Halaman

Jumaat, 5 Oktober 2012

Pegawai kerajaan jadi tali barut Suaram

Azwanddin Hamzah

Pertubuhan Jaringan Melayu Malaysia (JMM) mendakwa terdapat lebih 10 pegawai kerajaan terlibat dalam komplot menjadi tali barut Suara Rakyat Malaysia (Suaram) untuk mendedahkan maklumat melibatkan keselamatan negara.Presidennya, Azwanddin Hamzah mendakwa, pegawai kerajaan itu juga terlibat menutup maklumat Suaram menerima dana asing yang dikatakan bernilai kira-kira RM100 juta sejak 1998.
Azwanddin mendakwa pegawai kerajaan itu disogok Suaram melalui dua syarikat iaitu Suara Komunikasi Enterprise dan Suara Inisiatif Sdn Bhd.
Melibatkan beberapa kepentingan dalam kementerian dan jabatan antaranya Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan Bank Negara


LA: Sangat memalukan bila maruah diri Pegawai-pegawai kerajaan diperlekehkan.hanya kerana nila setitik,rosak susu sebelanga.Mereka yang terllibat jangan sesekali dilepaskan.perlu dikenakan hukuman yang sangt berat kerana melibatkan keselamatan negara dan boleh mengugat keamanan negara.Kerajaan tidak memerlukan mush dalam selimut dalam pasukan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan