Halaman

Isnin, 15 Oktober 2012

Umno tandus pemimpin muda, dakwa Azmin


 Umno didakwa sudah ketandusan pemimpin yang boleh meyakinkan rakyat untuk menyokong parti itu sehingga terpaksa ‘kitar semula’ pengaruh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali berkata, sebagai seorang Presiden Umno dan juga Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sepatutnya melahirkan pemimpin muda yang mampu membawa perubahan kepada negara.


“PKR sudah membuktikan kita bukan parti nyamuk malah kini semakin kuat bersama Pas dan DAP, malah turut digeruni Barisan Nasional (BN) yang ada bertanyakan Kabinet bayangan kita.

“Jika mereka tidak gentar kenapa mereka berminat untuk mengetahui Kabinet bayangan kita? Bermacam-macam spekulasi yang timbul tetapi apa yang penting bagi saya bukan soal jawatan tetapi mahu ‘kuburkan’ Umno,” katanya.

Beliau mengakui, mempertahankan kemenangan adalah lebih sukar daripada mengejarnya tetapi yakin sudah hampir dengan kemenangan melihat kepada sokongan yang semakin kuat terhadap PR termasuk di Sabah dan Sarawak.

LA: Begitu angkuh lagi Azmin ni,tak pe,kita tengok je la apa kesudahan "mat jenin" ni.Sapa yang "berkubur' dan 'dikuburkan'.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan