Halaman

Isnin, 5 November 2012

PAS buat keputusan 'menjohorkan' PAS di Johor


PAS Johor mengambil pendekatan untuk 'menjohorkan' PAS di negeri ini dengan menjadikan seluruh aktiviti dan tindak tanduk para pemimpin dan ahlinya sesuai dengan sosiobudaya orang Johor.

Pendekatan ini disepakati oleh pimpinan PAS Johor dalam konvensyennya yang diadakan di Markas PAS Parit Sulong dekat sini semalam.
Melalui pendekatan ini, katanya, pemimpin PAS di semua peringkat perlu meraikan dan memimpin semua aktiviti orang Johor termasuklah majlis membaca Yassin yang dipanggil Yasinan di Johor, marhaban, berzanji dan sebagainya.
Semasa memberikan ucapan dasarnya di konvensyen itu, Dr Mahfodz telah membentangkannya sebagai salah satu perkara yang perlu dilakukan oleh PAS di Johor untuk membolehkan PAS diterima dan seterusnya menang.

Untuk itu, katanya, PAS di Johor tidaklah perlu membawa budaya dari luar yang diamalkan oleh pemimpin dan pengikut PAS untuk mem'pas'kan Johor.

Cukup sekadar mengamalkan budaya orang-orang Johor yang sebenarnya tidak bertentangan dengan Islam bahkan jelas ciri-ciri Islamnya.

PAS Johor juga, katanya, sedang mengkaji tentang kesenian yang diamalkan oleh rakyat Johor untuk turut diamalkan atau diterima oleh PAS sekiranya tidak bertentangan dengan Islam.















LA: TInggi sungguh angan-angan Pas ni,jangan angan-angan mat jenin sudahlah.Kita tengok apa kata orang Johor pula.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan