Halaman

Isnin, 3 Disember 2012

Janji Kosong Guan Eng!!

Pada 8 Mac 2008, tsunami politik berlaku membolehkan pembangkang membentuk kerajaan di Pulau Pinang. Pelbagai janji manis dibuat oleh pembangkang sebelum pilihan raya seperti pengekalan Kampung Buah Pala sebagai kampung tradisional India, peluang pekerjaan lebih baik bagi rakyat Pulau Pinang, lebih banyak rumah kos rendah untuk penduduk Pulau Pinang, kerajaan CAT (Amanah, Kebertanggungjawaban, Telus) dan sebagainya. 
Propaganda itu amat menarik dan berkesan sehingga dapat menjana gelombang tsunami yang sangat kuat untuk meruntuhkan Kerajaan Pulau Pinang yang sekian lamanya diterajui oleh Barisan Nasional. 


Angka 308 dalam bahasa Kantonis mungkin membawa maksud Tiga Janji Kosong. Apakah 3 Janji Kosong itu. Pertama, janji untuk membentuk Kerajaan CAT itu ternyata janji kosong, kedua, miskin tegar sifar adalah sekadar propaganda saja. 

Ramai rakyat Pulau Pinang tidak mampu memiliki rumah akibat kos melambung tinggi. Tanah di kawasan perikanan dan pertanian di Pulau Pinang diluluskan untuk perumahan tetapi sampai hari ini tidak ada pun satu unit kos rendah yang didirikan oleh kerajaan Pulau Pinang pimpinan Lim Guan Eng. 

Projek rumah kos rendah yang ada sekarang, projek yang dimulakan dan dilaksanakan sejak dulu apabila Barisan Nasional menerajui negeri Pulau Pinang. 

Janji kosong ketiga kerajaan negeri pimpinan Lim Guan Eng ialah untuk mengekalkan Warisan Pulau Pinang. Selain Kampung Buah Pala, Kerajaan Pulau Pinang juga gagal memelihara bangunan warisan di Bandar Georgetown. 
Bangunan warisan yang pernah didiami oleh bekas Perdana Menteri Thailand diruntuhkan untuk pembinaan kondominium kos tinggi. Adakah kerajaan Pulau Pinang mengutamakan peniaga kaya dan mengabaikan rakyat jelata? 

Sudah tiga tahun lapan bulan penduduk Pulau Pinang diperdayakan oleh Kerajaan Pulau Pinang di bawah Pimpinan Guan Eng. K

Tiada ulasan:

Catat Ulasan