Halaman

Isnin, 12 November 2012

PAS, PR tidak diserang jika tidak ancam Umno BN


Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menegaskan bahawa PAS tidak pernah berganjak daripada landasan asal perjuangan.

“Bahkan, apa yang sering ditimbul bukanlah dasar tetapi soal strategi parti. Strategi parti boleh berubah mengikut kesesuaian keadaan dan suasana, manakala dasar parti tetap tidak berganjak,” tegas Ketua Penerangan PAS Pusat itu.Tuan Ibrahim menegaskan bahawa dasar PAS untuk memperjuangkan Islam tidak pernah berubah kerana perubahan yang melibatkan dasar parti mesti diluluskan oleh Majlis Syura Ulamak atau usul yang diterima dalam muktamar parti.

Sehingga kini, kata Tuan Ibrahim, tiada sebarang perubahan yang melibatkan dasar parti yang berjuang berpaksi kepada al-Quran dan Hadis.
Beliau dipercayai sedang memberi respons kepada tindakan segelintir ahli PAS yang kecewa di dalam satu forum di Selangor, yang secara terbuka menuduh parti telah menyimpang daripada perjuangan Islam dan menyeru parti mengkaji semula hubungan politik bersama DAP.


LA: Tak sungguh tak melata, tak sungguh orang tak mengata.

Khamis, 8 November 2012

Pas tuduh MIC kantoi isu kondo

 Minit mesyuarat Majlis Perbandaran Selayang (MPS) pada 29 November 2007 mengesahkan, projek kondominium bersebelahan Batu Caves turut disokong oleh ahli majlis dari MIC.

Antara ahli MPS yang menyokong cadangan pembinaan kondo itu adalah timbalan Menteri Luar, Datuk A Kohilan Pillay yang menjadi ahli majlis dari Gerakan antara 1997 hingga 2007.

Turut menyokong adalah tiga wakil MIC dalam MPS iaitu Rajakupal Sinarthamby, Jayakumaran Govindasamy dan Rajadran Muniandy, lapor muka depan akhbar harian The Sun hari ini.


Sumber :Harakahdaily 8 Nov 2012

LA: Pas pula yang banyak bunyi sekarang ni.

PM Malaysia: Anwar VS Najib siapa anda pilih??

Perdana Menteri Anwar VS Najib Perdana Menteri Malaysia Ketujuh. Najib Razak VS Anwar Ibrahim. Mana Satu Pilihan Anda?

Pilihan raya ke 13 menjadi semakin hampir. Mungkin bulan  ini, bulan hadapan ataupun selepas selesai pemberian bantuan BR1M 2.0. Walauapapun, persoalan yang bermain difkirkan rakyat Malaysia ketika ini siapakah yang menjadiPerdana Menteri Malaysia selepas keputusan Pilihanraya Umum ke 13 diumumkan? Siapakah?

Adakah Najib Razak akan mengekalkan tampuk pemerintahan sebagai Perdana Menteri Malaysia untuk penggal seterusnya selama 5 tahun lagi? Atau…….Anwar Ibrahim “akan bertukar kerusi” dengan Najib Razak di Dewan Rakyat?
Sememangnya bahang Pilihanraya Umum ke 13 sudah semakin dekat. Ditambah kalau tengok sekarang masing-masing berkempen bagai nak rak. Baik daripada Barisan Nasional mahupun Pakatan Rakyat. Kempen mendekati dan menawan hati rakyat semakin hebat dan suasana dilihat menjadi semakin panas.
Banyak isu-isu yang cuba diketengahkan. Baik oleh kerajaan mahu pun pihak pembangkang.



Pilihanraya Umum ke 13 kelak merupakan pertembungan palingan hangat dalam sejarah politik di Malaysia. Dan juga Pilihanraya Umum ke 13 kelak juga merupakan medan yang sebenar pertembungan antara antara kedua-dua tokoh politik ini, antara Najib Razak VS Anwar Ibrahim. Pertembungan antara seorang tokoh yang mempunyai karakter dan juga seorang lagi tokoh yang mempunyai reputasi bagi mengisi jawatan Perdana Menteri Malaysia yang seterusnya…….
Apa pandangan anda pula?

Sumber: Harakahdaily 8 Nov 2012

LA:Tepuk dada tanyalah selera.Nilailah sendiri siapa yang berjuang untuk rakyat dan untuk diri sendiri dan siapa yang banyak memberikan manfaat pada rakyat.






Nurul Izzah dianiaya??

Dewan Muslimat PAS Pusat (DMPP) kesal dengan tindakan pihak tertentu menghukum Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar sebelum mendapatkan penjelasan beliau.

Timbalan DMPP, Dr. Siti Mariah Mahmud berkata, pihak yang membuat tuduhan kononnya Izzah menyokong Melayu murtad khususnya pimpinan Umno tidak memahami konteks dan maksud sebenar kenyataan Izzah dalam forum ‘Negara Islam: Versi Mana; Siapa Bertanggungjawab?, Sabtu lalu.

"Adalah suatu yang tidak masuk akal menuduh seorang muslimah mukminah, yang solat, yang puasa, yang tutup aurat mengajak orang Melayu meninggalkan Islam dan menyokong orang Melayu murtad. kata beliau pada sidang media di lobi Parlimen hari ini.


Nurul Izzah tidak sesekali mengeluarkan kenyataan yang bermaksud orang Melayu bebas memilih agama, mengajak orang Melayu keluar Islam dan menyokong orang yang murtad," katanya.

Sumber: Harakahdaily

LA:" Tak sunguh tak melata, tak sungguh orang tak mengata". Kalau betul Nurul Izzah tak bercakap sedemikian takkan lah ada yang sanggup mengatakan dia berkata begitu.kalau betul Nurul Izaah di pihak yang beanr, buat apa nak menggelabah,kebenaran akan terserlah jugakan.Rakyat sekarrang sudha pandai menilai.Jadi Nurul Izzah tak perlu lah,nak melatah sangat.

Rabu, 7 November 2012

Nurul: Tidak perlu ulas kerana dari Utusan - TG Nik Aziz


Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat  berkata, beliau tidak bercadang untuk mengulas kenyataan naib presiden PKR, Nurul Izzah Anwar kerana ia disiarkan oleh akhbar Utusan Malaysia.

"Saya ditanya tentang isu kenyataan Naib Presiden PKR, Nurul Izzah berhubung isu bebas untuk memilih agama. 

"Saya lihat akhbar yang meletakkan isu ini di muka hadapan ialah akhbar yang sudah berkali kali kalah di mahkamah kerana menyiarkan laporan palsu dan tidak tepat.



Nik Aziz berkata demikian melalui kenyataan ringkas yang disiarkan dalam facebooknya hari ini. Dalam masa sekejap sahaja beribu-ribu pengikut facebook beliau share kenyataan beliau itu dalam facebook mereka.
Hampir 2,000 pula memberikan komen mereka mengenainya.


LA: Anti sungguh Nik Aziz dengan Utusan ni,ada "sesuatukah" wahai Tuan Guru.

Kelantan restu niat Pas ke Johor


Dewan Pemuda PAS Kelantan mengalu-alukan rancangan PAS Johor untuk 'menjohorkan' PAS di negeri itu.

Bagi mereka, ianya bersesuaian dengan ‘mood’  pelbagai lapisan masyarakat terhadap perjuangan parti itu yang dilihat semakin hebat.


PAS di Kelantan juga mengambil pendekatan yang sama iaitu mendekati rakyat negeri itu melalui program sosiobudaya mereka untuk memenangi hati mereka.

Ia termasuklah menjadikan kesukaan rakyat Kelantan sebagai program PAS termasuklah dikir barat, bola sepak, memperkasakan makanan tradisi Kelantan termasuk budu dan sebagainya.


“Lebih membanggakan kita mana-mana program Pakatan Rakyat yang dianjurkan di negeri ini mendapat sambutan rakyat termasuk jualan meja untuk makan malam baru-baru ini.

“Untuk itu PAS perlu memperlengkapkan diri untuk menerima keluarga besar yang bakal menyertai parti itu,”ujar Abdul Latif ketika menyokong cadangan Johor itu.

Yakin Sunguh PAS untuk menawan Johor.Kita tengok je lah dalam PRU 13 nanti,adakah impian Pas itu akan menjadi kenyataan atau hanya angan-angan kosong.adakah Johor juga sanggup mengadaikan masa depan negeri mereka di tangan PAS? hanay rakyat Johor ada jawapannya.Tunggu dan lihat sahaja.

Hadi nak bertanding di Sabah pula.


"Kalau pimpinan PAS mengarahkan saya bertanding di Sabah atau Sarawak pun, saya akan pergi," kata Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang  hari ini.


"Saya tidak boleh buat keputusan sendiri, kita terima senarai calon kemudian bincang bersama dan mesti patuh kepada keputusan parti.



"Kalau parti kata tidak bertanding, maka tidak bertandinglah. Kalau bertanding maka bertandinglah.


bdul Hadi mendapat perhatian media ekoran beliau menyatakan kesediaan untuk melawan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di parlimen Pekan dalam pilihan raya nanti.


Menurut  Ahli Parlimen Marang itu,  kenyataanya  untuk bertanding di Pekan adalah sebagai mesej kepada ahli dan parti bahawa beliau bukan seorang diktator. 

Abdul Hadi juga memberitahu PAS sudah bersiap sedia untuk menghadapi pilihan raya ke-13 pada bila-bila masa.

Hadi ni macam lalang,tak tetap pendirian.Apa yang dia cuba nak sampaikan ialah,dia bukan bertanding untuk membela nasib rakyat di tempat dia bertanding,tapi lebih untuk kepentingan politik.Bukan bertanding untuk mengubah nasib rakyat di kawasan dia bertanding.Adakah pemimpin seperti ini yang diperlukan rakyat Malaysia?? tepuk dada,tanyalah selera.Segala akan terjawab dalam PRU 13 nanti.