Halaman

Jumaat, 28 September 2012

Aminah menang saman fitnah ke atas tiga pemimpin PKR



"Kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa".Lidah dan pena adalah anugerah Allah kepada kita untuk berkomunikasi tetapi sering disalahgunakan untuk mengeluarkan perkataan dan penulisan yang mendatangkan keburukan seperti berdusta, menyebar fitnah dan bermaksud jahat yang membawa menjatuhkan maruah orang lain, apatah lagi kalau sesama Muslim.
Inilah yang terjadi pada tiga orang pemimpin PKR yang bermulut lancang apabila mengeluarkan kenyataan berunsur fitnah, kecaman berbentuk peribadi serta tuduhan tidak berasas yang bertujuan mengaib,menjatuhkan maruah ,nama baik dan reputasi Aminah ,yang pada masa itu masih lagi Ketua Wanita  PKR negeri Pulau Pinang.
Aminah mendakwa,laporan akhbar itu, antara lain,bermaksud beliau seorang yang jahil agamadan tiada sebarang pengetahuan syariat Islam,menerima umpan kebendaan daripada UMNO,termasuk dituduh menggesa Presiden PKR Datin seri wan Azizah bercerai dengan suaminya,Datu kSeri Anwar Ibrahim.
Ketiga-tiga mereka terpaksa membayar ganti rugi RM30 000 kepada Aminah.Aminah amat bersyukur dengan keputusan yang berpihak kepadanya dan sekali gus dapat mengembalikan moral dan maruah beliau.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan