Halaman

Khamis, 9 Ogos 2012

Pelajar UNISEL kesal


Sudah jatuh ditimpa tangga, begitulah nasib yang menimpa pelajar-pelajar UNISEL ,berikutan tindakan pihak pengurusan  yang gagal memaklumkan lebih awal kepada pelajar tarikh kuliah.Pelajar-pelajar rata-rata amat kesal  dengan sikap sambil lewa pihak pengurusan yang hanya menyusahkan mereka.Mereka hanya mengetahui perkara ini melalui Facebook universiti berkenaan , berkaitan tarikh pertukaran kuliah.
Sepatutnya hal sedemikian tidak berlaku kerana pihak universiti sedia maklum lebih awal tentang pertukaran tarikh tersebut. keadaan ini hanya menyusahkan pelajar-pelajar yang berasal dari luar Selangor termasuk, Kedah, Kelantan, Sabah dan Sarawak yang kini berada di dalam dilema sama ada mahu pulang ke kampung halaman masing-masing ataupun menumpang rumah saudara mara atau rakan.Lebih kasihan kepada mereka yang berasal dariapda keluarga miskin kerana perlu menyediakan perbelanajan harian berikutan tempoh masa yang panjang sebelum kuliah bermula, tambahan pula, Aidilfitri yang bakal menjelang tiba.
Sebelum ini pelajar UNISEL kecewa tidak mendapat kemudahan asrama di Kampus Induk Bestari Jaya,Selangor menimbang untuk mengadakan demonstrasi.Nampaknya,nasib malang pelajar UNISEL masih tidak dapat pembelaan daripada kerajaan negeri.Takkan hal ni pun ,nak ada campur tangan dari kerajaaan Pusat. LA  tengok, dah makin kritikal keadaan di Selangor ni, arap rakyat Selangor segera bertindak dalam PRU 13 nanti.

Sumber: BH 9 Ogos 2012
 LA: Fikir-fikirlah wahai rakyat Selangor.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan