Halaman

Selasa, 31 Julai 2012

Panel ambil pandangan luar isu BERSIH 3.0


Panel penasihat Bebas  bagi menyiasat  Perhimpunan BERSIH 3.0 akan mendapatkan pandangan pakar luar negara berhubung prosedur operasi standard (SOP) dalam mengendalikan perhimpunan dan demonstrasi di negara masing-masing.Pengerusinya, Tun Hanif Omar, berkata pandangan itu termasuk berkaitan peralatan yang digunakan pihak berkuasa negara berkenaan untuk menyuraikan rusuhan.katanya, negara terbabit termasuk Amerika Syariakt (AS), Britain, Kanada serta Pakistan berdasarkan pengalaman mereka berhadapan demonstrasi jalanan di negara itu baru- baru ini.Beliau berkata, maklum balas mengenainya dijangka diperoleh dalam tempoh sebulan melalui perbincangan meja bulat antara anggota panel dan pakar berkenaan, selain akan turut disertai pihak Polis Diraja malaysia (PDRM). "kita mahu mengetahui undang-undang di neagara  itu yang membolehkan mereka bertindak seperti dilakukan,falsafah dan metodologi,pembentukan dna peralatan digunakan untuk mengawal orang ramai."sejauh mana mereka menerapkan protokol Pertubuhan Bangsa- bangsa BErsatu dalam penguatkuasaan dan mengendalikan demonstrasi aman, perlindungan kepada media serta SOP bagi membolehkan kita berbincang pula dengan pakar kita demi kebaikan rakayat,".katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Panel Penasiaht Bebas bagi menyiasat BERSIH 3.0 kali kesembilan di sini, semalam. Beliau sebelum ini bertemu wakil keudtaan AS, Britain, Kanada serta Pakistan bagi meminta bantuan mengenal pasti pakar dalam pengendalian demonstrasi di negara masing-masing selain mendengar keterangan 10 saksi.

Sumber:BH 31 Julai 2012

LA: salah tetap salah,dan tindakan harus diambil.





Tiada ulasan:

Catat Ulasan