Halaman

Jumaat, 2 November 2012

Pas tuduh Utusan kelirukan rakyat mengenai hudud

Utusan masih jahil tentang hukuman hudud yang terkandung di dalam Al-Quran dan Hadis. Melalui artikel yang disiarkan dalam akhbar itu yang bertajuk ‘Polemik Hukum Hudud PAS’ menyerlahkan bagaimana akhbar itu telah digunakan oleh pihak tertentu untuk memburukkan usaha PAS dalam memberikan penjelasan berkenaan hudud.

Dalam artikel tersebut telah mempersoalkan bagaimana terdapat 2 versi Enakmen Kanun Jenayah Syariah Kelantan dan Terengganu, kita ingin menegaskan bahawa pengarang tersebut telah hilang fokus dalam perbincangannya, perbezaan versi ini adalah termasuk dalam bab teknikal dan bukannya isu pokok, apa yang kita bahaskan sekarang ialah berkenaan dengan pokok iaitu memberikan penjelasan berkenaan keindahan hukum hudud dan Utusan tidak memainkan peranan ini selaku akhbar milik orang Islam.

Fakta-fakta yang dikemukakan oleh penulis tersebut juga cukup mengelirukan para pembaca, sedangkan apa yang diusahakan oleh kerajaan PAS Kelantan dan Terengganu berdasarkan pandangan para ulamak yang muktabar yang diiktiraf keilmuan mereka, ianya bukan hudud PAS tetapi ianya merupakan hudud yang berdasarkan disiplin ilmu Islam yang berpaksikan Al-Quran dan As-sunnah.

Tapi pada pendapat  LA lah,Pas sendiri yang banyak mengelirukan rakyat dengan kenyataan-kenyataan yang tidak logik termasuk ditambah pula dengan kenyataan-kenyataan dari rakan sekutunya iaitu DAP.Pas memang suka menuding jari pada orang lain,bila sudah buat silap.Kalau Pas betul-betul memperjuangkan hudud mengikut syariat Islam,mengapa Pas perlu bersekongkol dengan Dap?apa logiknya Pas berbuat begitu? bukankah lebih baik Pas menjalinkan kerjasama dengan UMNO berbanding dengan Dap yang sememangnya tidak pernah menyokong hudud.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan