Halaman

Isnin, 19 November 2012

PAS siap hadapi PRU di tahap maksima

Persiapan PAS bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 berada pada tahap maksimum di seluruh negara, kata Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Beliau berkata, persediaan rapi bukan sahaja ditunjukkan di negeri-negeri di bawah PAS tetapi juga di negeri-negeri di bawah pemerintahan BN.

"Saya bukan sahaja melihat mood perwakilan tapi melawat seluruh negara, ke kawasan-kawasan parlimen dan saya dapati persediaan pilihan raya sangat baik dan sangat memuaskan hati saya.

"Bukan sahaja di negeri-negeri PAS sudah memerintah tetapi termasuk di negeri bukan PAS memerintah termasuk Sabah dan Sarawak," kata beliau pada sidang media sejurus berakhirnya Muktamar Tahunan PAS kali ke-58 di Putik hari ini.

Menjawab soalan wartawan yang membangkitkan isu bakal Perdana Menteri selepas Pakatan Rakyat mengambil alih Putrajaya pula, Ustaz Hadi tetap menegaskan ia bukan fokus utama.

"Tiada ketetapan siapa jadi Perdana Menteri," jawabnya ringkas lalu disambut Setiausahanya, Datuk Mustafa Ali, "nak jadi Perdana Menteri kena menang sebanyak mungkin. Kalau tak menang tak boleh jadi Perdana Menteri,"


Sumber:Harakahdaily 19 nov 2012

LA: Tunggu dan lihat apa tindakan Pas selepas ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan