Halaman

Isnin, 8 Oktober 2012

Undi- Soros:Pakatan bidas Tun Mahathir

Pakatan Rakyat (PR) sebulat suara membidas kenyataan Tun Dr. Mahathir Mohamad yang mendakwa mengundi pembangkang dalam pilihan raya umum akan datang boleh diibaratkan memberi undi kepada George Soros, spekulator mata wang dan mendakwa bekas Perdana Menteri itu sudah hilang nilai intelek dan "dihambat bayang-bayang sendiri."
Menurut Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali, kenyataan tidak masuk akal Dr Mahathir itu seakan-akan menjatuhkan standard beliau sendiri sebagai seorang bekas perdana menteri dan negarawan.
Dr Mahathir antara lain menyatakan bahawa Soros membiayai pertubuhan bukan kerajaan untuk membentuk "masyarakat sivil" bagi memberi peluang untuk "penjajahan" baru.

 Dr Mahathir juga sudah terlalu terdesak untuk mendapat kembali sokongan rakyat negara ini apabila mula melihat sokongan kuat rakyat yang semakin menerima kepimpinan pembangkang.

Dalam pada itu, seorang lagi pimpinan kanan Pas, Salahuddin Ayub berkata, PR tidak akan membenarkan pengkhianatan berlaku dalam negara yang boleh menjejaskan kedaulatan negara.

Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail turut menyelar kenyataan Dr Mahathir dan mendakwa kenyataan yang dibuat oleh bekas pemimpin negara itu sebagai pemikiran usang yang tidak lagi relevan untuk diguna pakai dalam arena politik negara ini
Timbalan Pengerusi DAP Kebangsaan, Dr Tan Seng Giaw pula menyindir dan mengambil sikap tidak mahu ambil pusing dengan kenyataan yang dibuat oleh Dr Mahathir itu kerana menganggap pemimpin itu sudah lama bersara dan tidak sepatutnya membuat sebarang kenyataan dalam arena politik negara.


LA: Tak sungguh tak melata,tak sungguh orang tak kata.Tun Mahathir yang lebih makan garam ari mereka yang membidas beliau.Tun tidak akan mengeluarkan sebarangan kenyataan tanpa bukti atau asas.Pembangkang lah yang takut pada bayang bayang sendiri.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan