Halaman

Isnin, 6 Ogos 2012

UNISEL bukan pilihan lanjut pelajaran


 
 Pelbagai kemelut yang melanda Universiti Selangor (UNISEL) sejak kebelakangan ini menyebabkan universiti itu bukan lagi pilihan utama rakyat negeri ini untuk melanjutkan pelajaran.
Kebanyaakn penduduk yang ditemui melahirkan rasa kecewa dengan pengurusan kerajaan negeri pakatan pembangkang yang mendakwa gagal menguruskan universiti itu, terutama dalam menjana pendapatan.
Rata-rata rakyat negeri Selangor tidak mahu menyambung pelajaran di UNISEL kerana UNISEL dipalit dengan pelbagai kontroversi. UNISEL yang sepatutnye menjadi mercu tanda kepada Selangor dalam sektor pendidikan kin berada dalam kritikal dan hanya menjadi  pilihan terakhir pelajar untuk melanjutkan pelajaran sekiranya gagal melanjutkan  pelajaran ke universiti lain.
Kontroversi terbaru yang melanda UNISEL  apabila beberapa ratus pelajar dihalang memasuki asrama yang dikendalikan Jana Niaga ,menyebabkan mereka terpaksa tidur di surau atau menumpang rakan.
sebelum ini UNISEL meletakakan notis di kaunter pendaftaran asrama terbabit memaklumkan pelajar akan di tempatkan di asrama transit sementara supaya menghubungi peguam bagi menangani masalah itu. Notis berkenaan turut menyatakan perkara ini timbul disebabkan masalah dalaman syarikat yang menguruskan asraam terbabit.Tetapi fakta sebenar, UNISEL nenghadap imasalah kewangan  iaitu kemerosotan pendapatan sejak 2008, apabila pentadbiran Selangor diambil alih oleh PKR.

Sumber: BH 6 Ogos 2012

LA: Sedih bila gedung ilmu trima nasib macam nie.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan