Halaman

Isnin, 13 Januari 2014

Kecewa Tak Naik Gaji, Khalid Buang Azmin Dari PKNS

azmin dropped

AZMIN adalah yang terawal membantah keputusan Khalid Ibrahim menaikkan gajinya sendiri selaku Menteri Besar sehingga melebihi 100%, gaji Spekaer lebih 200% dan gaji Timbalan Speaker, 373%.
Sedangkan Azmin selaku ADUN, hanya naik 80%.
Untuk tidak nampak sangat dia yang mula, Azmin minta teman berkongsi bini, Anwar Ibrahim yang mula kondem keputusan tersebut, tak sampai setengah jam selepas itu, dia pulak kondem.  Anwar kemudiannya guna pengaruh dalam Majlis Presiden Pakatan Rakyat untuk minta Khalid batalkan keputusan tersebut.
Akibat tekanan yang bertimpa-timpa, tak sebut lagi dari rakyat Selangor yang sudah nampak kenaikan pelbagai jenis cukai, caj dan seumpamanya dalam negeri tersebut (sedangkan khidmat tak seberapa), termasuk masalah serbuan JAIS tempoh hari, menyebabkan Khalid terpaksa batalkan kenaikan tersebut.
Tapi Khalid tak lepas Azmin macam itu saja, dalam masa yang sama dia gugurkan Azmin dari kerusi ahlilembaga Pengarah PKNS – satu jawatan dengan pendapatan lumayan tapi kerjanya yang sangat-sangatsedikit, tidak berbaloi dengan gaji yang diterima.
Keputusan gugurkan Azmin ini memang keputusan akibat sakit hati kerana dari segi kelayakan, Azmin masih layak kerana kerusi itu atas kuota ADUN Selangor.  Berbanding Teressa Kok yang turut digugurkan, dia bukan lagi ADUN Selangor selepas tidak mempertahankan DUN Kinrara.
Pendek kata, tidak ada sebab munasabah untuk Khalid gugurkan Azmin, apatah lagi, penasihat undang-undang dan pegawai kewangan negeri pun dah sokong Azmin dikekalkan.
Apa pun, perkembangan ini memang menarik untuk diikuti.  Sejauh mana Khalid mampu kekal bertahan dengan keputusan tersebut, atau kita akan lihat pergolakan politik paling hebat dalam tempoh terdekat berlaku di Selangor.

Azmin Ali akui terima surat

SHAH ALAM 10 Jan. - Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohamed Azmin Ali mengakui telah menerima surat bahawa beliau tidak lagi berkhidmat sebagai Ahli Lembaga Pengarah Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) hari ini.
Pengakuannya itu dilihat menguatkan lagi desas-desus kononnya Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Antarabangsa itu dipecat daripada jawatan tersebut seperti mana yang dilaporkan menerusi laman blog ketika ini.
Bagaimanapun, Azmin ketika dihubungi enggan mengulas lanjut perkara itu, sebaliknya beliau menyatakan akan membuat pengumuman secara terperinci tentang surat berkenaan tidak lama lagi.
“Saya dah dapat surat tadi. Saya akan maklumkan secara terperinci tentang perkara itu kemudian," katanya dengan ringkas menerusi perbualan telefon, di sini hari ini.
Dalam pada itu, Azmin ketika ditanya tentang kandungan surat tersebut sama ada pemecatan atau perletakan jawatannya sebagai Ahli Lembaga Pengarah PKNS, beliau tidak menjawab secara jelas mengenai perkara itu.
Sebaliknya, Azmin hanya mengiyakan kandungan surat tersebut bahawa beliau tidak lagi berkhidmat sebagai Ahli Lembaga Pengarah anak syarikat kerajaan negeri itu.
Menurut laporan sebuah laman blog www.klxpress.com.my/ hari ini, Azmin dikatakan dipecat daripada jawatan tersebut.
Malah, laman blog itu turut menyiarkan kenyataan Azmin menerusi Twitternya yang berbunyi, ‘Penghargaan kepada pengurusan dan warga PKNS yang telah memberikan sokongan dan kerjasama yang baik kepada saya selama empat tahun’.
Sebelum ini, Azmin dilaporkan sering mengkritik pentadbiran Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim melibatkan beberapa isu tertentu.
Kali terakhir Azmin mengkritik pentadbiran Abdul Khalid ialah pada 28 November lalu apabila beliau menyelar keputusan kerajaan negeri menaikkan gaji dan elaun anggota pentadbiran Selangor antara 80 hingga 373 peratus berkuat kuasa Januari 2014, selain menganggapnya itu terlalu tinggi dan perlu ditangguhkan.
Malah, sebelum itu, Azmin yang juga Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan (BBC) Negeri Selangor dilaporkan bertindak melalui kelab itu mengemukakan memorandum kepada Abdul Khalid ekoran tidak berpuas hati dengan pengurangan peruntukan pembangunan oleh kerajaan negeri pada 7 Oktober lalu.
Bagaimanapun, difahamkan pergeseran antara Azmin dan Abdul Khalid telah bermula sejak 2010 lagi apabila Timbalan Presiden PKR itu mengambil alih jawatan Pengerusi PKR Selangor daripada Abdul Khalid.




Perang Meletus Antara Azmin-khalid

Tan Sri Khalid Ibrahim (left) and Azmin Ali.

Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Azmin Ali mengesahkan pada Sabtu bahawa beliau menerima sepucuk surat berhubung penggugurannya sebagai ahli lembaga pengarah dalam Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) bagi penggal baharu.

Bagaimanapun, Azmin enggan menjelaskan lebih lanjut mengenai punca mengapa beliau tidak dikekalkan. Difahamkan, beliau telah mengembalikan kereta yang disediakan untuk lembaga pengarah PKNS. - mStar.  
Setakat ni aku tak jumpa  lagi kenyataan rasmi pasal apa khidmat Azmin sebagai Ahli Lembaga Pengarah PKNS tak disambung. Laman portas rasmi PKR, Keadilandaily.com pun takdak langsung laporan pasai isu ni.

Kalau nak kata Azmin tak perform sebagai Ahli Lembaga Pengarah PKNS, langsung tak logik kut pasalnya apa sangat tugas dan tanggungjawab ahli lembaga pengarah selain dari hadir mesyuarat. Tambah-tambah jawatan tu lantikan politik yang sebenarnnya lebih kepada nak bagi pendapatan tambahan kepada ahli poltik.

Setakat ni tak nampak sebab yang lebih relevan melainkan tindakan tak sambung khidmat Azmin tu ada sangkut paut dengan pemilihan pimpinan PKR yang akan berlangsung tak lama lagi.

Walaupun aku tergolong dalam golongan yang meluat sangat-sangat dengan Azmin tapi aku tak sokong keputusan kerajaan negeri Selangor tak sambung khidmat Azmin Ali sebagai Ahli Lembaga Pengarah PKNS ni, sangat tak gentelmen

Kecuali la kalau Azmin mempergunakan jawatan dia tu untuk menyusahkan pentadbiran PKNS yang boleh dianggap mensabotaj Kerajaan Negeri.

 Harap sangat-sangat Khalid Ibrahim tak main kotor  dalam politik macam Azmin jugak...

Apa pun, kita tunggu tengok apa komen Khalid Ibrahimm pasai isu ni atau pun lebih menarik lagi kalau komen tu keluar melalui mulut Faekah, individu yang paling Khalid Ibrahim percaya.

Khamis, 9 Januari 2014

COMANGO pertubuhan haram

 Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengesahkan Gabungan Badan Bukan Kerajaan Hak Asasi Manusia (COMANGO) adalah pertubuhan haram.

Ketua Setiausahanya, Datuk Mohamad Khalid Shariff, berkata semakan oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) mendapati COMANGO tidak berdaftar mengikut Akta Pertubuhan 1966 (Akta 335). 

Setiap pertubuhan yang hendak menjalankan aktiviti secara sah di negara ini hendaklah berdaftar dengan ROS di bawah Akta Pertubuhan 1966 seperti yang ditetapkan mengikut Seksyen 7. 


Mana-mana pertubuhan yang tidak memenuhi keperluan Seksyen 7 boleh diambil tindakan sebagai pertubuhan tidak berdaftar dan menyalahi undang-undang di bawah Seksyen 41 (1)(b), katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Melaka tolak perakuan Sultan Melaka

Melaka tolak perakuan  Sultan Melaka

 Kerajaan Melaka menolak perakuan mana-mana individu yang mengaku sebagai Sultan Melaka. 

Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron, berkata perkara itu diputuskan menerusi mesyuarat EXCO Kerajaan Negeri, semalam, sekali gus tidak mengiktiraf mereka yang kononnya mempunyai hak memerintah negeri ini menerusi sistem beraja. 

Kita sudah membuat keputusan secara berfakta untuk menolak sebarang usaha mendapatkan pengiktirafan oleh mana-mana pihak mengenai kesultanan Melaka termasuk pihak yang baru-baru ini menggemparkan masyarakat dengan upacara pertabalan raja Melaka kepada seorang individu. 


Apa juga bentuk dokumen yang ditunjukkan kepada kita adalah tidak sahih dan tidak boleh diterima pakai, termasuk sehelai kertas yang kononnya surat pengiktirafan yang dikeluarkan oleh Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ), katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat EXCO di sini semalam. 

Ambil tindakan 

Sehubungan itu, beliau meminta pihak berkuasa mengambil tindakan sewajarnya terhadap individu yang mengaku dirinya sebagai Sultan Melaka mengikut undang-undang dan Perlembagaan Persekutuan. 

Saya hairan mengapa ada lagi individu yang kurang siuman sekarang ini, malah individu yang mengaku sebagai Sultan Melaka ini tidak dilahirkan di Melaka pun dan saya difahamkan beliau turut menuntut untuk menjadi sultan di beberapa negeri lain. 
Bagaimanapun, saya yakin perkara ini berlaku berikutan Melaka kini sudah nampak kemajuannya dan insiden ini tidak berlaku ketika negeri ini digelar Sleepy Hollow satu ketika dulu. Mungkin kerana Melaka pada ketika itu tidak nampak kualitinya, tetapi sekarang bila dah cantik dan menarik, ramai pula yang hendak tuntut. 

Beliau mengulas dakwaan seorang ahli perniagaan dikenali sebagai Raja Noor Jan Shah yang mengaku sebagai Sultan Melaka ke-44, dan dikatakan berjaya mendapat pengiktirafan daripada ICJ mengenai tuntutannya menduduki takhta raja di negeri itu.

Perhimpunan di Putrajaya: Tindakan tegas jika sertai

Perhimpunan di Putrajaya: Tindakan tegas  jika sertai
Polis memberi amaran akan bertindak terhadap penganjur dan peserta perhimpunan yang dirancang pihak tertentu di sekitar Putrajaya dan Kuala Lumpur jika menyalahi Akta Perhimpunan Aman 2012 . 

Perhimpunan itu dirancang selepas pihak berkaitan dikatakan tidak puas hati apabila demonstrasi sama yang diadakan di Dataran Merdeka pada malam tahun baru sehingga menimbulkan kacau-bilau gagal mendapat sokongan. 

Sabit kesalahan boleh dikenakan denda maksimum RM10,000. 


Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Abdul Razak Abdul Majid, berkata penganjuran setiap perhimpunan perlu mematuhi akta berkenaan, termasuk memberi notis kepada polis 10 hari lebih awal daripada tarikh dirancang, manakala kelulusannya bukan automatik. 

Kaji setiap permohonan 

Setiap permohonan untuk mengadakan perhimpunan akan dikaji dan kita akan panggil penganjur supaya menjelaskan matlamat perhimpunan. 

Namun, setakat ini polis tidak menerima sebarang permohonan daripada mana-mana pihak untuk mengadakan perhimpunan di Putrajaya, katanya ketika dihubungi BH, semalam. 
Beliau diminta mengulas gerakan pihak tertentu menghasut rakyat menerusi media sosial supaya mengundi tiga lokasi tertentu, termasuk Putrajaya untuk menganjurkan perhimpunan kononnya untuk menuntut keadilan dan membela hak rakyat termasuk membantah kenaikan kos sara hidup. 

Pengundian lokasi perhimpunan itu dikesan giat dijalankan sejak kelmarin dengan Putrajaya mendahului carta, diikuti KLIA dan plaza tol Sungai Besi, manakala tarikh penganjurannya dipercayai awal Mac ini. 

Mengulas lanjut, Abdul Razak berkata pihaknya akan memantau aktiviti itu dan akan mengambil tindakan sewajarnya. 

Pihak terbabit juga dilihat menyasarkan golongan belia dan mahasiswa untuk menyertainya.

Kenapa ‘Ubah’ pembangkang tidak menjadi

Dalam satu rancangan khas di Channel News Asia – saluran televisyen berpusat di Singapura – yang disiarkan pada 2 Januari lalu, kemenangan Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 tahun lalu dianggap antara 10 berita terhangat di Asia sepanjang 2013. 

Diplomat dan penganalisis terkenal, Dr Kishore Mahbubani berpendapat nilai kehangatan berita tersebut ialah hakikat Datuk Seri Najib Razak mampu mengemudi BN mencapai kejayaan walaupun diasak pakatan pembangkang selama lima tahun sebelumnya.


Seorang tokoh akademik yang diwawancara pula berkata, kemenangan yang dicapai Najib dalam keadaan penuh cabaran dan tekanan dalam PRU yang digelar ‘ibu segala pilihan raya’ banyak bergantung kepada populariti peribadi serta keberkesanan program transformasi dan konsep 1Malaysia yang diperkenalkan. 


“In effect, Najib stole the thunder from Anwar Ibrahim,” katanya. 

Kegagalan pakatan 

Pengkritik tegar dan cauvinis Cina, Dr Kua Kia Soong, dalam buku terbarunya May 13 Fact & Fiction: Current Malaysian Challenges (SUARAM, Petaling Jaya, 2013), menyalahkan kepemimpinan pakatan pembangkang kerana gagal menerima tawaran Parti Rakyat Malaysia dan HINDRAF untuk mengadakan kerjasama politik menjatuhkan kerajaan UMNO-BN. 

Beliau menganggap kegagalan pakatan pembangkang untuk berkompromi dengan golongan sosialis dan puak yang memperjuang kepentingan kaum India sebagai ‘one of the most unfortunate missed opportunities in the overthrow of the Barisan Nasional rule.’ (ms 102). 
Walaupun memahami bahawa cadangan HINDRAF dalam blueprintnya hanya memberi tumpuan kepada satu kaum saja, Kua tetap menyesali keengganan pemimpin pembangkang berkompromi dengan kumpulan itu. 

Malah, pemimpin pakatan pembangkang melabel blueprint HINDRAF sebagai rasis. Di sinilah, Kua menghentam kebodohan dan sikap oportunis pemimpin pembangkang, terutama DAP. 

Kata Kua: “Sungguh menghairankan. PR bukan saja tidak terima cadangan-cadangan HINDRAF, malah gagal memasukkan cadangan-cadangan tersebut ke dalam manifesto PR. Adakah PR lebih suci daripada HINDRAF berhubung isu kebangsaan? Apakah pucuk pimpinan PR takut kena beri tempat atau kerusi kepada pemimpin India jika cadangan HINDRAF diterima? 

“Pemimpin-pemimpin India dalam PR memberi alasan mereka tidak terbabit dalam menyediakan draf manifesto PR. Ini alasan dangkal. Jika benarlah real politik ini punca sebenar ketidakmampuan PR-HINDRAF mencapai persetujuan, ia adalah satu kegagalan yang amat besar.” (ms 102) 

Deklarasi Gelang Patah 

Lebih memalukan, DAP cuba ‘mengambil hati’ masyarakat India dengan memasukkan cadangan HINDRAF itu ke dalam Deklarasi Gelang Patah. HINDRAF terus menuduh DAP menciplak. 

Kecewa dengan penolakan pakatan pembangkang dan sikap hipokrit pemimpinnya, HINDRAF memohon menjadi anggota komponen BN dan diterima secara rasmi pada 8 April 2013. Ketuanya, P Waythamoorthy, seorang peguam, dilantik menjadi Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri. 

Menurut Kua, tindakan DAP seperti itu sudah diduga dan menempelak sikap hipokrit pemimpin pembangkang kerana mengecam blueprint HINDRAF sebagai rasis, tetapi apabila dimasukkan ke dalam Deklarasi Gelang Patah, tidak pula menegur DAP atau mengatakan deklarasi itu rasis! 

Tegasnya, pembangkang juga ada prejudis dan kepentingan tersendiri, serta tidak mengecam Dasar Ekonomi Baru, justeru, tidak boleh berpura-pura sebagai lebih suci atau baik daripada BN. 

Kesimpulan Kua cukup jelas. “PR cannot claim to be holier than thou because neither does PR condemn this constitutional racism and announce their readiness to abolish the NEP in their manifesto. 

“In the end, it boils down to PR’s failure to come to terms with the national question, and that involves taking a stand on the NEP. Alas, I’m afraid the ‘Ubah’ in PR does not go far enough.”