Halaman

Isnin, 23 Julai 2012

Karpal mahu PAS henti bangkit isu negara Islam



Georgetown- Pengerusi DAP, Karpal Singh meminta pemimpin PAS supaya tidak terus membangkitkan isu negara Islam yang boleh merencatkan kemaraan pakatan pembangkang ke Putrajaya.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Bukit Gelugor berkata, kepimpinan PAS perlu akur dengan Buku Jingga yang tidak memasukkan hudud sebagai satu agenda pemerintahan Malaysia dan manifesto dalam piilihan raya akan datang.
"Sebagai sebuah parti komponen dalam pakatan pembangkang, PKR dan DAP menyokong penuh keputusan MuktamarPAS 2011 yang akan mengamalkan konsep negara kebajikan.
"Sepatutnya tiada sesiapa dalam kepimpinan PAS termasuk Ketua Pemuda PAS, Nasarudin HassanTantawi mempunyai hak untuk memainkan lagi isu negara Islam atau melaksanakan hudud kerana ia jelas melanggar keputusan yang dipersetujui dalam muktamar," katanya dalam kenyataan semalam.
Kelmarin, Karpal menafikan dakwaan Nasarudin bahawa beliau pernah membuat kenyataan bersedia untuk mempertimbangkan dasar PAS mahukan sebuah negara Islam sekali gus bertegas tidak akan bersetuju dengan pelaksanaannya.
Ia susulan pendedahan Nasarudin ketika berdebat dengan Pengerusi JawatankuasaKerja Sekretariat Ulama Muda UMNO (ILMU), Fathul Bari Mat dalam sesi debat anjuran sebuah akhbar berbahasa Melayu,baru-baru ini.
Karpal berkata,beliau juga pernah mengingatkan PAS pada 23 Disember tahun lalu supaya menerima realiti bahawa Malaysia adalah negara sekular dan demi kepentingan pakatan pembangkang, isu negara Islam perlu diketepikan.

Sumber:BH 23 Julai 2012

LA: cmner la nk tadbir negara ,kalau sesama sendiripon bertelagah dan tak sependapat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan