Halaman

Isnin, 12 November 2012

Salahkan Nik Aziz dalam Kes Soi Lek!


Dalam isu hudud PAS apabila sahaja Presiden MCA, Chua Soi Lek tiba-tiba sahaja mencuit sambil mengkritik hudud PAS bakal menyebabkan kesan buruk pada 1.2 juta orang, terus sahaja penyokong dan pemimpin PR naik angin satu badan.

Mereka lupa, Soi Lek bukannnya seorang yang beragama Islam dan jika mengikut pandangan semberono yang dipegang oleh Nik Aziz, maknanya Soi Lek tidakpun bersalah.

Bukankah Nik Aziz pada 12 Ogos 2009 dulu telah memberi lesen besar kepada DAP dan orang bukan Islam untuk menghina Islam atas alasan mereka bukannya beragama Islam?

Jika kenyataan Soi Lek berkenaan hudud PAS dianggap menghina hukum hudud dan menghina Islam, secara mantiknya ianya boleh dianggap berlaku selepas mendapat kebenaran dari Nik Aziz.

Lampu hijau untuk DAP menghina Islam sama juga maksudnya seperti membenarkan Chua Soi Lek mengkritik hudud PAS, kerana baik pemimpin DAP mahupun MCA, kedua-duanya bukan Islam.

Kini pandangan Nik Aziz itu menjadi boomerang tepat ke dahi Nik Aziz serta pemimpin dan penyokong PAS yang sebelum ini kelam kabut berdemo sana sini membantah kenyataan Chua Soi Lek.


LA: Pas cakap tak serupa bikin.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan