Halaman

Khamis, 4 Oktober 2012

Pakatan himpun di stadium Bukit Jalil teruskan tuntutan Bersih

Pakatan Rakyat (PR) akan menganjurkan Himpunan Kebangkitan Umat di Stadium Nasional Bukit Jalil di sini pada 3 November bagi menyatakan pendirian berkenaan dengan lapan tuntutan Bersih 2.0.Perhimpunan besar-besaran ini dibuat bagi meneruskan tuntutan lapan perkara tuntutan Bersih 2.0, yang tidak mendapat maklum balas kerajaan dan semakin dilupai.

Sebelum ini, Bersih telah mengadakan tiga perhimpunan bagi menuntut lapan perkara termasuklah kebebasan media dan daftar pemilih yang bersih.
Pada 28 April lalu, Bersih 3.0 telah mengadakan perhimpunan di Dataran Merdeka yang menimbulkan pelbagai provokasi.
LA: Pergilah BERSIH kan dahulu masalah-masalah yang masih membelenggu negeri- negeir di bawah pemerintahan pembangkang.Terutama isu air di Selangor.Daripada mereka sibuk-sibuk pada perkara remeh temeh,Isu yang besar tak nak pula,mereka hiraukan.Pelik sungguh dengan PR ni.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan