Halaman

Khamis, 27 Disember 2012

UMNO tidak terlibat dengan 13 MEI !!


Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan parti itu tidak akan membenarkan peristiwa hitam 13 Mei berulang kembali.
Namun beliau tidak menjamin perkara yang sama tidak akan berlaku sekiranya kuasa pentadbiran Pusat beralih tangan kepada Pakatan Rakyat selepas Pilihan Raya Umum 13 (PRU13).
Ini kerana menurut Muhyiddin, perbezaan ideologi antara parti dalam Pakatan menjadi faktor utama yang mampu menggugat kestabilan negara.
“Maksud kita keadaan akan jadi porak peranda (kerana) pertembungan ideologi yang besar. Bayangkan kalau mereka duduk semeja, bagaimana nak capai keputusan tadbir negara pada lima tahun akan datang?
“Di peringkat negeri yang mereka kuasai pun ada pertembungan yang nyata…konflik agak jelas,” kata Muhyiddin yang juga Timbalan Perdana Menteri dalam sidang media di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur hari ini.
Kenyataannnya itu sekaligus mempertahankan ucapan dasar Ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil semalam mengenai kemungkinan berulangnya tragedi tahun 1969 jika Umno kehilangan kuasa selepas PRU nanti.
“Jika kita tidak lagi ditampuk kuasa, maka kestabilan politik negara akan goyang. Pastinya kaum Melayu yang menjadi rakyat majoriti di negara kita tidak akan senang.
“Saya bimbang dan khuatir ini mungkin akan membawa kepada ketegangan kaum yang boleh mengundang kembali tragedi 13 Mei 1969,” kata bekas Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat itu.
Mengulas lanjut, Muhyiddin berkata ucapan Shahrizat itu bukan berniat untuk menakutkan rakyat, sebaliknya satu peringatan tentang impak negatif sekiranya Pakatan menguasai Putrajaya.
Kemaruk kuasa politik
“Peringatan BN bukan nak menakut-nakutkan. Tapi ini jelas. Jadi kita tak boleh mempermainkan dan memperjudikan masa depan kita hanya kerana kita nak mencuba,” katanya.
Menyifatkan amaran tersebut sebagai wajar, Timbalan Perdana Menteri itu berkata Umno sepatutnya sudah belajar daripada pengalaman pahit mereka semasa tewas PRU12.
“Amaran itu wajar. Semua orang tahu bahawa senario politik hari ini tidak seperti dahulu. Cabaran yang Umno-BN hadapi memang lebih hebat kerana pihak di sana mereka sudah macam kemaruk kuasa politik,” katanya.
Sementara itu, Shahrizat dalam sidang media berlainan terus mempertahankan kenyataannya semalam.
Sebaliknya, menyalahkan pihak pembangkang kerana cuba menimbulkan suasana tegang apabila membangkitkan sejarah 13 Mei.
“Tak salah kalau merujuk peristiwa itu sebagai sejarah. Bukan saya sengaja nak bangkitkan ketegangan itu tapi mereka sengaja memetik bahagian sejarah itu yang saya katakan sebagai jijik,” katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan