Halaman

Khamis, 26 Julai 2012

Abdul Malik lepas jawatan YDP MAIPP

Exco Agama Kerajaan DAP Pulau Pinang, Datuk Abdul  Malik Abul Kassim, bersetuju melepaskan jawatannya sebagai Yang Dipertua (YDP) Majlis Agama Islam Pulau Piang (MAIPP) Peletakan jawatan itu memberi laluan kepada Pesuruhjaya PAS negeri, Datuk Mohd Salleh Man yang kini Timbalan YDP MAIPP.Keputusan ini dibuat kerajaan negeri pimpinan Ketua Menteri, Lim Guan Eng, berikutan desakan terutama Dewan Pemuda PAS negeri.
mohon letak jawatan
Abdul Malik yang juga Naib Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) negeri dikatakan menghantar surat memohon perkenan meletakkan jawatan kepada Yang di- Pertuan Agong,Tuanku Abdul Halim Mua'adzam Shah, Isnin lalu.Sumber  berkata, Abdul Malik terpaksa mengalah dengan desakan PAS pada peringkat pusat dan negeri yang mahu PKR segera menunaikan janji Penasihat Umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Permatang Pasir 2009.
Tak berkemampuan
"selain tuntutan  janji itu, PAS juga melihat Abdul Malik kurang berkemampuan mengendalikan pentadbiran MAIPP berbanding Mohd Salleh. "tambahan pula, isu berkaitan penyerahan sijil tauliah peguam syarie Pulau Piang baru- baru ini mempercepatkan lagi proses perletakan jawatan Abdul Malik SelakuYDP MAIPP,"katanya.
April lalu, akhbar ini melaporkan PAS mahu Abdul Malik melepaskan jawatan YDP MAIPP walaupun sudah menerima watikah pelantikan daripada Yang di-pertuan Agong. Desakan itu dibuat berikutan pengakuan Timbalan Ketua Menteri I, Datuk Mansor  Othman, kerajaan negeri silap apabila memperakukan nama Abdul Malik sebagai YDP MAIPP kepada Yang di PErtuan Agong bagi menggantikan Ellias Zakaria, pada 22 Disember tahun lalu.

Sumber:BH 26 Julai 2012

LA: macam-macam hal.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan