Halaman

Khamis, 30 Ogos 2012

Calon muda mampu tarik pengundi

Patah tumbuh hilang berganti.Bukan untuk menidakkan jasa pengorbanan ahli-ahli Barisan Nasional yang sudah lama berkhidmat, tetapi hanya mahukan perubahan untuk melihat golongan muda pula memegang jawatan penting dalam parti agar parti lebih segar dan dapat menarik lebih ramai lagi sokongan pengundi terhadap BN.Itulah yang disuarakan oleh Ahli Parlimen Pulai,Datuk Nur Jazlan Mohammed,dan beliau yakin jika kaedah ini digunakan ia mampu menjana kemenangan BN selain membantu usaha menyediakan calon muda menghadapi PRU ke 14.
BN harus mengambil langkah berani ini,jika mahu rakyat kekal memberikan sokongan padu dan mandat kepada BN untuk terus memerintah.Rakyat sekarang lebih memerlukan seorang pemimpin yang agresif ,aktif dan cergas untuk mentadbir negara.Jika BN mahu mereka menjadi parti yang relevan sepanjang zaman mereka harus mengambil langkah drastik ini untuk memberikan rakyat merasakan perubahan ini dan bukanlah omongan kosong sahaja.Inilah yang dapat membezakan BN dengan parti-parti pembangkang .Rakyat sekarang lebih bijak membuat pertimbangan dan mereka lebih suka melihat tindakan yang diambil sesuatu parti daripada hanya cakap-cakap kosong sahaja.Rakyat perlu melihat bukti proses peralihan kuasa dalam BN ,jika BN tidak mahu rakyat menolaknya dalam Pilihan Raya ke 13 dan mahu mengekalkan majoriti dua pertiga itu.
Sumber: BH 30 Ogos 2012

LA: Bukan janji yang ditagih rakyat tapi bukti yang pasti dalam setiap janji yang dibuat.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan