Halaman

Selasa, 28 Ogos 2012

Kaji semula air percuma

Selangor kena pertimbang dasar elak defisit serius

Kuala Lumpur: Kerajaan Selangor perlu mempertimbangkan semula dasar memberi bekalan air percuma kepada rakyat bagi mengelakkan defisit serius. Pensyarah Fakulti Ekonomi, Kewangan dan Perbankan, Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof Amir Baharuddin, berkata ia perlu memandangkan Kerajaan Selangor tidak mempunyai sumber pendapatan yang banyak untuk menanggung kos operasi dan penyelenggaraan loji air di negeri itu. 

“Mereka tidak mempunyai sumber kewangan daripada cukai pendapatan atau korporat, tetapi hanya mempunyai cukai tanah dan pintu yang sememangnya tidak dapat membiayai bekalan air percuma bagi tempoh jangka panjang." - Prof Amir Baharuddin, Pensyarah Fakulti Ekonomi, Kewangan dan Perbankan, Universiti Utara Malaysia (UUM)
“Mereka tidak mempunyai sumber kewangan daripada cukai pendapatan atau korporat, tetapi hanya mempunyai cukai tanah dan pintu yang sememangnya tidak dapat membiayai bekalan air percuma bagi tempoh jangka panjang.

Bersikap realistik

“Saya berharap Selangor bersikap realistik dan tidak memberi harapan kepada rakyat untuk terus menerima air percuma,” katanya kepada BH semalam.

Presiden Persatuan Penyelidikan Air dan Tenaga Malaysia (AWER), S Piarapakaran, pula berkata Selangor sepatutnya mengenal pasti rakyat yang memerlukan bekalan air percuma dan bukan memberi kepada semua. 
“Kerajaan Selangor perlu mencontohi kerajaan United Kingdom (UK) yang hanya memberi bekalan air percuma kepada rakyatnya menerusi mekanisme tertentu dan permohonan yang dikemukakan,” katanya.


LA: Janji harus ditepati bukan janji tinggal janji.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan