pada 6 Mac.
Perdana menteri berkata Jawatankausa Fatwa telah menyatakan anggota keselamatan yang terkorban dalam isu pencerobohan di Sabah tergolong dalam 'syahid akhirat' kerana terkorban dalam mempertahan keselamatan nyawa, harta, keluarga, maruah dan kedaulatan negara.
“Yang kita rasa kesal, tentang mati syahid pun nak dipolitikkan. Nak bercanggah pula dengan keputusan Jawatankuasa Fatwa. Apakah agenda sebenar pihak pembangkang? Seorang dalam kalangan pemimpin pembangkang yang mulut celupar mendakwa itu sebuah sandiwara kerajaan pimpinan Umno.
“Ini bukan masanya untuk kita menjadikan soal begitu serius yang melibatkan kedaulatan negara, nyawa pasukan keselamatan, maruah negara sebagai bahan politik untuk ditendang ke sana sini mengikut nafsu politik masing-masing,” katanya pada majlis penyerahan surat tawaran menunaikan fardu haji kepada calon program khas haji 1434H/2013 tajaan Yayasan 1MDB di sini, hari ini.
Najib juga menyeru setiap rakyat Malaysia supaya menunjukkan kesetiaan kepada negara.
Sementara itu, Najib berkata kerajaan mengamalkan konsep wasatiyyah dalam mencari penyelesaian apabila berdepan dengan isu pencerobohan bersenjata di Lahad Datu, Sabah baru-baru ini.
Pertama, beliau berkata kerajaan tidak bertindak terburu-buru kerana mahu mengelak berlakunya pertumpahan darah.
“Kalau boleh selesai dengan baik, lebih-lebih lagi antara orang Islam dengan orang Islam, meskipun mereka ceroboh masuk ke negara kita dengan senjata tetapi kita memberi peluang kepada mereka demi tidak ingin melihat ada orang yang terkorban dan akhirnya pertumpahan darah pasti akan berlaku.
“Sebaliknya apabila peluang ini diberikan tidak dibalas dan kita pula puak yg diperangi oleh mereka dan kita dianiaya oleh mereka, maka pada masa itu wajib kita tentang mereka.
“Ini selaras dengan hukum-hukum dalam Islam setelah kita memberi peluang  untuk mencari jalan kedamaian tetapi pihak yang berkenaan mengisytiharkan perang terhadap kita. Maka, wajib bagi kita mempertahan nyawa, harta, tanah dan negara kita.
“Ini prisnip Islam yang tidak boleh dipersoalkan oleh sesiapa pun,” katanya.

Siapa kita untuk tentukan syurga atau neraka letaknya seseorang itu, kita sendiripun tak tahu di mana tempat kita nanti.Sekurang-kurangnya mereka yang gugur  di Lahad Datu telah menunaikan tanggungjawab mereka sebagai muslim yang sejati.