Halaman

Khamis, 25 Oktober 2012

Tak adil Asri dakwa ulama masuk Umno hanyut

 Pengerusi Jawatankuasa Kerja Sekretariat Ulama Muda Malaysia, Fathul Bari Mat Jahaya menegaskan, "tidak adil" menjatuhkan hukuman dengan melabel ulama-ulama yang menyertai Umno "hanyut" kerana tidak boleh menerima persekitatan politik parti teras Barisan Nasional (BN) itu.

Sambil menolak pandangan bekas Mufti Perlis, Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin semalam, Fathul yang menyertai Umno lebih dua tahun lalu berkata, sesiapa saja, sekalipun tidak kira ulama atau bukan ulama, dan menyertai mana-mana parti sekalipun, selagi mereka berpegang pada asas dan teras agama Islam, tidak akan wujud istilah "hanyut."

Tambah beliau, isu 'hanyut' juga tidak pernah timbul di kalangan ulama kerana bagi dirinya sendiri, asas yang dipegang ialah ajaran ALLAH SWT.

"Selagi berpegang kepada teras Islam, isu ini tidak akan wujud, masuklah mana-mana parti politik sekalipun, ia tidak akan jadi masalah," ujarnya.


Sumber:Sinar Harian
LA: Jangan pandai-pandai buat fatwa sendiri,orang kata, cakap siang pandang-pandang,cakap malam dengar-dengar.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan