Halaman

Isnin, 30 Julai 2012

Kurangkan Juruterbang asing:DCA



Syarikat penerbangan tempatan akan diminta mengurangkan juruterbang asing bagi membuka peluang  kerja kepada juruterbang tempatan yang menganggur.Pengurangan membolehkan pembantu juruterbang kanan tempatan  naik pangkat lebih cepat sekali gus membuka lebih banyak peluang kerja untuk juruterbang muda yang baru mendapat lesen juurterbang komersial (CPL).
Langkah ini adalah cadangan Jabatan Penerbangan Awam (DCA) yang akan  dibentangkan Kementerian Pengangkutan kepada Kabinet, susulan daripada arahan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang mahu isu juruterbang menggangur diselesaikan.
Difahamkan ada 200 juruterbang asing di negara ini yang kebanyakannya berpangkat kapten dan memiliki 5,000 jam penerbangan mengikut ketetapan syarikat penerbangan.Dengan pengurangan juruterbang asing , bermakna membolehkan pembantu juruterbang kanan dinaikkan pangkat dengan  selebihnya diisi oleh juruterbang muda mengisi jawatan pembantu juruterbang. 
Cadangan lain,  meminta sekolah penerbangan mengambil juruterbang sebagai pembantu pelatih juruterbang serta melatih mereka sebagai juruterbang helikopter.

Sumber: Bh 30 Julai2012

LA:Kera di hutan disusukan,anak di rumah mati kelaparan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan